Monday, June 18, 2012

Perkara Hina.

Tetiba aku rasa aku telah membuat perkara hina hari ni. Camni citernye ;

Kelmarin aku ada beli voucher kat MyDeal.Com. Voucher 2D 1N stay kat Gold Coast, Morib. (Gold Coast Morib je yang mak mampu sekarang ni *mata berkaca). Murah tak murah sangat la, RM188 semalam including breakfast, dinner & water theme park passes. Normal price 400++. Murah sangat dah sebenarnya tu cuma untuk orang kedekut cam aku ni, haruslah rasa mahal. (shopping online sampai beratus-ratus tu tak rasa mahal pulak eh?)







Teruja kan tengok gambar tu. Tapi bukan tu yang aku nak citerkan. Ni mende lain. Macam biasa lah kalau beli voucher2 macam ni, syarat dia mesti tak boleh book on weekend. Kat voucher tu dia tulis weekend tu Friday & Saturday je. Sunday dah kira weekdays. Cantik sangat la tu. Aku memang nak pergi hari Ahad pun. Balik hari Isnin. So tak payah la amek cuti 2 hari. Sehari dah cukup. Cuti aku pun tak berapa nak lumayan sangat. Rajin bebeno amek EL. Pehtu sekarang, padan muka aku.


Dipendekkan cerita, aku pun tanpa berlengah terus emel untuk buat reservation. Aku pilih tarikh 1 Julai 2012. Pehtu diorg pun reply;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort! 
The resort is fully booked on 1-Jul-12 at this point of time. Please advise the new date for us to proceed.

Ok la, kalau 1 Julai tu penuh. Aku pun request la tarikh lain. Aku amek 8 Julai pulak. Pastu diorang reply lagi camni;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort! 
The resort is fully booked on 8-Jul-12 at this point of time. Please advise the new date for us to proceed.

Ok, masa ni aku dah start hangin sebenarnya tapi memandangkan aku puasa hari ni, so aku belajar bersabar sikit. Aku reply balik and pilih tarikh 15 Julai pulak. Sekali lagi diorang reply tarikh aku pilih tu dah fully book. Ini jam terus kesabaran aku terbang tah kemana. Terus aku reply;








KALAU DAH SEMUANYA FULLY BOOKED, BILA MASA NYA YANG AVAILABLE???????????!!!!!!!!!!!!


Haa ko, siap caps lock dan size font paling besar sekali aku guna. Masa taip tu siap tekan keyboard kuat-kuat dan laju-laju sebab geram sangat. Ye la, kalau dah laku sangat resort ko tu tak payah le jual voucher camnie. Wat sakit hati je aku je. Kan dah kurang pahala puasa aku hari ni. Nasib baik berbalas emel je. Kalau cakap telefon, mau terbatal jugak puasa aku dibuatnya.


Lepas dah send emel tu, baru lah aku perasan yang aku telah melakukan perkara HINA. Tah pape je nak marah-marah macam tu. Dah la tu, masa buat reservation, bukan main lagi dengan bahasa inggeris. Sekali bila marah, terus keluar bahasa melayu. Nasib baik aku tak pandai cakap jawa atau banjar. Kalau tak, mau terkeluar bahasa jawa atau banjar tu. Kalau tak, bertambah-tambah hina la perbuatan aku tu. Hahahaha.


Yang penting hati aku puas. Aku pun tak mengharapkan diorang akan reply emel hina aku tu. Tapi tak sangka pulak diorang reply jugak emel yang hina itu. Ni yang diorang reply;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort!
Please be informed that the rooms are fully booked on 30th of June, 1st, 8th, 13th, 14th & 15th of July, 14th & 15th September 2012.
Other dates are still available at this point of time.

Ha kan senang kalau reply macam ni dari mula-mula tadi. Saje je nak buat aku hangin pagi-pagi Isnin ni tau. Tapi kan disebabkan dah termalu dek perbuatan hina aku tu, terus aku tak reply emel tu. Aku buat reservation melalui telefon pulak. Pastu guna nama lain. Hahhahahaha. Hina tak??


p/s: sebenarnya banyak lagi perkara hina yang aku telah aku lakukan, malas je nak citer ;)



9 comments:

  1. hahaha...hangen gak klu jd kt sy..

    ReplyDelete
  2. hEhehe..seB bEK diE reSPonD..:) sO nIE kIREnyEr bOOkiNg tIMe muSIm pOse LAr NIe...:) seLAmat BErhOlidAY..:)

    iTS mE sHiKIn

    ReplyDelete
  3. haha, cam gitu ke? sabar jelah eh..

    ReplyDelete
  4. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha!!!

    :))

    Betul gak.. Apsal dorang tak conclude je macam email last tu dari awal.. senang.. dah tau date ape yg full.. ;)


    PS : Tang marah tu tak boleh blah.. tetibe BM tuuu :))

    ReplyDelete
  5. service sucks . mmg bangkit kan amarah .

    ReplyDelete
  6. hahahaha....hadoiii la....geli ketiak aku bace entry ni...tak boleh blah betol....aku suke jalan2 kt blog ni buat hilang bosan...heheh!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..