Friday, May 18, 2012

Shopping Barang Dapur.



Saje je pergi shopping barang dapur tengah-tengah bulan sebab kalau tunggu lepas gaji mesti ramai orang. Aku ni bukan boleh sesak-sesak camni, boleh mencanak naik darah tinggi nanti. So semalam lepas maghrib bergegas la laki bini pergi Carrefour Alamanda.

Shopping pun laju-laju je sebab masuk-masuk je Carrefour tu dia cakap nak tutup lagi 30 minit. Haish, spoil mood aku nak shopping je. Baru nak usha-usha vacum ngan mixer. Tak sempat ler pulak. Tapi, bagus jugak sebab jimat duit aku. Kalau tak, mesti TERBELI punya. Pastu guna setahun sekali macam aku punya oven. Beria beli dan dan tu jugak macam xde hari lain, pastu terbiar sepi. Pembaziran.

So semalam dah siap-siap set lam mind nak shopping barang keperluan je. Tak best betul shopping tergesa-gesa ni. Tapi dalam tergesa-gesa tu memacam jugak la yang sempat aku sambar.

Tadaaa! Korang agak-agak berapa RM semua benda ni. 


Meh kita tengok berapa harga soping tergesa-gesa ni.




400 ++ hokey. Rasa nak menitik air mata tengok jumlah tu. Bajet aku RM300 je. Sekali lebih dekat RM150 gak la. Pengsan!!!! Balik tu aku tak puas hati, dok belek satu-satu apa yang aku beli. Siap susun nak tengok betul ke jumlah tu. Rasa cam sikit je barang yang aku beli. Tapi dekat 500 apekehalnya??




Ni je barang-barang yang dibeli pun. Betul la harga barang dah mahal. Kalau dulu RM400 tu penuh dua troli, sekarang satu troli pun tak penuh. Sedih tau!! Tapi, ni stok untuk dua bulan punya. Aku malas nak shopping sikit-sikit. Penat. Tapi kan, ni baru barang-barang kering. Belum lagi barang basah. Kalau campur barang basah tah berapa la agaknya. Boleh meninggal tengok harga barang sekarang.

Ini pun aku rasa dah murah sangat la harga barang-barang kat carrefour. Aku dah bandingkan antara Jusco, Giant, Carrefour ngan Mydin. Ternyata Carrefour antara yang termurah. Macam cream cheese Tatura tu, aku beli kat Giant RM8.60. Kat Carrefour baru RM6.29. Pastu Susu Dutch Lady Coklat tu kat Carrefour baru 7 hengget lebih. Kat Giant 8 hengget lebih tau. Lagi satu sabun Dynamo tu. Member aku beli kat Giant harga 17 hengget. Aku beli 13 hengget. Banyak betul bezanya. Tapi nak tak nak terpaksa jugak la beli. Dah nama pun barang keperluan. Cuma lepas ni kegunaan tu kena lah jimat-jimat sket. (reti pulak aku ni nak berjimat...hmmph)

Patutlah orang kata gaji RM6000 kat Malaysia ni dikategorikan golongan sederhana. Kalau aku yg gaji tak sampai 3 ribu ni? Hmmmmmph. :'(

11 comments:

  1. Err.pergi speedmart..brg dia murah sikit..harga sama je..xde istilah sale..
    Tp brgn limited la..huhu

    ReplyDelete
  2. Slalu mcm ni dlm 200++ je kan. .nmpak sgt dh double harga. . Huhu

    ReplyDelete
  3. kusss semangat..banyak jugak ye..tu blum ada anak bagai..dgn pampersnye, susu lagik..mau cecah 6rat tuh..tp klau utk 2 bulan ok la tuh..
    nice haircut eh..

    ReplyDelete
  4. tu la mcm xpadan je kan dgn byr nyer...hakikat arge brg xley nk ckp pe skrg...

    ReplyDelete
  5. kalo ko rajin menge-check tp malas nak timbang kati ngan harga2 brg kt market lain..cube ko cek kt website KPDNK..kat situ ade senarai harga kedai yg jual brg2 yang mostly org consume cam bawang2 ke..anggur ke...

    ReplyDelete
  6. humahaih..manyok tu...stok dutch lady cekelat tu same je kat umh pun slalu bli 2pack gitu bl soping groceries..hehe

    ReplyDelete
  7. mmg harga brg dah naik. I pon klau shopping, tutup mata je la o_O

    tp kn, byk btol stok u beli. Hehe minyak msk sampai 2botol besar? Goreng kucing ke? Hewhewhew i minyak sebotol besar pon x abis sebulan. Pastu u beli sabun lifebuoy tu mak oii byk gileee wei duduk berdua hihihihi... Tp stok 2 bln, kire ok la rm400 tu kire sebulan rm200 ;-)

    Ps : mmg kategori miskin la gaji kita2 kt msia ni *sighhhh

    ReplyDelete
  8. Hi Cujen, rasanya macam tak caya semua barang tu RM400! Mahal gila. Tapi tulah..barang semua makin mahalll...huaaaa!

    ReplyDelete
  9. Lau nak jimat suka shop brg yg xbrand.janji fungsinye sme.hehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..