Monday, October 22, 2012

Apa perkembangan TTC terbaru aku?

Lama kan aku tak update pasal TTC journey aku. Banyak sebenarnya aku nak cerita. Banyak benda nak luahkan. Tapi aku malas nak update sebab nya nanti kang blog ni jadi medan luahan perasaan aku yang tah hape-hape je tu. Orang yang tak TTC macam aku memang takkan paham. Lagipun aku ni jenis EGO melampau. Aku tak suka nak tunjuk-tunjuk rasa sedih aku kat orang. Aku rasa cam geli nak tunjuk-tunjuk kesedihan kat orang. Lagipun percayalah takde sape pun suka kalau kau sedih-sedih meroyan kat blog. Jarang-jarang orang nak paham. Silap-silap mengundang rasa menyampah lagi ada. So aku decide untuk diam wat tak tau je. Kalau aku bercerita pun aku cerita kat laki aku je atau orang2 yang rapat ngan aku je. Atau yang sama-sama TTC ngan aku.

Cumanya aku baru tergerak hati nak update pasal TTC journey aku ni. Itu pun lepas aku baca satu blog TTC yang bagi aku sumber inspirasi. Owner blog tu pun dah pregnant. Tapi, seronok baca kisah TTC dia tu. Dan dan aku rasa rugi lak tak update kisah TTC aku. Bukan apa, mana tau satu hari aku dah ada anak, boleh jugak baca balik cerita-cerita dan usaha aku nak dapatkan anak tu. Manalah tau kot-kot esok anak aku nakal ke sampai tahap aku give up boleh la aku baca balik sejarah TTC aku betapa susah aku nak dapat anak tu. Ehehe sampai ke situ tahap imaginasi aku. Ye la, knowing me aku ni memang baran dan cepat bosan. Takut nanti mula-mula je excited nak dapat anak, lepas tu bosan. Hihi. Boleh pulak eh macam tu? Mungkin sebab tu kot Tuhan tak bagi aku anak. Tapi orang kata kalau ada sendiri nanti mesti lain. Entah lah, aku tak tau sebab aku tak pernah ada anak sendiri.

So start from now, i will blog about mt TTC journey. Tapi bukan kat blog ni la. Aku nak create blog lain. Tak nak campur-campur. Tapi buat masa ni tak nak share blog tu dengan korg. Dah ready nanti baru bley share. Senang sket aku nak meroyan kat sana. Hihihi. Tapi aku tak private pun blog tu. Kalau korang jumpa, jumpa la. Pastu baca je tak payah komen bagai atau share link blog aku. Eh bajet retis ke?



5 comments:

  1. Hai jen, yana baru jumpa blog ni.. nak foloow, sini atau sana .. sama2 TTC :)

    ReplyDelete
  2. EH...kita pon TTC jugakk..nak baca jugakk!

    ReplyDelete
  3. i pun sama mcm u.
    taksuke tunjuk sedih2. i'm more to tunjuk marah than tunjuk sedih. hehehe....so bile i marah org yg suke tanya2, org takberani tanya lagi. hehehh

    ReplyDelete
  4. hai sis.. sy dah baca blog u ni..bagila link utk blog baru tu..sy pun tgh proses nak buat iui ni..seronok nak tau cara2nya.. sy dh 4 thn kawin dan masih mencuba

    ReplyDelete
  5. salam, say baru dlm duni TTC nie..
    harap sudi follow blog saya..
    http://iez2linejourney.blogspot.com/

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..