Thursday, December 6, 2012

Like La Kalau Sudi ;)





Aku sekarang ni dah start buat bisnes. Ala, bisnes kecik-kecik je. Bisnes online. Benda ni dah lama plan, bertahun dah sebenarnya tapi baru sekarang terlaksana. Ada je yang buat projek aku tertangguh. Masa tak cukup la, modal tak cukup, itu lah, ini lah, dengan mak aku yang busy memanjang. Lagi la sejak jaga anak buah aku tu. Eh, apa kena mengena mak aku pulak dengan bisnes aku ni? Hehehehe. Haruslah ada kena mengena sebab mak aku la tunjang utama bisnes aku ni. Kalau mak aku takde, memang tak jalan la bisnes ni. Aku buat bisnes jual baju-baju perempuan macam baju kurung, kurung moden, jubah moden & peplum yang orang tengah dok gila sekarang ni. So sebagai tailor, kena lah ada mak aku kan? Kira mak aku ni macam aset la pada perniagaan aku ni. Hihihi. Tapi sekarang ni dah ada dua tailor, jadi insyaallah projek ni boleh jalan.

Tapi, aku belum start sepenuhnya. Baru cuba-cuba buat blog dan page kat Facebook. Insyaallah dalam masa terdekat ni aku akan upload. Tapi boleh la kalau nak like dulu page tu. Nanti kalau aku dah upload boleh la korang dpt notification. Pastu boleh la korang beli. Hehehe. 

Insyaallah produk aku takde la mahal mana, semua mampu milik. Aku seboleh-boleh nak bagi harga paling rendah untuk customer-customer aku yang tersayang. Ewah...sayang terus. Nak bodek suruh beli ke hape? Hahaha. Tapi betul tau. Aku memang kasi harga baik punya. Kira berbaloi dengan harga korang bayar tu nanti. Kualiti pun insyaalah yang terbaik aku akan bagi. Tapi tunggu minggu depan ye baru aku upload. Buat masa ni aku bagi teaser dulu ;)



Teaser







Eh nak jugak gambar tuan dia. Hikhikhik. Insyaallah skirt aku pakai tu aku akan buat dan jual, tapi bergantung pada stok kain tengok ada ke takde. Cantik tau skirt tu. Aku yang sendiri pakai pun suka. Lagi best sbb boleh matching dengan macam-macam baju. So kita tunggu minggu depan ye. TQ uols!

3 comments:

  1. Skirt tu cantik to the max. Harap awak jual ye. hehe

    ReplyDelete
  2. member aku nak tempah boleh ker?

    ReplyDelete
  3. Jom Like our fanpage 'Kurung Couture Fanpage'...Kurung comel2 mcm fatin liyana....tq:-)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..