Tuesday, August 7, 2012

Salam Ramadhan.

Apehal dah nak habis Ramadhan baru nak ucap Salam Ramadhan? Hihihi. Ada aku kisah? Saje je hari ni rajin nak update blog sikit. Sikit je la, tak banyak. Takde apa yang menarik pun nak diceritakan. Semua berjalan seperti biasa.

Alhamdulilah, tahun ni masuk tahun kedua berpuasa sebagai suami isteri. Aku punya lah semangat Ramadhan kali ni konon nak mempertingkatkan amalan dan memperbaiki diri. Berazam nak tarawikh setiap malam. Sekalinya tarawikh di masjid aku pergi dua kali. Tarawikh kat rumah ade lah 3-4 kali. Tarawikh ni kalau sekali dah tinggal, memang lepas tu malas nak buat. Mengaji dapat la 10 muka surat je kot. Ini yang kata nak mempertingkatkan amalam? Hmmmm. Tak memberangsangkan sungguh. Now cik P pulak dah muncul. Off seminggu. Takpelah, harap-harap 10 malam terakhir tu, ada la kekuatan nak melakukan ibadah2 sunat buat tambahan bekalan.

So korang punya Ramadhan kali ni cemana? Ada penambahbaikan? Jangan ponteng-ponteng puasa tau!



4 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..