Thursday, March 29, 2012

Usaha Untuk Menguruskan Badan.

Semalam, masa dok pillow talk dengan laki aku sebelum tido tetiba dapat idea yang bernas macam mana nak turunkan berat badan seperti sebelum ni or kekalkan berat badan sekarang. Sweet kan aku ngan laki wat pillow talk sebelum tido. Awww!

Boleh tak tengah borak-borak, terus aku mencelah "Yang, start esok kat opis I takmo naik lif dah. I naik naik tangga. Dari tingkat -2 sampai tingkat 8 I nak naik tanggai je. Esok start. Promise!"

Poyo je kan nak promise bagai padahal laki aku bukan amek port pun. Boleh tak dia wat tak tau je bila aku cakap macam tu. Tak percayalah tu. Takpe, aku anggap tu sebagai satu cabaran. Dalam hati aku "tengok la esok, akan ku buktikan"


TAPI


Macam biasalah, mestilah janji-janji tu semua janji pelesu. Sebabnya hari ni aku terlambat sampai opis. Kul 8 baru nak gerak dari rumah. Ade hati nak naik tangga bagai? Lupakan je la. Esok pulak aku cuti, so minggu depan la kita start ye. Heheheheh.

Harap-harap berjaya lah aku laksanakan misi aku ni. Ingat lagi dulu bos aku yang juga merangkap housemate aku, memang tiap-tiap hari naik tangga dari -2 sampai tingkat 8. Bos aku tu perempuan dan umur dia masa tu 50 tahun! Bayangkan lah. Ada jugak dia ajak aku. Tapi, mestilah masa tu aku tak layan. Kata masa tu badan kurus dan langsing. Tak kuasa tau nak susah payah naik tangga. Tapi, sekarang??!

Terpaksalah amalkan senaman naik tangga ni. Nak harapkan aku pergi jogging petang-petang memang tak la rasanya walaupun suasana kat kawasan rumah aku tu memang best sangat-sangat kalau joging atau jalan-jalan sambil bawak kucing. Tapi sebab malas, apa pun tak boleh.




Ni gambar latest aku. Now dah tak confident nak pakai baju kurung moden. Kurung moden aku pun banyak dah tak muat sebenarnya. Terpaksalah pakai baju kurung macam ni. Actually baju ni kawan aku yang beli, tapi dia terbeli size XS. Konfiden sangat kan??  Pastu pakai ketat. Last-last jual kat aku. Lucky me, aku pakai baju ni ngam-ngam je. Jarang-jarang kalau beli baju ready made yang betul-betul ngam dengan badan aku. Tapi baju ni, memang best. Pinggang, bahu, labuh semua ngam la. Dah macam tempah pulak. Terus jatuh cinta dengan cutting baju ni. Dan-dan tu jugak aku suruh mak aku amek ukuran baju ni dan baju aku lepas ni sume akan ikut ukuran nie.

Tapi yang paling penting, minggu depan tak boleh naik lif. SAY NO TO LIFT. Semoga berjaya hendaknya. Gambate!!!!

p/s : berjaya atau tidak, kita tunggu je la laporan aku minggu depan ;)

Wednesday, March 28, 2012

Skinny Girl, No More.

Suatu ketika dulu 









Sekarang 


AKU DAH GEMOK!!

Berat dari 39 kg naik ke 45kg. Perut aku flat, now dah mula nak memboroi. Muka aku yang sedia tembam, makin bertambah tembam. 

Masa berlalu dengan begitu kejam sekali. 

Aku semakin tertekan dengan perubahan diri sendiri. Nak kata aku makan banyak, dulu-dulu pun sama gak makan banyak. Tak jugak naik-naik. Aku syak lepas aku makan Clomid tu la badan aku naik mendadak. Tambah pulak laki aku jenis suka makan dan rajin masak. Dengan aku-aku sekali terjebak jadi gemuk.

