Friday, November 30, 2012

Fenomena Durian Crepe

Ok, aku antara orang yang terakhir tahu tentang kewujudan durian crepe ni. Sebabnya, walaupun aku ni hantu durian, tapi kalau makanan-makanan lain yang dibuatkan berasaskan durian, aku memang tak pernah teringin nak rasa. Tak kira lah aiskrim durian ke, kek durian ke or apa-apa lah yang ada durian. Yang boleh cuma pengat durian cicah dengan roti je. Tak tau la kenapa, tapi memang tak pernah cuba dan takde perasaan ingin mencuba pun. Lagi la crepe durian ni. Tak pernah tau pun kewujudan makanan yang sedap ni.

Sampailah satu hari, kawan aku Affa Dot Azra datang rumah pastu dia dok cerita-cerita la pasal durian crepe ni. Aku pun cam "haa..durian crepe? menatang ape tu?" Affa pun explain la kat aku "bla..bla..bla..durian crepe..bla..bla..sedap gile..bla..bla..bla...rugi ko tak rasa....bla..bla..bla..sweetchat..  But still aku rasa tak teruja pun. Reaksi aku masa cam "euww...really?

Tapi setelah diyakinkan oleh Affa, aku pun rasa why not cuba kan. Tapi Affa cakap durian crepe ni yang sedap kat Sweetchat. Sweetchat ni paling dekat ade kat The Mines. Kebetulan hari tu aku ada pergi Mines, so affa pun kirim la mintak belikan dia punya. Aku pun rasa nak beli jugak, malangnyaaaaaa aku sampai je Sweetchat The Mines, dia kata sold out! Aku lom sempat masuk lagi pekerja sweetchat tu dah sound awal-awal, durian pancake habis. Hamboi, cepatnya habis. Betul-betul sedap nampaknya tu. So kempunan la aku nak merasa durian crepe hari tu.

Esoknya affa bitau ade kawan dia yang buat durian crepe ni.  So aku pun order la. RM11 ade 5 keping. And that's the first time durian crepe masuk ke dalam mulut aku. Rasa dia, perghhhh memang sedap la. Tak cukup sekeping, aku habiskan 4 keping tu. Muahahaha. Tapi affa cakap durian crepe ni tak sesedap yang kat sweetchat. Dia kata sweetchat punya lagi sedap. Rasa macam isi durian je. Yang aku mkn tu banyak cream je. Lepas tu kat opis aku pun ade org buat, aku pun tempah la. Rasa ok je tp banyak sangat cream nye sampai aku takut nk makan. Dah nak last baru la jumpa isi durian tu. -_- Then adik aku pulak bawak balik yang officemate dia buat. Still banyak cream dari durian. Ni yang buat aku lagi rasa membuak-buak nak rasa yg sweetchat nya. Tapi setiap kali aku pergi yang kat The Mines tu, manjang je habisssss. 4 kali aku pergi tak dapat rasa. Tekanan betul dibuatnya.

Last-last semalam aku google cari no phone sweetchat kat Mines. Nak tanya dulu ade stok ke takde. Kang takde wat penat aku pegi je. Aku call dalam kul 11 lebih camtu. Budak yg jawab phone tu cam kerek je ngan aku. Cakap semua dah ade reserve. Amboi belum kul 12 dah habis. Aku tanya la bila dia restok. Dia cakap petang-petang sket. Aku tanya la boleh tak reservekan kalau ade nanti. Petang sket aku amek. Budak kerek tu soh aku call / datang petang-petang sket. Eh budak ni, ingat dekat ke Putrajaya dengan Mines tu. Memang la dekat tapi takde keje la aku nak pergi sana semata-mata nak dengar durian pancake dah habiss. Sebab tu aku call dulu. Bengong betul. 

Petang tu aku call semula. Budak yang sama jawab. Budak tu pun cam blur-blur je. Siap tanya manager dia boleh ke reserve durian pancake ni tuk customer. Maybe aku org pertama kot yg mintak reservekan. Sekali manager dia kata boleh je. Aku order 3 set. Satu set ade 3 keping je. Rega pun mahal sket RM8.90. Takpelah mahal pun, janji puas hati makan. Lepas maghrib, bergegas pergi Mines amek durian crepe aku tu. Tak sabo-sabo masuk kereta terus ngapppp. Perhhhhhhh, memang heaven la. Boleh dikatakan 80% isi durian. 20% je cream. Macam ni baru la puas hati makan. Tak kisah la mahal sket pun. Laki aku pun suka durian crepe ni. 

Akhirnya dapat jugak merasa. Sekotak dah bg adik aku. 

Itulah kisah saya dengan durian crepe. Amboi citer durian crepe seketul bukan main panjang lagi. Hihihi. Jangan marah aaaaaa.

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..