Thursday, December 27, 2012

One Day.

Ok hari ni aku nak cerita pasal satu movie yang aku baru download dan tengok bulan lepas. Itupun aku terbaca ada orang post kat FB pasal movie ni. Actually dah lama aku nak buat review pasal filem ni, tapi asik tertangguh je. Today, aku curi-curi masa jugak nak review filem ni sebab aku rasa filem ni sangat-sangat lain dari filem-filem romantik yang pernah aku tengok sebelum ni. And yes, filem ni sangat-sangat sedih. Sedih sampai kau rasa nak nangis tapi tak keluar air mata. Sedih bukan semata sebab kisah cinta mereka, tapi akan buat kan kau terfikir tentang kehidupan, masa dan orang-orang di sekeliling kita.

WARNING : Entry ni mengandungi banyak spoiler. So kepada yang belum menonton movie ni dan berhasrat nak tontotn, tapi tak suka spoiler dinasihatkan tak payah baca entry ni ok. Nanti dah tak suprise. Tapi kalau tak kisah, boleh baca. Tak ada masalah.

Ni aku bagi trailer kasi semangat sket nak tengok movie ni



Movie ni release tahun 2011, tapi aku tak sure la masuk kat Malaysia ke tak sebab aku tak pernah nampak pun. Filem lakonan Jim Sturgess & Anne Hathway ni memang aku suggestkan untuk korang yang pencinta filem genre romantik sedih untuk tengok.

Twenty years, two people.



Cerita mengisahkan tentang Emma & Dexter yang berjumpa masa hari graduation diorang on 15 July 1988. Actually itu bukan perjumpaan pertama diorang, tapi Dex ni tak perasan pun kehadiran Emma sebelum ni and actually Emma ni dah lama admire kat Dexter tapi tak pernah bagitau pun. Dalam filem digambarkan Dexter ni seorang yang palyboy, suka flirting sana sini. Emma ni pulak budak nerd.


Emma & Dexter

Malam lepas graduation tu Dex teman Emma balik rumah. Dex ni pulak mabuk. Sampai-sampai je rumah Emma terus kiss Emma. Diorang memang plan nak buat 'sesuatu' tapi tak jadi. Sebab apa tak jadi kena la tengok sendiri. Last-last diorg decide untuk jadi kawan je. So that night, they sleep together, but nothing happened between them. The next year, Emma pindah London and Dex pergi Paris.

Masa terus berlalu dan hubungan Dex dengan Emma pun berjalan macam biasa. Dex akan sentiasa ada bila Emma perlukan dia and Emma pun macam tu jugak. Tapi Dex still la macam dulu. Playboy dan banyak girlfriend. Tapi Emma takde boyfriend pun. Cuma ada kawan sekerja dia yang cuba nak mengurat Emma.

Emma & Dex bercuti sama-sama. Masa ni sweet sangat. ^_^

Time flies. Dexter dah jadi famous as TV host. Tapi Dexter still rasa hidup dia cam kosong. Dan setiap kali dia tak ok, dia akan call Emma. Masa ni emak Dex sakit, kanser. Masa Dex balik jumpa emak dia, emak dia ada ckp something kat Dexter.

"I know you're going to be a fine man. Decent, loving, accomplished. But i dont think youre there yet. And right now, well, i worry that you're not very nice anymore"

Lepas tu bapak Dex pun ada cakap something kat Dex yang buat dia kecewa. Then dia call Emma. Tapi Emma tak jawab sebab Emma keluar dating dengan Ian. Oh ya, masa ni tahun 1993, so takde henpon lagi. Dex call from public phone. And masa ni pun sedih sangat. Dexter tinggalkan pesanan.

"Oh, you're not there. I remembered you're on a hot date tonight. I'm too late. Ok, can you call me when u get this. I just need to speak to someone.. not someone. You!"

Sedih sangat masa ni. Huwaaaaa. Masa ni Emma keluar date dengan kawan sekerja dia yang asik dok mengurat dia tu, Ian. Masa ni jugak la Emma try to terima Ian jadi boyfriend dia walaupun hati dia tak cintakan Ian.

Emma & Ian.

Tak lama kemudian, emak Dex mati sebab cancer. Dex ada jumpa Emma lepas tu. Diorang dinner sama-sama. Tapi masa tu Dex ada tersalah cakap kat Emma yang buatkan Emma kecewa. Emma lari tinggalkan Dex masa dinner tu tapi dia patah balik and cakap kat Dex "I love you, Dex, so much! I just don't like you anymore. Im sorry." Then Emma terus lari tinggalkan Dex. Masa ni pun sedih sangat-sangat. 

