Monday, June 4, 2012

Doddy Si Kasanova

Hari ni aku cerita pasal Doddy yang perangai nye semakin menjadi-jadi kebelakangan ni.

Macam biasa, kalau aku balik kampung atau pergi mana-mana, aku akan pastikan semua meow meow aku dah dikurung dalam bilik atau dalam sangkar. Tapi hari Sabtu lepas, masa kitaorang nak balik kampung, si Doddy ni tak balik-balik lagi ke rumah. Doddy memang jarang kena kurung kalau kitaorang ade. Sebabnya kalau masukkan dia dalam sangkar, nanti dia merentan macam kucing kena dera. Pastu pandang kitaorang dengan penuh dendam kesumat. Pandangan dia scary hokey, dah la hitam legam. Tapi yang bagusnya Doddy ni pandai balik rumah. Cuma waktu keluar balik dia tu, ikut suka hati dia je. Kadang-kadang tu kul 5 pagi baru balik. Pastu dok cakar-cakar pintu bilik kitaorang soh bukak. Dah tau lapar, baru nak balik. Kadang-kadang aku konpius, sape tuan sekarang ni? Aku ke Doddy.


Dipendekkan cerita, hari tu kitaorang malas nak tunggu Doddy. Lagipun dia memang dah pandai cara-cara nak masuk dalam rumah. So kitaorang just letakkan makanan dia je kat dapur. Pastu pandai-pandai dia la. Yang lain-lain semua dah kena kurung dalam bilik. So kitaorang pun balik la kampung dengan senang hati.


Dipendekkan cerita lagi, sekembalinya kitaorang dari kampung, bukak je pintu ternampak la aku satu adegan yang tidak ingin kita lihat ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



OMG Doddy!!!!! Keji sungguh perlakuan mu itu. Dah la bawak balik kucing betina time kitaorang takde. Berani pulak dia mendoggie kat ruang tamu rumah. Nasib baik la tak atas katil aku. *nanges

Tah ayat apa yang si Doddy ni pakai sampai kucing betina tu ikut dia balik rumah. Kalau kucing biasa-biasa takpe lah. Ni yang stock-stock model punya dia hangkut. 





Comel weh kucing tu. Manja pulak tu. Aku pun tak tau la kucing siapa. Tapi memang kucing orang bela la sebab ade loceng. Dua hari gak la kucing betina tu dok dalam rumah. Hari ketiga dah hilang. Balik rumah kot sebab Doddy dah tak layan dia. Biasa la si Doddy bohjan ni, habis madu sepah dibuang. Dah puas agaknya dia lenjan kucing betina ni, pastu dia wat bodoh je.




Tengok la si comel ni beria tergolek-golek mintak perhatian. Doddy wat muka seposen. Berlagak baik depan aku. Cet!! 

Nasib la kalau kucing ni bunting nanti. Jangan tuan dia salahkan aku sudah. Kucing korang yang gatai, dok ikut Doddy balik rumah. Tapi takpe, anak Doddy sume comel-comel. Nanti nak mintak sekor boleh? Hehehehehe.






3 comments:

  1. mesti mengagau tuan dia kucin ilang 2 hari. hehe...ntah2 dh lbh 2 hari kot doddy culik. haha

    ReplyDelete
  2. eh kucing ni mcm pnh tgk la kak.... ada org tampal gambar kucing ni hilang kat blok kita.... hehehe....

    ReplyDelete
  3. YA ALLLAHHHHH! DODDY..DODDYYY..SAMPAI HATIIII! HAHAHAHHA

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..