Monday, April 30, 2012

Sebelum dan Selepas.

Ok, quick update on Monday sebelum pergi kursus. Hari ni ada kursus Setiausaha kat opis aku sempena minggu Setiausaha. Kesian kan, minggu setiausaha buat kat opis je. Miskin betul.

Takde ape pun nak update, saje nak share gambo baru lepas potong rambut. Hihihi. Pendek gile dah macam nyonya pun ade muka aku. Tapi korang kalau nak kutuk, simpan je lam hati. Pujian bley kasi kat ruangan komen. ^_^

Sebelum



Selepas dipotong tapi belum letak wax.



Selepas di wax.



Kthanksbye.



Thursday, April 19, 2012

Mirror Mirror In The World, Who Is The Most Beauty Girl In Town?

Jawapannya :

CUJEN THE LEJEN

^_^

Jangan marah ar, bukan aku yang cakap. Cermin sakti yang cakap. Hihihi



Akhirnya penantian aku selama 3 minggu berakhir sudah. Cermin sakti yang ku order sudah sampai semalam. Ala, beli cermin je, apa yang nak heboh sangat? Kecoh ar lu cujen.




Eh, bukan sebarang cermin tau. Ni cermin sakti. Di luar nampak cermin, tapi di dalam . jeng jeng jeng ..

Cermin sakti dari pandangan luar.


Tadaaaa! Ni dia dari pandangan dalam.


Best kan cermin ni. Cermin dah la beso, pastu dalam boleh pulak letak aksesori macam-macam. So takde lah bersepah aksesori aku. Actually, cermin ni dipanggil Jewellery Mirror. Masa memula member aku share gambar ni kat FB, hati aku dah meronta-ronta dah nak beli. Kebetulan pulak memang aku perlukan satu cermin besar kat rumah tu memandangkan cermin-cermin yang ada kat rumah aku sekarang tak mampu lagi memberi keyakinan kat aku. Mungkin diorang pun dah bosan tengok muka aku agaknya. Jadi aku sangat memerlukan cermin baru yang belum bosan tengok aku. Hihihi.

Tanpa berlengah, aku terus order. Malangnya kena pre order la pulak. Katanya hujung bulan 4 baru sampai. Peh, lama gila. Lebih sebulan tu nak tunggu. Tapi takpe, good things come for those to wait kan? So here it is. Rupanya tak sampai sebulan pun tunggu. Alih-alih dia call cakap barang dah sampai. Yang best delivery free. Yay!

Haruslah sampai je aku terus soh laki aku pasang kan. Tak menyabo kaedahnya. Tak sabo nak susun aksesori aku tu. Tapi yang tak bestnya ..



Ini je aksesori yang aku ada. Hahahah, tak berbaloi betul. Tengok la tu, cincin ada seketul je. Meh aku zoom sket gambonya.



Nampak tak berapa banyak cincin yang aku boleh letak kat situ. Haruslah lepas ni aku jadi pengunjung setia Sinma & Chameleon. Hehehe.

Korang yang banyak aksesori bersepah-sepah tu boleh la beli Jewellery Mirror ni kat sini :


Harga masa aku beli RM399. Sekarang tak tau la, sebab diorang ade new version cermin ni. Besar sket dari yang aku tengok ni. Yang baru tu aku tak tau harganya. Takpe, gaji baru masuk bulan ni kan ;)



Friday, April 13, 2012

2012 Wishlist.



My 2012 wishlist (at this moment). Ikutkan hati yang tamak ni, banyak lagi sebenarnya. Tapi takpe, slow-slow. Tahun lepas punya wishlist, hampir semua tercapai. Kita tengok tahun ni cemana. Korang punya wishlist ape pulak?

Thursday, April 12, 2012

Pink Blazer.




Pic credit to google.


And here is my version wearing this Pink Blazer.




Aku dah lama berkenan dengan Pink Blazer ni tapi harga kat Zara mak oi, mahalnye! Actually harga standard je tapi untuk org cam aku ni rase mahal ler. But lucky me!! I found this Pink Blazer with a cheaper cheaper price than Zara. Yang penting tag blazer ni  pun Zara gak. Hehehehe. Kalau beli kat Zara dapat selai. Beli online ni bley dapat 4 helai hokey. Berbaloi-baloi. Aku yang tamak dah order satu lagi kaler orange but belum dapat lagi sebab pre order. Semalam pegi tengok kat Zara, blazer yang kat Zara tu kaler light sikit dari yang aku beli ni. Tapi aku rasa yang aku beli lagi cantik kot. Hehehehe.


Tuesday, April 3, 2012

Penang Gateaway [Part 2]

Kita biarkan gambar je yang bercerita ye. Malas nak menaip panjang-panjang. 