Masa berlalu. Dex dengan Emma pun lama tak jumpa since that. Kerjaya Dex as TV presenter semakin malap. Pengurus Dex cakap kat dia

"Every career has it ups ann downs.This is just a bloody great down. And i sense a bit of disechantment, Dex. The future never is. That's what make is so bloody exciting. Everybody love u. But they love you in that ironic, love-to-hate kind of way. And all we need to do is just find someone that loves you for real."

Then Dex jumpa Sylvia. Emma pulak moving in dengan Ian. Tapi tak lama sebab Ian dapat tau Emma tak cintakan dia lepas dia baca diari Emma. Then, Emma dengan Ian break up. Dex pulak melamar Sylvia. 

15 July 2000,  Emma dengan Dex jumpa balik masa wedding kawan diorang. Masa ni Dex dah bertunang dengan Sylvie and Sylvie pun dah pregnant masa tu.

Dex bagitau Emma dia nak kawen dah dengan Sylvie. 
Then Emma cakap "I missed you, Dex!" "No more disappearing" Wuwuwuw..sedihnyaaaaaa!

Dex kawen dengan Sylvie and try to be a good father untuk anak dia. But Sylvie dengan Dex still kekok walaupun dah kawen. Then Sylvie curang dengan kawan baik Dex sendiri. Then diorang divorced. Masa ni Dex contact Emma balik. Naik train pergi France untuk jumpa Emma.

Emma dah makin cantik.

Emma & Dexter after 15 years! (15 July 2003)

Tapi masa ni Emma dah ade bf. Bukan Ian tu, tapi bf baru yang lagi best. Masa ni Dex baru tersedar yang dia cintakan Emma tapi dah terlambat. Then, Dexter decide nak tarik diri dan balik. Masa ni la Emma dengan boyfriend dia. Tapi Emma sedar yang dia pun cintakan Dex, then dia kejar Dex balik. And finally, thay got married!!. ^_^. Dex pun berubah jadi lelaki yang baik dan setia dengan Emma. Tapiiiiiiiiiii........

Langit tak selalunya cerah. 15 July 2006, Emma mati kena langgar lori masa balik dari swimming. Huwaaaaaa, sedih gilaaaaa. Tapi aku tak nangis sedih pun sebabnya aku TERKEJUT. Boleh tak? Ye la tengah best-best Emma dengan Dexter tu bahagia, tetiba Emma mati. Speechless dibuatnya. Tapi memang sedih gila la. Sebelum tu Emma ada cakap dengan Dexter yang dia nak anak "I want a child with the man i love.". Banyak kali diorg trying to conceive, but no luck for them. Then Emma mati. Memang sedih la kan. 

Dah la tu kesian gila tengok Dex nak teruskan hidup tanpa Emma. Tapi atas nasihat bapak dia, Dex teruskan jugak hidup.

"I think the best think you could do, would be try to live your life as if Emma was still here. Of course you can. What do you think ive been doing for the past 10 years?" - Bapak Dex nasihat Dex macam mana dia teruskan hidup lepas emak Dex mati sebab kanser dulu.

The End.


Wuhuu, setengah hari jugak aku amek masa nak siapkan entry ni. Kalau korang tak teruja jugak nak tengok, tak tau la. Tapi series pada aku movie ni la yang paling sedih dan meninggalkan kesan mendalam kat aku. Movie ni bukan pasal cinta semata-mata. Its about friendship and fights, life, together and apart, hope, laugh and tears. Cerita ni jugak buktikan kalau dah jodoh tu memang tak kemana kan. At last after 15 years, diorang dapat jugak bersama walaupun endingnya agak sadis. 

Banyak memorable quote dalam filem ni ;

"If i cant talk to you, then what is the point of you? Of us?" - Emma

"I'm not lonely. I'm alone" - Emma

"If i could give you just one gift, do you know what it would be.? Confidence. That or a scented candle" - Dexter

"Whatever happen tomorrow, we had today" - Emma

"I love you, Dex. So much. I just don't like you anymore. I'm sorry" - Emma

Jadi sila lah download movie ni dan tengok. But seems like u dont have to download and watch sebab aku aku dah citerkan semuanya tak? Hahaha. 










2 comments:

  1. x yah tgk...baca citer kau ni je aku dah nangis kak...huhuhuh... god job!

    ReplyDelete
  2. babe ape link nk download movie ni?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..