Tuesday, April 3, 2012

Usaha Untuk Menguruskan Badan [Update]

Sebelum aku sambung cerita Penang ni, aku nak update sket pasal usaha aku nak kuruskan badan tu. Disebabkan semalam tak kerja, so hari ni semangat la aku gi keje awal semata-mata nak naik tangga walaupun awal aku tu cuma 5 minit sebelum kul 8. Mula-mula tu laju je aku nak pergi ke lif, nasib baik tetiba teringat azam nak naik tangga ni. Terus membelok ke tangga. Semangat hokey dengan pakai wedges tinggi 4 inci, tangan kanan pegang beg yg berat macam batu caves tu, tangan kiri pegang laptop. Dah macam latihan ketenteraan pulak. Mengenangkan badan yg semakin menggemuk ni, daku pasrah.

Slow-slow aku naik tangga. Pakai wedges ngan kurung moden ni tak boleh naik laju-laju. Ikutkan hati, aku langkah 3 anak tangga sekaligus. barulah laju. Habit aku bila naik tangga, aku akan kira anak tangga ada berapa. Ok, dari tingkat -2 sampai -1 ade 26 anak tangga. Ceh, sikit je. Tak membako lemak, mahu pun menjejaskan kematu di kaki. Macam ni takde hal la nak naik sampai tingkat 8 pun. Semangat semakin berkobar-kobar. Langkah pun semakin lajuuuuuuuuuuuu!











Malangnyaaaaaa,



Sampai je tingkat -1, tangga nak ke tingkat 1 TAKDE!! Yang ada cuma pintu keluar. Rupanya tangga dari -2 tu untuk ke tingkat -1 je. Cinabeng betul. Tak sangka tangga pun pandai busuk hati. Jeles lettew tak nak kasi aku kurus dan langsing. Sudahnya aku naik je la lif dari -1 tu sampai tingkat 8. Jahanam azam aku tau.

So esok aku kena naik lif dari -1 sampai tingkat 1. Pehtu dari tingkat 1 baru naik tangga ke tingkat 8. Saje je nak banyakkan keje aku kan? Dasar tangga yang busuk hati! Nasib la badan semakin menggemuk, kalau tak, tak koser tau aku nak naik kau, tangga!

2 comments:

  1. Hahahahhaa!

    Elelele.. Saje lettew.. Bukan tangga tu jealous ngan u.. U tu tak check dulu tangga wujud ke tak kt bangunan u kot! :)))

    *Justkidding :P

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aku dari awal dah agak azam ko ni mcmana penghujungnya...ihiii

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..