Friday, November 2, 2012

TTC : Body Basal Temperature

Sumpah selama ni aku tak pernah tau apa itu Body Basal Temperature (BBT). Rupanya BBT ni penting jugak untuk orang yang TTC macam aku ni. Dapat tau pasal mende ni pun dari blog Miss Jay (ttcians yang dah berjaya pregnant). Syok gila baca blog Miss Jay ni tau. Memang memberi inspirasi dan semangat. Btw, Miss Jay ni dah berjaya pregnant setelah TTC selama 3 tahun lebih. Korang boleh baca pengalaman Miss Jay buat rawatan alternatif dan pembedahan batin yang memang agak mistik dan interesting!!  Memang tak terjangkau dek akal fikiran kita, tapi semua tu kuasa Allah kan. Benda-benda ghaib ni memang wujud samada kita percaya atau tidak je. Miss Jay berjaya pregnant lepas buat rawatan alternatif tu dan yang penting dengan izin Allah. Rawatan tu cuma usaha je. Tapi aku salute la kat dia. Tak putus asa dan sentiasa mencuba. Tak macam aku yang kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam je. Hihihi.


Ok ok stop pasal Miss Jay, now kita back to the topic. Jadah apa BBT ni sebenarnya?

Info-info ni semua aku copy paste dari forum Ratuhati dan blog Shilafaiz. Aku pun dalam proses memahami kaedah BBT ni. Kalau salah info, maafkan je la eh.

Apa itu BBT?

BBT ni adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti waktu subur/ovulasi dengan lebih tepat. BBT juga banyak kelebihannya disamping membantu kita untuk memahami sistem reproduktif tubuh badan sendiri. Actually BBT ni bukan untuk TTC je. Untuk korang yang merancang nak jarakkan kehamilan pun boleh jugak guna kaedah BBT ni. Boleh merancang secara semulajadi so tak payah makan ubat dan sebagainya. Sebabnya even kita period regular, tapi waktu ovulasi kadang-kadang tak sama. Tak semestinya ovulasi berlaku pada hari ke 14 atau 15. Ada yang ovulate hari ke 29, 30. Even hari ke 40 pun ade. Kita ingatkan period delay, rupanya belum ovulate pun. So kaedah BBT ni akan mengesan waktu ovulate dengan lebih tepat.

Kenapa BBT penting?

Sebabnya walaupun setiap bulan kita ada period, tak bermakna bulan tu kita ovulate/ada telur. Bermakna kita period tu 'kosong' tanpa telur. Kes macam ni dikaitkan dengan low progesterone. (jap, aku lom gugel lagi apa low progesterone ni apa. nanti dah tau apa aku update). BBT ni very accurate kalau betul buat. So melalui ur chart BBT kita boleh tau lebih awal samada kita pregnant atau nak period. Macam mana tu? Nanti aku terangkan sebab aku pun belum start lagi BBT ni. So tak boleh nak bagi contoh.

So, macam mana nak guna kaedah BBT ni?

1.Mula-mula sekali kena la beli termometer. Seeloknya guna termometer digital dan lagi bagus kalau beli yang khas untuk BBT. Termometer ni lagi tepat sebab ade dua digit lepas titik perpuluhan. Aku beli kat watson je, RM 26 je. Brand microlife. 

Ni ha rupa termometer aku tu.

2. Mulakan amek suhu pada hari pertama period. Hari pertama (CD1) biasanya diambil bila darah dah flow, bukan spotting.

3. Ambil suhu sebaik sahaja bangun tido sebelum buat apa-apa aktiviti macam ke tandas ke, bangun ke. Kiranya celik-celik je mata terus capai termometer tu, letak bawah lidah. Pastikan termometer tu letak tempat berdekatan yang senang nak capai tanpa perlu korg bangun. Nanti lepas termometer tu dah bunyi, tengok suhu tu berapa terus catit. Nak senang download la apa-apa application kat hp yang boleh catit suhu camni. Aku download application Period Tracker. Beli usd 1.99 je kat apple store. Kalau yang free punya limited, tak boleh catit suhu. 

4. Pastikan tidur cukup dan sekurang-kurangnya 3 jam. Disiplinkan diri untuk amek suhu pada waktu yang sama setiap hari. Tapi kalau awal atau lewat setengah jam, still boleh gunapakai lagi.

Dah belajar cara-cara nak amek suhu ni, then kena belajar cara nak paham carta BBT. Memandangkan aku belum start lagi ber BBT, so aku tak dapat la nak tunjuk aku punya sample. Korang pun boleh register and catit suhu korang dekat  FertilityFriend.com. Nanti akan keluar graf-graf macam kat kat bawah ni. Gambar-gambar ni aku amek dari website FertilityFriend tu.


Ni contoh graf orang yang ovulation which did not lead to pregnancy.


Ni pulak graf untuk orang yang berjaya pregnant.


Macam mana nak memahami graf ni, nanti la aku sambung lepas aku dah berjaya buat graf aku sendiri. Memandang kan hari ni sepatutnya aku period, so boleh la start buat BBT. Dah berjaya paham nnt aku share ok.


6 comments:

  1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. rajin2 post tau...blh makneng baca..
    moga2 kite sesama ada rezeki dpt baby lps nih.. :)

    ReplyDelete
  3. hehehe alahai takyah la citer psl i kat sini. maluuu *gediks*
    wakakaaka
    anyway goodluck charting ya! charting is a good way to get to know your body ;)

    ReplyDelete
  4. gud luck dear!!

    salam kenal dari zana.. zana pun TTC jugak.. :)

    ReplyDelete
  5. saya masih baru dalam menggunakan FF ni.masih ada yg xfaham.macamne crossline yg merah tu dapat ye?auto atau kita yg create sendiri?

    ReplyDelete
  6. saya masih baru dalam menggunakan FF ni.masih ada yg xfaham.macamne crossline yg merah tu dapat ye?auto atau kita yg create sendiri?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..