Friday, September 7, 2012

Today's Look.



Actually its not today. Yesterday sebenarnya. Semalam tak sempat nak taip sampai habis. Balik rumah terus lupa nak update.

Dress comel kaler pink tu aku beli from Poplook. Ada kisah sket masa aku beli dress tu. Mula-mula dulu aku memang tak pernah beli apa-apa pun from poplook ni. Sebab aku bukan jenis yang pakai dress sangat. Lagipun biasa nya dress2 macam ni susah nak ade size aku. Mesti longgar. Tapi, adik aku la, peminat setia poplook. Berpuluh-puluh pasang dia beli baju kat poplook. Sampai la satu hari aku soh dia bawak baju poplook dia tu, aku nak try. Sekali try, terus suka. Terus aku jadi fan poplook jugak. Hehehe. 

Lepas tu setiap kali poplook update je, mesti aku dah tercongok depan pc. Baju-baju kat poplook ni macam goreng pisang panas. Baru je update, tak sampai 5 minit dah sold out. Gile betul orang malaysia ni shopping. 

Biasanya sebelum poplook update new arrival kat website diorang, diorang akan announce dulu kat FB. So, 2-3 hari sebelum diorang update Peplum Dress yang aku pakai tu, diorang dah announce dulu kat FB siap ngan gambar. Ade 3 kaler. Pink, Puple & Yellow. Masa memula tengok aku memang dah berkenan kaler purple ngan pink. Memang dah berazam dah nak beli dua-dua kaler tu. Malam tu tido siap mimpi weh. Aku mimpi aku tak sempat beli dress tu. Sedih gila. Disebabkan mimpi tu, hari poplook nak update je, aku pagi-pagi dah standby. Poplook biasa update kul 11. Tapi kul 8 aku dah standby. Semangat punya pasal.

Tepat kul 11, poplook pun update. Tapiiiiiiii! Tetiba ada 4 kaler pulak.


Cantik-cantik pulak tu semua. Terus aku berbelah bahagi. Dok pilih-pilih. Kejap nak pink, kejap nak pepel, kejap nak teal. Lepas tu bila dah confirm nak kaler ape, belum sempat nak update cart, dah SOLD OUT! Tak sampai 5 minit hokey. Semua kaler pulak tu. Itu jam, memang aku dah nak nangis dah. Ye la kau bayangkan betapa aku sangat MENGINGINKAN dress tu siap mimpi-mimpi. Rupanya mimpi aku jadi kenyataan. Padan muka aku :'(

Tapi berkat semangat shopaholic yang tak pernah padam ni, aku gigih jugak tunggu kot-kot ade yang available balik. Sebab kadang-kadang mungkin ade org nak beli time payment tu sangkut ke ape, so baju tu akan available balik. Setiap 5 minit aku refresh. Akhirnya dalam kul 3 macam tu ada la satu yang available. Kaler pepel. Tapi yang tall version punya. Ah, lantaklah. Janji dapat. Lepas tu still x putus asa, esoknya aku duduk lagi mengadap pc sambil-sambil buat kerja. Nasib aku memang baik agaknya, sekali ada yang available kaler pink. So dapatlah aku dua-dua kaler yang aku nak memula tu. Hihihi

Pehtu kan aku bawak la dress aku yang kaler pepel tu kat rumah mak aku. Nak soh mak aku alter. Yer la, kan aku beli yang tall version. Haruslah labuh gile. Tapiiiiii, masa mak aku nak alter dress tu, tetiba kawan mak aku datang rumah. Dia ternampak dress aku tu. Dan dan pulak dia berkenan. Merayu-rayu kat mak aku soh jual kat dia. Mak aku cakap kena tanya aku dulu. Mak aku soh dia balik dulu. Pastu dia kata dia nak balik kampung la, ape lah. Berkali-kali msg mak aku tanya pasal dress tu. Last-last aku ckp kat mak aku, jual je la. Tapi makap harga sket. Tak banyak cakap, terus dia dtg rumah mak aku amek dress tu takut aku berubah fikiran tak nak jual. Takpe, aku ada kaler pink. Nasib baik kaler pink lagi comel dr kaler pepel tu. 

Konon-konon beria nak pakai masa raya, last-last aku tak pakai pun. Actually dress tu longgar sket ngan aku. Maklumlah aku kan kurus. Hihihi. Terpaksa soh mak aku alter sket. Nasib baik mak aku tukang jahit. Tu yang baru konfiden nak pakai semalam. Tapi rasa cam over je sebenarnya gi opis beria-ia bergaya kan. Mesti ramai menyampah kat aku kan. Gaya je lebih, kerja malas. Eh aku buat kerja dengan bergaya tau. Korang apa tau. 

Kasut tu pun ade cerita disebaliknya, tapi malas ah nak citer. Kang jadi berpuluh-puluh perenggan pulak. Kadang-kadang kagum dengan diri sendiri. Sebabnya, citer pasal dress je kot dah sampai 6 perenggan.  Belum lagi aku citer mende lain. Nampak sangat aku ni jenis orang yang suka membebel. Huahahaha. Syyhhhh, hat tu hanya laki aku je yang tau.

3 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..