Wednesday, December 19, 2012

Big Bad Wolf 2012

Aku tak pernah tau pun kewujudan Big Bad Wolf sebelum ni. Adik aku la yang cakap kat aku. Aku ingat tah ape la Big Bad Wolf tu. Ingatkan pertunjukan binatang-binatang. Hihihi. Rupanya jualan buku secara gudang dan besar-besarn. Yang penting harga murah. Owh!

Sebagai pencinta buku, haruslah aku pun teringin nak pergi. Mungkin ada yang tak tau, aku ni memang suka buku. Tak kira lah buku apa. Janji buku. Even it took a years to finish satu buku yang tak sampai 50 muka surat pun, still i love books! Dan aku memang bercita-cita nak ada satu mini library kat rumah aku nanti. Yay!

So sabtu lepas, aku pun pergilah Big Bad Wolf tu dengan adik aku. Gigih kau bangun kul 5 pagi sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang. Tau je la aku ni, kalau dah ramai-ramai bergasak tu kang, silap-silap aku balik dengan tangan kosong je. Memandangkan sabtu lepas last day yang open 63 jam tanpa henti, so inilah masa terbaik nak pergi. Lepas tu dia open dari jam 9 pagi hingga 9 malam je. Kot? Er entahlah aku pun kurang pasti. Boleh check la Big Bad Wolf Facebook.

Kitaorang sampai kul 6.30 pagi. Thank god, orang tak berapa ramai. Nak pilih buku pun senang. Sejam pertama tu aku round-round je dulu sebab tak tau nak beli apa. Ikutkan semua buku aku nak beli. Tapi aku lebih suku baca buku biogafi, sejarah atau buku masakan. Memang boleh gila weh tengok buku-buku tu semua. Buku Jamie Oliver melambak-lambak. Nak nangis aku tengok harga buku tu 8 hengget je. Kalau kat MPH mau cecah 100 hengget kot. 

Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap masa pergi Big Bad Wolf haritu :)










Ini hasil yang aku dapat dari Big Bad Wolf. Its only cost me RM219. Harga dari RM3 - RM30 je. Ikutkan hati banyak lagi yang nak beli, tapi takpelah..jangan tamak. Ni pun tah tahun bila baru habis baca. Hehehehe.

Yang pasti Big Bad Wolf ni akan jadi event wajib pergi setiap tahun untuk aku. Harap-harap tahun depan ada lagi.

2 comments:

  1. bestnyer dpt beli byk2 dengan harga murah...berbaloii kan..

    ReplyDelete
  2. Waaaa..best giler..tak boleh tunggu ni..nak kena pegi gak ni..thankd for the review and info cujen..mahu aku heret laki den ke sana ni:P..Choices buku² die best tak?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..