Thursday, March 29, 2012

Usaha Untuk Menguruskan Badan.

Semalam, masa dok pillow talk dengan laki aku sebelum tido tetiba dapat idea yang bernas macam mana nak turunkan berat badan seperti sebelum ni or kekalkan berat badan sekarang. Sweet kan aku ngan laki wat pillow talk sebelum tido. Awww!

Boleh tak tengah borak-borak, terus aku mencelah "Yang, start esok kat opis I takmo naik lif dah. I naik naik tangga. Dari tingkat -2 sampai tingkat 8 I nak naik tanggai je. Esok start. Promise!"

Poyo je kan nak promise bagai padahal laki aku bukan amek port pun. Boleh tak dia wat tak tau je bila aku cakap macam tu. Tak percayalah tu. Takpe, aku anggap tu sebagai satu cabaran. Dalam hati aku "tengok la esok, akan ku buktikan"


TAPI


Macam biasalah, mestilah janji-janji tu semua janji pelesu. Sebabnya hari ni aku terlambat sampai opis. Kul 8 baru nak gerak dari rumah. Ade hati nak naik tangga bagai? Lupakan je la. Esok pulak aku cuti, so minggu depan la kita start ye. Heheheheh.

Harap-harap berjaya lah aku laksanakan misi aku ni. Ingat lagi dulu bos aku yang juga merangkap housemate aku, memang tiap-tiap hari naik tangga dari -2 sampai tingkat 8. Bos aku tu perempuan dan umur dia masa tu 50 tahun! Bayangkan lah. Ada jugak dia ajak aku. Tapi, mestilah masa tu aku tak layan. Kata masa tu badan kurus dan langsing. Tak kuasa tau nak susah payah naik tangga. Tapi, sekarang??!

Terpaksalah amalkan senaman naik tangga ni. Nak harapkan aku pergi jogging petang-petang memang tak la rasanya walaupun suasana kat kawasan rumah aku tu memang best sangat-sangat kalau joging atau jalan-jalan sambil bawak kucing. Tapi sebab malas, apa pun tak boleh.




Ni gambar latest aku. Now dah tak confident nak pakai baju kurung moden. Kurung moden aku pun banyak dah tak muat sebenarnya. Terpaksalah pakai baju kurung macam ni. Actually baju ni kawan aku yang beli, tapi dia terbeli size XS. Konfiden sangat kan??  Pastu pakai ketat. Last-last jual kat aku. Lucky me, aku pakai baju ni ngam-ngam je. Jarang-jarang kalau beli baju ready made yang betul-betul ngam dengan badan aku. Tapi baju ni, memang best. Pinggang, bahu, labuh semua ngam la. Dah macam tempah pulak. Terus jatuh cinta dengan cutting baju ni. Dan-dan tu jugak aku suruh mak aku amek ukuran baju ni dan baju aku lepas ni sume akan ikut ukuran nie.

Tapi yang paling penting, minggu depan tak boleh naik lif. SAY NO TO LIFT. Semoga berjaya hendaknya. Gambate!!!!

p/s : berjaya atau tidak, kita tunggu je la laporan aku minggu depan ;)

8 comments:

  1. good luck sis ! hihi jgn janji tggal janji ^^V

    ReplyDelete
  2. masran cakap dlm hati :setakat nek tangga 8 tingkat, aku jalan kaki dari tol mex sampai kl masa moto rosak, ada aku cite:??? kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. masran cakap dlm hati :setakat nek tangga 8 tingkat, aku jalan kaki dari tol mex sampai kl masa moto rosak, ada aku cite:??? kihkihkih...

    ReplyDelete
  4. sukee baju itu. org nye mmg nampak chubby di muka. tp body ko tu wat ms skarang ni lg aku suke. klu terlalu kurus pun tak cantik. keep it up!Suzan bleh tempah wat baju kurung kt mak ko x?

    ReplyDelete
  5. ok dah tu badan....maintain jer skrg~ aku pun dok diet2...member2 swuh aku gain weight lagik...aiyoo

    ReplyDelete
  6. aku gase salah satu faktor nk peknen pun kena gemokkan skit badan la cujen. hehehe...saje je nk kasi ko gemok...ok dh la skang, xyah la kurus sgt..jeles aku tau...hikhik

    ReplyDelete
  7. cantiknya baju polkadot tu cujen...sweet...u dah ok mcm ni, i nk bentuk badan mcm ni pun, kena puasa setahun kot baru dpt hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..