Sunday, January 29, 2012

Untuk Pencinta Kucing Sahaja #1 : New Baby In The House.












16 hb hari tu dapat 'cucu' lagi. Anak Doddy jugak tp bukan dengan Bella, dengan Baby.
Yang peliknya kenapa anak dia keluar kaler putih? Takde kena mengena langsung ngan Doddy.
Sekor je marble macam mak dia, Baby. Tu pun lom nampak sangat marble nya.
Harap-harap dah besar nanti keluar la marble nye tu.

Btw, anak Bella yang 5 ekor hari tu semua dah dapat family baru. 
Yang tinggal sekarang Bella, Doddy, Baby, Merong, Chibby dengan 3 ekor baby baru ni.
Sedih je rasa masa bg diorg kat family baru tu tapi nak bela ramai-ramai kang tak terjaga pulak.
Tapi diorg pun bukan seronok lagi ngan family baru. 
Memang dimanja sangat. Owner diorg hantar gambar kat kitaorg,
siap tido atas toto khas lagi. Hihi.
Baguslah.

Yang 3 ekor ni aku tak sure nak let go ke tak. 
Ade sesiapa yang nak?
Hehehe

Friday, January 27, 2012

Jumaat - Hari Bengang Sedunia.

Pertama, aku bengang sebab SBPA ditangguhkan lagi. Isnin lepas cc aku cakap, SBPA dibatalkan. Lepas tu hari Rabu cakap ada pulak. Hari ni pulak, cakap takde. Memang hangin tau tak. Saje je memainkan perasaaan orang. Walaupun tak seberapa sen sangat la gaji SBPA aku tu, tapi kalau dah janji harus la dikotakan. Ni cakap je berapi, tapi habuk pun takdak!! Cam haremmmmmmmm!

Kedua, aku memang dah lama hilang sabar dengan HRMIS ni. Aku perasan sejak menggunakan HRMIS ni, aku mengalami tekanan emosi yang sangat dasyat. Bayangkanlah aku dah penat-penat buat SKT bos aku dalam HRMIS tu, sekali nak save, boleh pulak error!!! VAVI!!!!!! Aku sampai naik juling dok mengadap benda tu je dari pagi. Sekali bila dah sampai kemuncak nya boleh pulak error. Kalau ikut hati aku yang marah ni memang dah terbelah dua dah PC aku ni. Nasib baik sisa-sisa kesabaran masih ada dalam diri ni. Aku pun pelik la kenapa sistem2 kerajaan ni sume cam gampang?? Dulu-dulu GOE, now HRMIS. Cuba la kalau HRMIS tu laju macam Facebook, kan senang. Ni tak, buat mende yang menyusahkan pekerja. Dah la nak bagi naik gaji pun berkira!! 

Sape yang tak hangin kalau dah cenggini keadannya sepanjang masa.

Ketiga, dengar cerita elaun dwibasaha aku nak ditarikbalik. Matilah kalau semua mende nak ditarikbalik. Padanlah ramai pekerja government ni yang stress dan mental. Kalau macam ni stress nya setiap hari, mau tak lama lagi laki aku daftarkan aku kat rumah sakit jiwa.

p/s : bukan tak bersyukur, sekadar luahan perasaan je. 


Saturday, January 14, 2012

Rawatan Kesuburan di Klinik LPPKN.

Mungkin ada sesetengah reader aku dah tau yang aku dengan laki  aku sekarang sedang melakukan rawatan kesuburan di Klinik LPPKN, Kuala Lumpur.

Since aku ada masa lapang ni, aku nak share la sikit pengalaman aku buat treatment kat sana.

Aku start wat treatment kat sana bulan 6 tahun lepas. Ada yang cakap masa tu kenapa cepat sangat wat fertility treatment? Ye la masa tu aku baru je 8 bulan kawen. Tapi aku fikir nak tunggu sampai bila kan? Takkan la dah 5-6 tahun baru nak gi check. Lagipun kalau tak check tak tau la apa masalah kita kan? Bila dah tau apa masalah apa, baru lah boleh cari alternatif untuk rawatan kan.


Tapi kenapa LPPKN?

