Tuesday, June 12, 2012

Baju Raya.

Hamboi, puasa pun tak habis ganti dah sibuk fikir pasal baju raya. Haruslah nok, dah bertahun-tahun aku tak dapat pakai baju raya baru yang ditempah khas walaupun mak aku tukang jahit. Biasa lah kan, anak tukang jahit memang selalu baju diorang tak siap. Siapa mak dia menjahit tu, tahu lah. Aku dah bosan pakai baju ready made. Tau je la ready made ni mana ade yang betul-betul ngam dengan kita. Kalau aku beli je, mesti longgar. Maklumlah, aku kan KURUS. Hihihi.

So tahun ni aku dah bersiap sedia nak mintak mak aku siapkan baju-baju aku yang dah terbengkalai tu. Aku rasa ade lebih 15 pasang kain yang tak berjahit lagi. Ade tu sampai dah tak trend dah kain tu. Dah habis season katanya, tetap tak siap jugak. Mak aku jenis kalau nak mintak siapkan baju, kena duduk depan dia. Paksa-paksa gituu. Ye la, buat baju anak beranak ni tak dapat upah, so mak aku pun malas lah nak siapkan. Kalau baju orang tu, terpaksa lah siapkan sebab orang bayar. Anak beranak bayar dengan kasih sayang je. Hihi. Tapi sekarang, mak aku dah demand, takmo terima lagi dah upah kasih sayang ni. Dah pandai. Nasib baik aku dah rasuah mak aku soh siapkan baju aku dulu. Sekarang ni kena menempek je kat rumah mak, pantau kerja mak aku. Hehehehe.


Tahun ni nak buat fesyen ape ek?



Aku dah lama berkenan dengan fesyen buttonmybutton ni. Dah lama soh mak aku buatkan camni, tapi tak buat-buat. Kain cotton yang aku dah beli tu pun, jadi baju kurung je akhirnya. Tapi, aku akan pastikan tahun ni menjadi jugak. Fesyen camni sesuai tuk orang comel-comel je cam aku. ^_^ Jadi, sebelum badan aku jadi gedempol dan membesar seperti rasaksa, ada baik aku buat. Kang tak merasa pulak nak pakai camni.



Ni pun comel. Kalau ade baby girl, buat sedodndon gitewww. Tapi aku mana ade anak. Pakai kan kat Merong, boleh? Hihi.



Baju scha ni pun cantik. Sebenarnya baju dia simple je, tapi sebab scha ni kurus dan tinggi dan memang cantik pulak tu, otomatik baju ni pun nampak stunning. Tapi aku dah tak sekurus scha, dah gemokk! Uwaaaaa, jelesnya tengok badan scha. Mula lah nak buat ayat, "dulu.....aku pun kurus gak macam scha......."



Hohoho, ni yang paling aku suka sekali. Hari tu nak beli kain kaler ni, tapi laki aku pulak takmo. Katanya, kulit dia tak sesuai pakai cenggini. Sabo je la, saje je nak musnahkan impian aku nak vouge de vasss di pagi raya. Terpaksalah amek kaler hijau muda semata-mata nak sesuaikan dengan tone kulit dia yg semakin menggelap tu. Sobs...sobs..sobs...





Ni Rizalman punya design tahun lepas. Cantik  kan? Sekarang memang trenad pakai kain duyung yang kembang-kembang camtu ek? Kalau kaki panjang, sure cantik pakai. Tak panjang pun boleh jugak pakai heels 5 inci cam aku selalu buat. Feeling-feeling kaki panjang gitu, padahal pendek je.

Ok la, nak siap-siap gi rumah mak, nak pastikan mak aku aku jahit baju aku. Nanti dah siap aku post kat sini. Jangan jeles!! Daaa.

p/s: baju raya korang tahun ni camne?



6 comments:

  1. baju rizalman y 1st tu cun!! hurm da nk raye. mmg ptt kne usha fesyen bj. ble bwk g kenduri ye

    ReplyDelete
  2. Jealous!

    Tahun nie I takleh bergaya sakan.. Sebab ade baby kecik (T_T)

    ReplyDelete
  3. comeynye baju sedondon ngan baby tu!! zafira kecik lagi..tapi aku nk soh mak wat jugak la hihi

    ReplyDelete
  4. cujern, mak ko reti tak jahit kaftan kalau kain dr indon? ko tau kan kain indon dah siap ada leher lengan semua tinggal potong je. aku takut hantar kat org tak reti salah potong baju aku naya je..

    ReplyDelete
  5. kalo kaki panjang macam aku sesuai la. macam ko errrr. hahahaa

    ReplyDelete
  6. 3 gambar last tu..kita suoh tailor tiru sebijik mcm tuu..ngehngeh!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..