Tapi yang aku geram tu, bila aku tanya 'yang, i gemuk tak?'
Jawapannya mesti tak. Pastu kalau aku nak diet tak bagi. Dia kata elok la macam ni dari kurus kering.
Masalahnya aku kalau badan naik sket mmg buruk sebab muka aku mmg jenis tembam. Masa kurus pun muka tembam, apatah lagi bila semakin menggemuk ni. Pastu hidung aku yang sedia kembang pun jadi makin bertambah2 kembang. Tak suka! Tak suka!

Bukan tak bersyukur, cuma aku rasa tak selesa je. Memang la semua orang cakap tak gemok mana pun. Tapi, entahlah..aku still rasa aku dah gemok. Baju-baju aku bila pakai semua dah ketat. Muat memang muat lagi la, tapi siyes tak selesa. 

Aku takut lepas ni badan makin naik, naik dan terus naik.

Huwaaaaaaa, TAK NAK!!!!!

Aku kena start diet ni, kalau tak dapat kurus macam dulu, kekal macam ni pun takpe. Takmo naik-naik lagi dah. So, mulai hari ni aku kena lancarkan perang terhadap nasi. 

SAY NO TO NASI!
(tapi makan roti sampai 5 keping sekali hadap #EH!)

Friday, March 23, 2012

Petua Baru.

P/S : Entry ni untuk orang yang kawen je tau!



Ni petua baru aku dapat dari mak ngah aku. Dia kata kalau pergi berurut untuk mengandung, petua nya kena suami isteri sama-sama pergi urut. Tapi yang lelaki cari tukang urut lelaki la. Gedik la kalau nak pompuan yang urut kan.

Kebetulan ada pulak member aku yang baru je pergi berurut laki bini hari tu. Alhamdulilah dah mengandung. Kawan mak ngah aku yang cuba petua ni pun dah lekat. Mungkin kebetulan, tapi tak salah berusaha.

So semalam laki pun pergi la berurut kat tempat member kitaorang pergi tu. Aku punya mak bidan demam pulak. Kena tunggu dia sihat baru leh pegi. Takpe, bagi laki jalan dulu. Hehehe. Mula-mula dia cam segan-segan je nak pergi urut. Dia kata geli kalau lelaki pegang lelaki punya. Hamboi, dah tu nak pompuan ke yang urut? Gedik!!

Tapi pas urut semalam dia kata best pulak. Nak pergi lagi katanya. Wahhhh, sesuatu nie!! U jangan yang. I rela bermadu ngan pompuan dari bermadu ngan lelaki. Aww, tak kuasa mak! Hahahaha. Actually, pak bidan tu urut badan skali. Tu yang dia syok tu. Ye la, laki aku kan suka bab urut-urut ni. Kalau jumpa kerusi urut kat shopping complex, dah satu hal aku kena habiskan setengah jam tggu dia berurut kat mesin tu. Sabo je la.

Yang lagi best tu, laki aku kata pak bidan tu siap bagi cara nak beso panjang bagai. Hamboiiiiii! Tu la yang ko suka kan sebenarnya? Koser mak!! Orang lelaki ni mmg suka ek bab-bab beso panjang nie. Sayang, besar dan panjang tu bukan pengukur kepada kepuasan. #tetiba. Hihi.

Tapi semalam aku lom sempat test lagi hasil dari urutan batin pak bidan tu. Sebabnya balik tu aku terus tetido. So, malam ni kena get ready. Hahhahahaha.

ahhhh, sedapnya urut. ;)


Thursday, March 15, 2012

G O O G L E


















Comel kan?
Ni aku kumpul2 kalau bukak google. 
Ade je yg comel, aku save.
Banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat save kat mana.

Berguna jugak mende ni di saat kehilangan idea untuk berblogging.
Heheheheeheh










Monday, March 12, 2012

Craft by Cujen : ID Card Case.






Tadaaaaa!!! Inilah dia jawapan kepada teka teki teka tekuk aku hari tu. Nampaknya pengomen pertama je dah bagi jawapan yang betul. Terpaksa lah tutup peraduan. Hihihi. Tahniah Puan Wadah. So, sebagai ganjarannya, aku akan buatkan satu ID Card Case ni untuk dia free of charge je. Tu la korang sape soh tak nak teka. Kan dah rugi. 