Asalnya aku memang tak tau langsung pun pasal klinik ni. Then kebetulan ada member aku yang kerja hospital dia cakap soh pergi try buat kat sini. Sebab katanya kat klinik ni ade khas untuk fertility treatment. Nak tunggu klinik kerajaan lambat sikit la nak tggu turn appointment tu. Mula-mula aku ingat nak pergi Az Zahrah atau An Nur je tapi ade sesetengah orang bagi bad feedback. Lagipun hospital swasta ni agak mahal sikit. Klinik LPPKN ni still kena bayar jugak tapi aku agak bayarannya murah sket kot dari hospital swasta tu. Nanti aku citer sekali berapa total bayaran aku aku kena start dari awal treatment aku buat. Sape-sape yang pernah buat kat private hops boleh lah buat perbandingan. 

Untuk buat rawatan kat sini, korang perlu sabar dan komited. Sebab kat sini diorang buat step by step. Satu persatu dan amek masa jugak la. Kalau dia suruh call buat appointment tu kena call. Ikut arahan yang diorang bagi. Nak buat fertility treatment ni bukan macam rawatan lain. Kena ikut waktu period. Kalau dia suruh call hari pertama period tu, jangan buat-buat lupa pulak. Sebab kalau terlepas dari waktu yang tetapkan tu, nanti korang kena buat semula appointment. Satu hal la pulak nak kena start balik kan. Lagipun kena ingat, bukan kita je yang nak buat rawatan kat situ. Ramai lagi. So kalau appointment penuh jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yer.


Ok let's start the story.

Awal bulan 6 hari tu aku start wat appointment. Call je untuk appointment. Then dia bagi satu tarikh tu kena pergi la. Aku dapat tarikh 28.06.2011. Pertama kali datang ni nanti diorang akan amek sperm suami dulu. So masa call tu nurse tu dah pesan siap-siap, jangan keluarkan air mani 2-3 hari sebelum tarikh appointment tu. Gigih la aku ngan laki aku menahan diri dari melakukan seks selama 3 hari. Hikhikhik. 3 hari je pon. Saja gedik.

So untuk 1st appointment tu diorg just amek sperm laki aku, then ada la sesi interview sket. Just soalan biasa-biasa je. Tanya sejarah penyakit keluarga, merokok ke tak, amek alcolhol ke tak etc.. Untuk ini aku dikenakan bayaran sebanyak RM90 hengget. RM40 untuk pendaftaran, dan balance RM50 untuk sperm laki aku tu. Lepas tu dah boleh balik rumah.

Next step is, aku kena call untuk appointment masa hari pertama period. Means aku kena call LPPKN masa hari aku first period. Then diorang akan bagi satu tarikh untuk 2nd appointment which is normally diorg akan bagi appointment tu pada hari 2-5 period. 2nd appointment ni adalah untuk amek darah. 

Tapi aku buat 2nd step ni lambat sebab aku malas nak pi LPPKN tu. So patutnya period bulan 7 tu aku kena buat 2nd appointment. Tapi malas punya pasal period bulan 12 baru aku call balik. Hihihi. But now aku mmg komited nak teruskan rawatan. 2nd appointment ni just utk amek darah je. Laki bini diorg akan amek sample darah. Lepas tu hari ke 28 period tu, aku kena pergi balik untuk amek darah kali kedua. Darah aku je, laki aku tak payah dah. Rasanya amek sample darah ni utk tengok cycle period kita. Untuk ini aku kena bayaran sebanyak RM115. FSH LH = RM54, ABO = RM5, STD x 2 kali =RM56. Jangan tanya aku apa istilah-istilah tu semua sbb aku pun tak paham. Yang aku tau tu semua berkaitan darah kot. 

Oh lupa pulak nak bagitau, lepas je 2nd appointment yang hari kedua period tu, seminggu lepas tu pas period kering korg kena buat apointment untuk HSG xray lak. HSG xray ni buat kat klinik yg diorg dah bagi, bukan kat LPPKN tu sebab kat situ xde wat xray. Kos untuk HSG xray ni RM 200.

Untuk memudahkan pemahaman korang, aku buat list macam ni; Ini untuk 2nd appointment yer.

