Tuesday, August 14, 2012

Iftar ANL.

Plan asalnya nak berbuka puasa di Crystal Crown Hotel, tapi setelah ditolah ditambah didarab dibahagi, akhirnya semua setuju buat potluck iftar kat rumah aku je. Jimat duit 60 hengget sorang. Bukan kedekut, tapi dibulan yang mulia ni tak elok membazir. Sorang RM60. Kalau berdua cam aku ni dah seratus lebih. Pastu makan ape lah sangat. Tambah pulak perut aku ni kecik je. Rugi. Buat potluck kuar duit tak sampai pun 30 hengget. Jimat!! Duit balance tu boleh la aku beli baju kat poplook. Hihihi. Lagipun tujuan asalnya nak berkumpul ramai-ramai je. Maklumlah semenjak ramai ahli dah berkahwin ni, aktiviti pun slow je. Time-time camnie la yang boleh nak berkumpul ramai-ramai.

Macam biasa, moh la kita biarkan gambar je yang bercerita. Tapi panjang-panjang pun korang bukan baca. Aku pun malas nak menaip bulan-bulan puasa nie. 

^_^

Macam-macam ada.

Ayam golek ada, ayam masak merah ada, udang sambal petai ade, ketam masak ape tah pun ada. Buah tembikai, kuih, roti john semua ada. Tak masuk lagi kek secret resipi, kuih muih lain, fruit cocktail, dengan air ribena (kelas kau jen!) Cer teka yang mana satu menu tuan rumah?

Bagus kawan-kawan aku ni. Bukan setakat bawak makanan je, yang tolong kat dapur pun ade. 



Laki aku tunjuk skill memasak.


Hello bro, tolong masak ke? Hehehe. Comel tau bila lelaki-lelaki yang sibuk kat dapur.



Sempat lagi nak berposing.


Kesian anak tiri dipinggirkan. Maklumlah rumah saya tak berapa nak besar. 
Dining hall kecik je. Terpaksa makan kat ruang tamu.


Eh, ada kek pulak. Kelas tau iftar siap kek bagai.



Dah alang-alang ada kek, celebrate la sekali birthday bulan 8.


Tak sampai bape minit dah licin. Cam pirana semua.



Pas kekenyangan semua tersadai.


Ariana Batrisya yang bam bam.


Baby kalau tembam, comel je. Aku tembam?? Pitammmmm -_-


Sesi menapau makanan.




Selesai sudah iftar tahun ni. Moga jumpa lagi Ramadhan tahun depan. 

Akhir sekali, terima lah ..









Kesian .....





p/s : mesti ade yang tertanya-tanya, jadah ape la pulak ANL tu ye. ANL tu stand for All Nite Long.  ANL ni bukan lah group samseng, pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mahupun parti politik. ANL ni cuma sekumpulan kecil anak muda (dulu la muda, skrg semua dah tua) yang dulunya suka bersosial hingga larut malam. Suka melepak dan berkumpul beramai-ramai sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat. Dari kenalan gitu-gitu aje, tak lama kemudian terbentuk lah satu hubungan yang akrab ibarat hubungan kekeluargaan. All nite long petikan lagu ape tah, aku pun lupa. So, gitulah kisahnya.


1 comment:

  1. wowowo meriahnye iftar uols..

    mmg best bila dh gather reramai gini sure mcm2 cite lama2 mude2 keluar hehehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..