Tuesday, April 3, 2012

Penang Gateaway.



Tahun ni aku berkesempatan lagi ke Penang. Memang ditunggu-tunggu la plan nak ke Penang ni memandangkan tahun lepas nye trip ke Penang aku kena denggi. Tengok orang makan sedap-sedap, aku telan air liur je. Kali ni memang balas dendam kaw-kaw punya.

Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan aku Ery & Zara Eleena. Kalau tak sebab diorang kawen, memang mimpi la nak jejak Penang. Plan memanjang tak jadi je. Ni sebab member kawen, haruslah jadi kan. Sambil menyelam minum ayaq. Hehehe.





Pic kredit to Makhlok Macho

Smart gile gambar ni. Macam The Appreantic. Kredit to Makhlok Macho
(beza betol gambar yang di capture oleh org pro dengan tak pro)


Welcome to da club and congrats to Ery & Zara. Selamat menempuh alam rumahtangga dan berbahagia ke hujung nyawa. Cepat-cepat buat baby.


Ok cerita orang kawen dah habis. Kita sambung cerita lain pulak. Gi Penang ni agenda utama haruslah sesi menggemukkan badan. Diet? Pergi jahanam. Hahahahahaha.

Sampai-sampai je terus pekena Char Kuay Tiaw Sungai Dua. Aku try tanya pakcik Google, dia kata famous jugak la char quay teow Sungai Dua ni. Kebetulan pulak rumah member aku ni memang kat Sungai Dua. Haruslah makan kat sini sampai dua kali. Nasib baikm tak masuk kali ketiga dan keempat. Teori aku, kalau pakai baju lebih dari 3 kali, baju akan hilang seri. So kalau makan sesuatu lebih dari 3 kali, mungkin akan hilang rasa. #EH???

Pic kredit to Google

Tu diaaaa Char Koay Teow telur ayam di basuh. Nasib baik dia tulis telur ayam. Kalau dia tulis telur dibasuh harus lah pikiran kuning aku ni fikir telur yang hat satu lagi tu. Hihihi. 


Memang sedap char koay teow ni. Mungkin sebab telurnya di basuh kot. Orang kat KL ni tak reti basuh telor, tu pasal la kurang sedap. #EH? Sebenarnya ejaan Char Koay Teow atau Char Kuay Tiaw yang betul? Sape tahu?

Cerita pasal char quay tiaw je dah amek 4 perenggan. Kalau macam ni kena buat part by part la jawabnya. Part makan nasi kandar, beli jeruk, makan cendol aku sambung next entry la eh. Mata dah ngantuk. Nak tido.

Bye, selamat malam!


2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..