1. Hari first period calll LPPKN untuk 2nd appointment. Call jugak klinik yg diorg bg tu untuk HSG xray. Dua-dua ni kena call hari first period. 

2. Appointment untuk amek darah tu biasanya diorg akan bagi pada hari kedua-kelima period. Kena pergi! 

3. HSG xray tu biasanya diorg akan buat pada hari ke 10 dari tarikh first period. Tunggu period kering dulu. 

4. Datang semula ke LPPKN pada hari ke 28 untuk amek darah sekali lagi. Isteri je. Suami x payah.

Ok setel 2nd appointment. Now untuk 3rd appointment pulak. Macam biasalah kena tggu next period baru leh wat 3rd appointment. Hari first period tu dah kena call LPPKN. Aku dapat appointment hari ketiga period. Masa ni la baru jumpa doc. Actually, masa pendaftaran kali pertama diorg dah bagi siap-siap dah nama doc akan service korang. Tapi 3rd appointment baru jumpa doc. 1st ngan 2nd appointment tu just untuk knilikal je dulu. Amek sample-sample yang sepatutnya. Senang la nanti jumpa doc. Dia akan terangkan semua hasil-hasil ujian korg tu.

So untuk aku dengan laki aku doc cakap dua-dua normal. Takde apa-apa masalah. Maybe sperm laki aku tu malas nak berenang kot. Sampai sekerat jalan je, tak sempat nak jumpa telur aku. Hikhikhik. Tu yang lambat agaknya. So masa ni doc bagi option kat aku. Nak wat IUI ke atau nak makan clomid dulu. Aku pilih nak telan clomid dulu la. Doc pun bagi la clomid tu. Actually aku dah pernah try makan clomid ni tapi makan tak ikut syor doktor, ikut suka hati aku je. Hasilnya tak dapat baby pun, tapi badan aku yang naik!

Untuk kali ni aku makan ikut syor doc. Kena telan 2 biji sekaligus. Rupanya clomid ni kena makan waktu malam dan kena makan pada waktu yang sama setiap hari. Katalah hari pertama ko makan jam 9 malam. Untuk hari kedua sampai kelima pun kena makan kul 9 jugak. Clomid ni kena makan start hari kedua period. 5 hari je. Untuk 3rd appointment ni aku kena bayaran RM46 hengget je. Bayar untuk clomid tu je. 

Seminggu lepas tu kena datang semula ke LPPKN untuk check perkembangan telur. Biasanya untuk 4th appointment ni diorg akan bagitau siap-siap tarikhnya  masa 3rd appointment tu. Tarikh yang aku kena tu adalah hari ini. Hari ni, Jumaat. So tadi aku pergi la check perkembangan telur aku tu. Wat ultrasound. Doc cakap ade la beberapa biji telur tapi belum matang lagi untuk dipecahkan. So aku kena datang hari Isnin nanti untuk pecahkan telur. Tapi disebabkab hari Isnin nanti aku dah plan ngan member aku nak ke Kelantan, tak dapat la aku pergi untuk step itu. Tapi...doc bagi option lain. Hehehehhe. Nasib baik tau. Kalau tak, rugi je aku makan clomid tu.

So doc bekalkan aku ubat untuk pecahkan telur tu. Aku just kena bawak ubat tu ngan surat dari dia ke mana-mana klinik untuk injection sahaja. Pecahkan telur ni kena wat injection ye adik-adik. Injection kat perut. Doc soh aku buat injection ni hari Ahad kul 12 tengahari. So esok malam tu, hari Isnin kul 12 malam aku kena on la ngan laki aku. Tapi tadi nurse tu pesan, "kul 12 ni dah siap-siap nak shoot tau, bukan baru nak foreplay" hihihihi. Sabo je la kan. Satu hal pulak aku kena timing betul-betul. Dah la flight aku dari Kelantan tu kul 10.30 malam. Sampai sini dalam kul 11 lebih. Sempat ke nak sampai rumah?? Haruslah aku laki bini kena park kereta tepi jalan, ON dalam kereta je kalau tak sempat sampai rumah. Hikhikhik. Takpelah berkorban untuk dapatkan baby. Jangan flight aku delay sudah!

