Thursday, August 30, 2012

New Skincare : Hada Labo


Tu dia skincare aku yang dah bertukar untuk kali yang keberapa tah. Actually dah dekat setahun sebenarnya aku tak beli skincare yang set-set camni. Dok tonyoh laki aku punya pencuci muka je. Pehtu pakai moisturizer safi balqis. Tu pun kalau ingat. Kadang2 aku tonyoh lotion vaselin je. Pastu pakai makeup. Tak peduli sangat bab penjagaan muka since kulit aku tak bermasalah sangat pun.

Tapi sebenarnya walaupun kulit aku tak bermasalah dari segi jerawat, aku perasan yang kulit muka aku ni tak sekata dan kusam. Kena bantuan fondation baru nampak seri. Tu pun waktu pagi je ok, masuk tengahari, mula lah muka berminyak bagai. Aku kalau boleh nak kulit muka berseri-seri, glowing bak telur dikupas gitu. Sebabnyeeeeeee, aku malas nak mekap. Susah nak sembahyang. Nak kena cuci muka dulu la, pastu kena pakai mekap balik. Letih mak dibuatnya.

Baru-baru ni aku try pakai Norefal Placenta Oil. Bangsa tamak, tak nak beli yang trial. Aku beli sebotol terus. Ade 100 biji dalam tu.


Memula pakai memang ok. Aku sapu waktu malam je, pastu bangun pagi rasa smooth je kulit. Tapi lama-lama aku rasa cam xde pape effect je. Dah dekat 2 bulan gak aku pakai. The worst part is, muka aku naik jerawat banyak gile. Especially kat bahagian dagu. Aku syak maybe sbb aku pakai placenta oil ni dulu sblm mekap, lepas tu pakai mekap. Kira cam dah bercampur-campur kot produk tu. Entah lah. Tapi aku still pakai jugak la waktu malam. Jenuh gak nak ngabiskan sebotol ni.

Dah habis baru la aku beli produk Hada Labo tu. Tu pun adik aku yg recommend. Sebelum ni pun aku banyak dah tgk iklan-iklan dalam majalah pasal produk Hada Labo ni. Especially dia punya SHA Moisturizing Lotion tu. Lotion ni katanya sold 1 in every 4 second di japan. Katanya la. Lagipun aku teruja nak beli sebab produk ni dari Jepun. Aku memang mudah terpengaruh kalau produk-produk kecantikan dari Jepun/Korea ni. Ye lah, tengok la muka orang Jepun ngan Korea kan cantik-cantik kulit diorang. Ada pulak yang kata Hada Labo ni kira cam SKII version murah sket. Lagi la aku teruja nak membeli.

SHA Moisturizer Lotion.

Nama je lotion, tapi sebenarnya mende ni toner. Pakai selepas mencuci muka. SHA tu stand for Super Hyaluronic Acid. 1gm of Hyaluronic Acid is able to hold up to 6 litres of water. Super Hyaluronic Acid has double the capacity of Hyaluronic Acid, providing your skin with more moisture retention ability.

Produk ni free alcohol, colorant and fragrance. Biasa produk-produk lain kalau dia ckp free fragrance pun, mesti ade sket bau-bauan. Tapi yang ni memang takde langsung bau. Sapu kat muka pun rasa best  je.

Tapi kan sebenarnya, aku baru je beli produk ni semalam. So baru pakai malam tadi n pagi tadi. Masih awal nak bagi review. Tunggu la 2-3 bulan lagi. Korang kalau nak try, boleh beli kat watson trial set RM19 hengget je.


Ni la keadaan sebenar kulit muka aku. Tanpa secalit fondation or bedak pun. Cuma pakai pencuci muka and moisturiser Hada Labo tu je. Saje letak beso-beso supaya nampak. Mmg tak flawless langsung. Pori-pori besar, pehtu bekas2 jerawat pun banyak. Kulit kusam. Euwww.

Harap-harap lepas ni ok la. Kita tunggu review lagi sebulan dua ye.




3 comments:

  1. cujen, hari tu jumpa..liccin je kulit mukaaa...maintain lawo ok..

    dulu kita pakai hada labo ni..seriusly mmg berkesan! lembap gila kulit..minyak tu ada lagi lah..tapi mmg berkesannn! untuk kita lahhh..toner dia tu mmg bgs!

    tapi skg stop kejap sebab trending tabita kan..ngehngeh...

    ReplyDelete
  2. mmg nak try tabita..tapi mahallllll!

    ReplyDelete
  3. OK ke produk ni.. Still guna lagi ke

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..