Wednesday, August 8, 2012

We Miss U, Doddy!

Dah sebulan lebih Doddy kami menghilangkan diri. Last Doddy ada depan mata kitaorang, sebelum pergi Morib hari tu. Balik dari Morib tu, Doddy langsung tak balik rumah :'(

Entah apa la yang berlaku kat dia. Tah hidup ke mati ke. Aku pun tak tau. Dah cari sekitar kawasan rumah, memang langsung tak nampak. Tanya jiran-jiran pun diorang dah lama tak nampak Doddy. Selalunya ada je dia duduk kat depan rumah la, hujung jalan la. Takpun dok atas bumbung. Tapi, sekarang semua tu dah takde lagi :'(

Tak ada lagi Doddy yang suka mengendeng2 kat aku. Doddy yang akan berlari balik rumah bila nampak kereta kitaorang. Doddy yang akan temankan aku bila aku dok sorang-sorang. :'(

Aku tak tau nak fikir apa yang berlaku kat dia. Nak kata dia sesat, tak mungkin sebab jauh mana pun dia berjalan, mesti balik rumah. Aku memang dah lama tak kurung dia dalam cage. Doddy memang dibiarkan lepas, sebab dia je sekor yang bijak. Dia tau je kat mana nak masuk atau keluar even kalau kitaorang kunci pintu. Dan tak pernah pun dia tak balik rumah. Tinggal dua tiga hari pun dia ok. Tapi, masa pergi Morib tu, kitaorang cuma tinggalkan Doddy sehari semalam je. :'(

Aku tak kisah kalau ada orang amek dia, bela macam kucing sendiri. Yang penting Doddy selamat. Tapi sekarang, aku takut something buruk berlaku kat dia. Tah kena langgar ke, kna gigit anjing ke. Tak tau nak cakap. Rumah aku sekarang tak berseri sebab takde Doddy.

Setiap hari bila balik rumah, aku mengharap Doddy akan tunggu aku depan pintu.

Tapi, harapan hanya tinggal harapan. Doddy tak muncul-muncul. Aku cuma mampu berdoa walau kat mana pun dia, harap-harap dia selamat dan gembira.

We miss u Doddy.










4 comments:

  1. Sedih jugakk...

    sob..sob..Lofa and Jack dah takde dodddyyyy..huaaa!

    Mintak2 dia jenjalan je..esok2 balikkkk

    ReplyDelete
  2. pernah jgk kucing kat kg tu ilang tetbe..takpela.klu hidup lg msti blik..klu tak pon mgkn dia lg bahagia :)

    ReplyDelete
  3. sejak aku dh xbuat nasi lemak dlm sbln lbh ni..mng aku xnmpk kucing2 dtg umah aku..slalu ada je yg dtg mngiau...penah gak dody ko ni tlepas smpai umah aku...tp skang xde la plak kucing2 yg lalu...nt kot2 ada, aku roger ko eh

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..