Oh lupa pulak untuk 4th appointment ni aku kena bayaran RM80. Untuk ubat injection tu tadi. 

Total bayaran yang aku kena setakat ini;

1st appointment = RM 90
2nd appointment = RM115
3rd appointment = RM46
4th appointment = RM80
HSG xray = RM 200

Total = RM 531.

Aku rasa murah la sikit dari pergi hospital swasta. Setakat ni layanan yang aku terima pun alhamdulilah, sangat baik. 

Now aku cuma kena tunggu hari Ahad ni untuk pecahkan telur. Pastu kena ON SEKS. Hikhikhik. Then kalau sampai 10/2/2012 period aku tak datang, kena pergi LPPKN lagi untuk check air kencing. Kalau mengandung, alhamdulilah. Kalau tak, aku akan try buat IUI pulak. 

Doa-doa kan lah misi aku kali ni akan berjaya. Amin!



p/s: tadi aku ada baca kat blog siapa tah, diorg cakap untuk gov staff nanti boleh claim balik bayaran-bayaran tu semua. tapi kena tunggu sampai wat IUI dulu. entahlah aku pun tak sure. kalau boleh claim, alhamdulilah. kalau tak boleh claim pun xpelah. kira pengorbanan untuk dpaatkan baby. nanti aku claim balik kat anak aku je. hikhikhik ;)

Friday, January 13, 2012

Cerita jam 1.00 pagi.

Ok aku tak tido lagi. Tetiba segar pulak mata ni. Kalau tak, kul 10 je dah layu macam hape. Owh lupa pulak tadi senja aku bantai tido siap mimpi-mipi ngeri lagi. Hesh! Tak senonoh sungguh. Terjaga pun sebab dengo pung pang pung pang bising kat dapur. Ingatkan ape la, rupanya laki aku ngah basuh pinggan. Sabo je la, aku ingatkan ade orang gaduh. Yang, kot ye pun nak protes sebab basuh pinggan jangan la hempas-hempas pinggan mangkuk tu. Hihi.

Now laki aku dah terbongkang kat sofa ni. Terkangkang dengan pakai spender je. Nak je aku snap gambo dia post kat blog ni.  Dah la pakai spender yang dah loose sebab tadi dia cari spender dia sume takde. Dah habis pakai. Minggu ni aku tak basuh baju sebab sabun basuh baju dah habis. Tunggu sepupu aku restock sabun esok. Boleh je beli sabun Fab ke Daia ke kat Carrefour tu tapi tak best la. Itu hari aku pakai sabun Daia ke apa tah, baju jadi hapak. Lambat sket sidai biarkan dalam mesin tu mesti berbau. Sebelum ni takde punnn. So aku syak ni mesti sebab sabun. Sebab sebelum ni aku pakai sabun yang beli kat sepupu aku tu. Memandangkan aku ni kadang-kadang basuh baju pastu lupa nak sidai, sampai berhari-hari dalam mesin tu, elok lah aku pakai sabun yang tak hapak tu. Lagipun sabun-sabun serbuk ni selalu melekat kat baju. Nak nak baju hitam, nanti melekat la putih-putih kat baju tu. So baik aku pakai sabun liquid macam ni.


Ni ha ghope sabun yang sepupu aku jual tu. Budak hensem tu anak dia, jadi model sabun.
Sabunnnn di bilik mandi...sabunnnnnnnnnn.

Panjang pulak cerita pasal sabun ni. Ehhhhhhh! laki aku ni dok mengeliat sepak-sepak aku lak. Sengaja ke hape ni? Ok la, ok la. Jom naik atas tido. Esok nak kena bangun awal. Nak pergi klinik check perkembangan telur. Bukan telur laki aku, telur aku. Dalam bahasa sains, ovum. Jangan nak fikir lain pulak. Hmmmm sah sah la esok kena jolok lagi, haish..malasnya nak kena kangkang depan doktor! 



Dengar citer SBPA tangguh eh? So tak dapat la gaji baru bulan 2 ni?? Cam hareeemmmmmm betul lah!


Monday, January 9, 2012

RM5 & RM150

Simpan sehari RM5 = RM150 sebulan.

