Thursday, August 16, 2012

Nia Ennalisha Sofea 2 Years Birthday.

Macam baru semalam buat entry Nia Ennalisha Sofea ni. Puteri kesayangan Kak Linda. Alih-alih dah dua tahun. Kejap betul masa berlalu. 

Semalam Kak Linda buat birthday celebration Nia, merangkap sekali iftar beramai-ramai kat Secret Recipe Alamanda (memang setiap tahun ni je venue ko kan kak). Sebagai kawan baik, haruslah aku dijemput kan. Berani Kak Linda tak jemput aku. Memang cari nahas namanya tu. Kengkawan lain pun dijemput jugak. Anie, Khalid, Onni, Affa, Fara, Kak Non (memang ini je pun kengkawan yang ko ada hihihi)


Birthday cake. Awat la diorang eja nama Nia camtu.


Birthday girl. Gojes macam mummy dia and comel macam aunty Cujen. ^_^


Happy Birthday, Nia!


Banyak nye hadiah nia. 

Tapi dalam banyak-banyak ni, haruslah Nia paling suka hadiah dari Aunty Cujen dia. Tak caya? Meh tengok bukti.



U have a good taste, Nia. Hehehehe.


Tapi hadiah lain pun Nia suka jugak. Kang kecik pulak hati aunty-aunty yang lain tu. Hihihi. 

Pic curi dari FB Kak Linda.

Ok la, cukup citer pasal birthday Nia. Semoga menjadi anak yang baik dan solehah macam mummy dia. (tangan di dada, mata pandang atas)


Now, hot-hot mummy and wifey pulak nak enterprame sekali dalam entry ni.

Hot momma. Korang kalau tak bawak anak, mesti org ingat anak dara. Awww.

Hot wifey and husband. Boleh?? Hihihi

Yang ni hot ...??? Err, hot and spicy la kot. 
Khalid hot, Anie spicy.

Ok tak yah tanya. Mereka ni not available. Sorang tu bini orang, sorg lagi nak jadi bini orang bulan 11 nanti ;)

Teman sePoli. Affa je takde. mana tah dia pergi masa kitaorang amek gambar ni.
Tak sangka dah 10 tahun kita kawan.

Kalau tadi teman sePoli. ni pulak teman sejoli. Penghulu nya haruslah Kak Linda. Hihi. 

Ni pun teman sePoli jugak. Tapi super super super senior kitaorang. Hai, Kak Non!

Sayang korang ketat-ketat.

Perasan tak dalam gambar-gambar di atas, aku jadi tinggi dari diorang. Haruslah kasut aku 5 inci kan. Tapi malangnya masih belum mampu menandingi ketinggian Kak Linda. Tu pun dia pakai kasut flat je. -_-

Ok la cukup la setakat ni dulu. Letih nak pilih-pilih gambar. Gambar selebihnya ada kat FB aku. Tapi orang tertentu je boleh view. Hehehe.

Sebelum menutup entry, terima la gambar kami laki bini. Kitaorang jarang dapat amek gambar berdua. Sesekali nak jugak enteprame.



Akhir kata, thanks to Kak Linda dan Sobri sebab belanja makan kat Secret Recipe.
Tahun depan jemput lagi tau. 




1 comment:

  1. Sukerrrrrr gilerr aku baca entry ni.....tp sekali da bis...malas ko kn nk wat karangan pjg2...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..