Thursday, September 20, 2012

Edisi Menggemukkan Badan : Jamuan Raya Di Sana Sini

Jarang-jarang aku citer pasal orang-orang opis aku kan? Sekali sekala nak jugak bagi diorang enterframe kat blog lejen aku ni. Memandangkan minggu lepas ada jamuan raya kat opis, so boleh la aku entepframe kat diorang kat sini.

Minggu lepas adalah minggu paling heaven sekali sebab banyak sangat jamuan raya kat opis ni. Maklumlah dah minggu-minggu akhir ni, semua berebut-rebut nak buat jamuan raya. Kalau dulu aku memang tunggu jamuan-jamuan macam ni tapi sekarang aku jadi risau. Semenjak badan semakin senang nak menggemuk ni, terpaksalah kontrol makan. Tambah pulak baru lepas kursus pasal kesihatan, penceramah tu dok citer pasal kandungan gula dalam makanan, lagi la buat aku takut nak makan. Dalam takut-takut tu, naik jugak 2 kilo. Muahahahaha. Tak boleh tahan weh tengok makanan tu semua. Aku nampak makanan tu semua dok melambai-lambai je kat aku. Hikhik.

Tu dia segala jenis makanan ada. Dessert je dah dekat 10 jenis. 
Dengan sate lagi, laksa, laksam, soto, bihun sup, nasi tomato.
Pendek kata semua ada lah.

Sebelum aktiviti menternak lemak dimulakan, ada lah sikit celebration untuk warga cawangan yang sambut birthday bulan Ogos, yang bersalin, yang kawen. Seronok deme ya dapat hadiah.

Cer teka bos aku yang mana satu? Mihmihmih.


Dah setel semua aktiviti bagi-bagi hadiah yang berakhir dengan nyanyian lagu Happy Birthday, maka bermula lah aktiviti mencekik dan menternak lemak.

Oh, ini sebelum jamuan start. Kantoi curi kek. 

Percaya tak aku makan ni je.
(Ini yang terakhir sebenarnya)

Menjamu selera sambil bergossip.

Colleague aku yang ceria-ceria semua. 


Ok, sekian sahaja cerita jamuan raya dari saya PA yang bertugas. Jumpa di lain tahun.



Oh ya, peplum kurung kaler oren lagi terang benderang tu, mak aku yg buat. Nak tau kul berapa baju aku tu siap? Kul 2 pagi sebelum jamuan ni. Gigih aku dok mengadap mak aku soh siapkan jugak baju ni. Gedik kan setiap kali function nak pakai baru. Hihihi. Takde lah setiap kali. Kadang-kadang je. Kain dah bagi lama kat mak aku soh jahit. Tapi biasalah, esok nak pakai malam ni baru siap. Nak buat cemana, upah free!! Haruslah mak aku siapkan lambat. Kalau nak cepat kena sogok duit. Ish ish ish.

Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh. Sekali dengan kain RM180 (lycra). Free postage. Ukuran boleh ikut ukuran korang ataupun ukuran standard yang sedia ada. Ada kaler oren, mustard, coklat, baby pink, baby blue, purple & hijau. Interested email me cujern@gmail.com.

Ni aku close up sket gambo baju tu.




12 comments:

  1. babe kalao nk tempah skirt mak ko amek tak
    skirt kain lycra tue?

    ReplyDelete
  2. Sis, jamuan raya still berlangsung? ;) btw nice color dress u have.

    ReplyDelete
  3. reben tu kalo letak kat belakang pun comeyl gak kan? ^_^

    ReplyDelete
  4. hai!!! nice baju..suke tang kain tu... :)

    ReplyDelete
  5. dear can i hv your email?

    where can i find the tailor untuk jahit peplum kurung like the one youre wearing?

    cantik!

    tq :)

    ReplyDelete
  6. santeknye baju mak u jahit. terer la. mak u kalo jual online pakai design ni pun bley jadi macam poplook neh. siyes gojes.

    ReplyDelete
  7. Salam kenal tuan tanah,
    cantiknya peplum dress tu. Berapa upah mak awak amek ? heee

    ReplyDelete
  8. Nak jugak baju pepelum tu. Cer citer detail skit cmana nak order. Klu kita ada kain sendiri?

    ReplyDelete
  9. berminat la dgn baju ni...nak tempah camne yer

    ReplyDelete
  10. if nk tmph jgk cmne ye? tp kain sndri..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..