Tapi kenapa bila nak simpan lumpsum terus RM150 tu susah bebeno?

Simpan sehari RM5 boleh pulak.

Pelik. Pelik.

Saturday, January 7, 2012

Let's Workout!!









Ok usah terpedaya dengan kepoyoon aku di atas.
Hakikatnya, aku cuma berlari atas treadmill je. 





Setelah sekian lama treadmill tu terbiar sepi,
akhirnya aku berjaya memecah dara beliau semalam. Hehehe.
Kasut tu pun dah beli dari tahun lepas, tapi baru kuar kotak semalam.
Nasib baik tak berkulat kasut tu. 




Untuk permulaan ni aku berjaya lari sejauh 1.2 km je.
Bolehhhh la kannnn dari tak buat langsung.




1.2 km pun penat weh. Ingat apa.
Kira hebat jugak la kan aku. Hihihi.

Tapi, malam tu terus muntah-muntah.
Perut kosong dah bape hari tak makan nasi.
Lepas lari semalam, aku bantai makan nasi.
Hambek ko malam tu muntah2.



Tapi takpe demi bentuk badan macam ni, aku rela



Tapi kalau tak jadi macam tu pun takpe, janji sihat ^_^




Amacam, ada potensi nak jadi macam Jessica Biel?


Wednesday, January 4, 2012

Doddy Cool.

Bukan daddy cool tapi ni DODDY COOL. ^_^





























Doddy sekarang dah jadi bohjan. Suka keluar rumah pastu tak reti balik. Kadang-kadang kul 3-4 pagi baru nak balik rumah. Dah puas menjalang kat luar, time lapo tau pulak ko jalan pulang ye. 

Dia ni tau je kat celah mana jalan keluar. Kadang-kadang tu aku rasa aku dah tutup semua pintu dan tingkap. Alih-alih aku nampak dia kat luarr!! Hampeh punyak Doddy. Pandai pulak tu cari tingkap yang terbukak. Pastu bila balik rumah, dia punya mengah macam org berlari 100km. Dengan badan basah-basah. Geram betul. Dulu kalau dia tak balik rumah, puas jugak aku laki bini gi cari dia. Sekarang malas nak cari. Tunggu je la kul 3-4 pagi, nanti dia mengiau-ngiau cako pintu nak masuk rumah. Hehehe.

Doddy..doddy..dah jadi bapak pun perangai ko bukan main gedik lagi.
Tak kose aku!


Tuesday, January 3, 2012

Budaya Orang Gomen.

Sepanjang 7 tahun aku bekerja dengan gomen ni, macam-macam budaya dan peel yang aku jumpa. Tapi hari ni aku nak cerita satu budaya yang paling aku tak suka sekali. 

BUDAYA ORDER MAKAN TIME MEETING & TAPAU MENTAPAU MAKANAN MEETING/JAMUAN OPIS.

Biasanya time meeting apa yang paling orang gomen paling sibukkan ialah DAH ORDER MAKAN KE BELUM? Memandangkan aku ni PA dan kebetulan pulak bilik meeting betul-betul depan bilik aku, memang aku la yang menjadi mangsa untuk order makan even kadang-kadang aku tak tau menahu pun pasal meeting tu. Ok, fine aku memang takde masalah setakat nak order makan tu. Tapi yang kadang-kadang buat aku geram tu, dah la soh aku order makan tapi tak inform meeting apa, surat ape sume takde. Lagi satu jenis yang suka buat meeting tiba-tiba pastu nak soh order makan best-best. Banyak cantik muka kau? Dah la meeting kul 2.30, kul 2.00 baru nak soh order itu ini. Order pulak taknak kalah, kuih-kuih ni takmo okey. Paling koman pun pengat pisang ke, mee kari ke? Celah mana pulak aku nak cekau?? Ingat cafe kat bawah tu ade standby ke mende-mende camtu? Dah order secara tiba-tiba, makan je la kuih tu. Banyak songeh pulak. Satu lagi, kalau makanan lambat sampai, bukan main kecoh lagi. Siap sound aku "U order ke tak ni??" Hamboi-hamboi, dah la ko order lambat, pastu nak cepat-cepat pulak. Kebulur sangat ke? Lunch tadi tak makan??

