Thursday, July 19, 2012

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa.


Tu external hard disk aku. Lama dah aku beli. Dari tahun 2006 lagi. Boleh dikatakan segala benda aku sumbat dalam tu dari dokumen kerja sampai la ke gambar-gambar aku. Boleh dikatakan semua gambar-gambar aku simpan dalam tu. Banyak jugak la.

Tapi, biasalah benda camni, lama-lama mesti rosak jugak kan. Baru-baru ni, ext hard disk aku ni buat hal. Kejap detect kejap tak detect. Tapi still boleh pakai lagi la. Tiba satu malam, masa tu aku ngah buat photobook online. Masa tu la pulak ext hard disk aku ni buat hal. Kejap detect kejap tak. Memula tu aku sabo lagi. Tapi, kalau dah sampai 50-60 kali jadi camtu, ape lagi, mula la angin dah naik kepala. Kebetulan pulak masa tu, lesung batu aku betul-betul depan mata aku. Aku pun lupa kenapa lesung batu aku tu ade kat tengah-tengah rumah. Mungkin dah ditakdirkan agaknya. Aku pun capai anak lesung tu, terus aku tumbuk kat aku ext hard disk aku tu. Hamek kau!

Laki aku yang menyaksikan kejadian tu, tak mampu nak berkata apa-apa. Mungkin gak dia takut nak berkata-kata, takut anak lesung tu sampai kat dia pulak. Hihihihi. 

Last-last aku punya ext hard disk tu terus senyap. Langsung tak boleh detect dah lepas tu. Padan muka aku!! Ikut kan sangat panas hati tu kannn. Nasib baik gambar-gambar penting aku sempat save dalam laptop sebelum ext hard disk tu rosak. Tapi, tak semua la. Banyak lagi yang ade dalam tu. 

Ape nak buat, salah sendiri. Nak marah orang lain pun tak boleh. Aku menyesal sebenarnya buat camtu, tapi tu la, masa marah mmg tak boleh berfikir dengan waras. Kesimpulannya, padan muka aku!





2 comments:

  1. vongoknye kau!
    kalo cmtu tukar casing baru je sudah..
    casing baru rm10 je kot. aku nye hari cmtu gak.
    tukar casing teros ok.
    pembaziran...
    menyesal tak?

    ReplyDelete
  2. Aiyak..kenapa sampai begitu tindakan ko..?rugi weh..huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..