Actually, benda ni saje-saje aku buat. Kebetulan pulak aku punya ID Card Case yang lama dah koyak. Tambah pulak barang craft yang aku beli dari tahun lepas banyak lagi. So dari membazir baik aku buat something. 

ID Card Case aku yang telah koyak :(

Tak sangka aku berbakat buat benda camni. Heheheh. Semua ni aku belajar sendiri je tau. Beli ebook from Jajakraf then try and error je.Hasilnya, boleh la dibanggakan walaupun takdelah cantik mana. Aku syak bakat aku ni mesti dari gen mak aku. Kata mak tukang jahit. Ni kalau mak mertua aku tau ni, mesti dia sayang aku lebih. Ye la dapat menantu cantik, pandai masak, pandai menjahit, berbakat buat craft. (tangan di dada, mata pandang atas). Hihihi.

Tapi yang paling penting ID Card Case aku takde sama macam orang lain punya. Special hokey. Kau ada???


p/s: at this moment, aku buat craft ni untuk suka-suka aje. belum confident untuk mengambil tempahan. tapi kalau ade yang berani nak cuba tempah, boleh emel aku. untuk harga promo aku amek RM10 je satu ID Card ni. normal price RM17-25. bergantung pada material dan buttons yang digunakan. 


emel aku :cujern@gmail.com



Saturday, March 10, 2012

Teka Teki Teka Tekuk.



Berdasarkan gambar di atas, cuba teka apa yang cuba dilakukan oleh Puan Cujen. Siapa dapat teka dengan betul, nanti aku bagi hadiah spesel. Betul-betul spesel ni tau, bukan main-main. Rugi kalau tak join. Penyertaan tidak perlukan bayaran. Just bagi jawapan korang di ruangan komen. Hadiah yang akan korang dapat pun berbaloi-baloi.


Clue nya :

1. Obviously berkaitan dengan craft.
2. Student dan pekerja pun boleh gunakan.
3. Dipakai di badan.

Ok, itu aje cluenya. Cepat teka kalau nak hadiah best. Tarikh tutup tak tau bila. Ikut suka aku. Maybe bila dah sampai tahap penyertaan yang memberangsangkan atau bila dah jumpa pemenang. Hehehehe. So ape lagi, jom teka!


Oh, ya! Ahli keluarga aku tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.


Gud Luck semua!! ;)

Thursday, March 8, 2012

My Cat Is A Gay!



Ni bukan kali pertama aku menyaksikan kekejian mereka. Dah banyak kali dah sebenarnya. Tapi, selalunya Chibby la yang akan panjat Merong. Merong ni cam pondan sket, tak melawan pun. Chibby lak asik nak romen si Merong je. Dasar gay betul la.

Agaknya diorang ni kegersangan kot sebab kucing betina ade 2 ekor je dalam rumah ni. Tu pun Doddy dah cop awal-awal. Sape kacau memang kena tibai dengan Doddy. Jahat Doddy ni. Tapi yang selalu kena pukul Chibby la. Aku pun heran nape dia jaki sangat Chibby tu. Ngan Merong ok pulak. Maybe sebab Merong ni tak berapa nak jantan sangat kot??

Sunday, March 4, 2012

Jakarta - Bandung : Teaser.







Baru balik dari Jakarta semalam. Penatnya, tuhan aje yang tau. Belum ada mood nak update blog, plus tak banyak sangat amek gambar. Tapi, Bandung memang best!! Jakarta ok je la for me, lagipun tak lama kat Jakarta. Tak sempat nak jalan banyak tempat. But this time punya trip, aku failed. Walaupun dah study kat forum dan blog tapi banyak tempat tak sempat nak pergi dan kena ketuk masa gi Tangkuban Prahu. Later la aku cerita. Sakit kaki tak hilang lagi ni. Nak rehat-rehat. Tunggu ada mood baru nak update. Daaaaa ~ ~.

Oh ya, aku dah period hari kedua di Bandung. Jadinya misi aku gagal lagi kali ni. Sekian.