Satu hal lagi ni jenis yang suka tapau makanan lebihan meeting tu. Kononnya nak tapau untuk anak la, suami la, housemate la, jiran tetangga la, pendek kata suka sangat nak tapau makanan tu. Ok fine aku tak kisah kalau kau nak tapau makanan lebihan tu daripada terbiar membazir kan. Tapi kadang-kadang, bukan lebihan makanan tu yang diorang tapau. Kalau lebihan, tunggu la semua orang dah makan dulu baru tapau. Atau kalau ada lebih sangat pun makanan tu, bagi la orang-orang opis ni makan. Ni tak, tapau dulu untuk diri sendiri pastu baru la nak panggil orang-orang opis ni makan. Macam masa jamuan kat opis aku hari tu, ada la sorang hamba allah ni beria aku tengok tapau macam-macam. Padahal masa tu jamuan belum habis lagi, tetamu ramai lagi tak datang. Tapi dia punya tamak, hamboi banyak gileeee tapau. Alasan, nak bagi anak makan. Anak suka sangat makan makanan ni. Alolololo, cayang anak ye kak? Kot ye pun anak ko suka makan makanan tu, pergi je la beli kat kedai. Ni tak, orang lom habis makan lagi ko dah siap-siap tapau. Ye la, kalau beli kat luar kang kena keluar duit pulak. Kalau tapau je kan FREEEEE! Tapau pulak tak nak sikit-skit, nak banyak aje. Macam boleh buat stok 2-3 hari. Kot ye pun nak berjimat agak-agak la weh! Aku yang dok betul-betul depan bilik meeting tak hadap sangat nak makan makanan masa meeting tu. Kalau orang panggil baru aku pergi. Kalau tak, memang takde lah. Padahal kalau setakat nak tapau makanan tu sampai habis pun aku boleh. Kata aku yang paling dekat sekali. Tapi atas kesedaran diri sendiri, aku abaikan je even makanan tu memang favourite aku. 

Kadang-kadang diorang ni saje je suruh order makanan lebih. Kalau meeting untuk 12 orang order untuk 15 orang. Okey fine, aku ikutkan aje. Bukan duit aku pun yang nak kena bayar semua tu. Tapi aku memang tak suka la budaya ni. Dari aku masuk kerja lagi, bab makan ni orang gomen memang sensitip tau tak. Kalau meeting tak order makan, macam satu kesalahan besar tau tak. Macam ko buat salah gelapkan duit syarikat. Padahal tak order makan jeeeeeeeer!

Ni la dia salah satu budaya orang gomen kalau abang-abang adik-adik yang tak kerja gomen nak tau. Tak semua la pejabat gomen tu macam ni. Tapi kat opis aku memang ya!

Nak buat macam mana?? Sabooooooo jer laaaaaa!



2011 - Dalam Kenangan.

Entry yang sepatutnya menjadi entry terakhir tahun 2011, akhirnya menjadi entry pertama tahun 2012. :)
Takpelah, sama je pun sebenarnya. Banyak kenangan  sepanjang 2011 ni sebenarnya tapi aku letak 10 je la.

So here is my top ten suka duka sepanjang tahun 201

1. My birthday celebration.
2. Trip to Kota Kinabalu, Sabah.
3. Trip tp Universal Studio, Singapore.
4. Kena demam denggi dan pertama kali dimasukkan ke wad.
5. Kucing aku beranak dua kali. Dapat 10 ekor cucu. ^_^
6. Pindah kuarters teres.
7. Beli iphone.
8. Dapat jadi top 30 finalist Contest Cadbury Choclairs. (Tak menang pun hadiah utama. Dapat hadiah henpon je 2 biji).
9. Kehilangan atok tersayang.
10. Dapat dua orang anak sedara.


Untuk tahun 2012, aku dah ada target, wishlist dan azam yang akan aku penuhi tapi takmo share la kat sini. Simpan dalam diari je. Cuma harapan aku untuk tahun 2012, aku diberikan kesihatan yang baik dan kehidupan yang diberkati Allah juga yang baik-baik aja untuk aku dah suami. Insyaallah!

Selemat tahun baru.