Mai Penang kalau tak pekena nasi kandaq memang tak sah.


Tu dia kena beratuq. Dah macam kat kantin sekolah pulak.

Makan dengan gembira.


Tak tau pulak kat Penang ni ade outlet macam kat Bandung. 
Tapi mahal jugak dan baju nya tak berapa cantik pun.



Jalan Chowrasta




Mari membeli jeruk



Orang junjungan

Suami siapakah ini??


Panas-panas ni kita pekena cendol sat.




Ini dipanggil cendol berdiri. Stail makan cendol sambil berdiri. Kerusi meja takdak.
Tapi cendol ni takleh lawan la cendol tangkak.
Cendol tangkak is still da best!


Jom lepak tepi pantai tengok cruise.



Taman Kota Lama


Fort Conwallis





Ok cukup sampai sini je. Gambar memang banyak. Tapi kalau upload semua kang ramai yang muntah pulak. Heheheh. Sebelum balik kitaorang pekena Pasemboq, Sotong Kangkung & air kelapa sambil ditemani angin pantai yang sempoi-sempoi bahasa. Balik dengan membawa perut yang kenyang dan tambahan lemak di badan. 

Apapun Penang memang BEST dan sangat panas. Malangnya banyak tempat tak dapat cover dan banyak makanan tak sempat nak try. Maklumlah ni bukan percutian yang dirancang. Kebetulan sahaja. Nampaknya trip ke Penang wajib repeat. Next time kena pergi lama sket. Barulah dapat cover semua tempat dan naik cruise. 



Usaha Untuk Menguruskan Badan [Update]

Sebelum aku sambung cerita Penang ni, aku nak update sket pasal usaha aku nak kuruskan badan tu. Disebabkan semalam tak kerja, so hari ni semangat la aku gi keje awal semata-mata nak naik tangga walaupun awal aku tu cuma 5 minit sebelum kul 8. Mula-mula tu laju je aku nak pergi ke lif, nasib baik tetiba teringat azam nak naik tangga ni. Terus membelok ke tangga. Semangat hokey dengan pakai wedges tinggi 4 inci, tangan kanan pegang beg yg berat macam batu caves tu, tangan kiri pegang laptop. Dah macam latihan ketenteraan pulak. Mengenangkan badan yg semakin menggemuk ni, daku pasrah.

Slow-slow aku naik tangga. Pakai wedges ngan kurung moden ni tak boleh naik laju-laju. Ikutkan hati, aku langkah 3 anak tangga sekaligus. barulah laju. Habit aku bila naik tangga, aku akan kira anak tangga ada berapa. Ok, dari tingkat -2 sampai -1 ade 26 anak tangga. Ceh, sikit je. Tak membako lemak, mahu pun menjejaskan kematu di kaki. Macam ni takde hal la nak naik sampai tingkat 8 pun. Semangat semakin berkobar-kobar. Langkah pun semakin lajuuuuuuuuuuuu!











Malangnyaaaaaa,



Sampai je tingkat -1, tangga nak ke tingkat 1 TAKDE!! Yang ada cuma pintu keluar. Rupanya tangga dari -2 tu untuk ke tingkat -1 je. Cinabeng betul. Tak sangka tangga pun pandai busuk hati. Jeles lettew tak nak kasi aku kurus dan langsing. Sudahnya aku naik je la lif dari -1 tu sampai tingkat 8. Jahanam azam aku tau.

So esok aku kena naik lif dari -1 sampai tingkat 1. Pehtu dari tingkat 1 baru naik tangga ke tingkat 8. Saje je nak banyakkan keje aku kan? Dasar tangga yang busuk hati! Nasib la badan semakin menggemuk, kalau tak, tak koser tau aku nak naik kau, tangga!

Penang Gateaway.



Tahun ni aku berkesempatan lagi ke Penang. Memang ditunggu-tunggu la plan nak ke Penang ni memandangkan tahun lepas nye trip ke Penang aku kena denggi. Tengok orang makan sedap-sedap, aku telan air liur je. Kali ni memang balas dendam kaw-kaw punya.

Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan aku Ery & Zara Eleena. Kalau tak sebab diorang kawen, memang mimpi la nak jejak Penang. Plan memanjang tak jadi je. Ni sebab member kawen, haruslah jadi kan. Sambil menyelam minum ayaq. Hehehe.





Pic kredit to Makhlok Macho

Smart gile gambar ni. Macam The Appreantic. Kredit to Makhlok Macho
(beza betol gambar yang di capture oleh org pro dengan tak pro)


Welcome to da club and congrats to Ery & Zara. Selamat menempuh alam rumahtangga dan berbahagia ke hujung nyawa. Cepat-cepat buat baby.


Ok cerita orang kawen dah habis. Kita sambung cerita lain pulak. Gi Penang ni agenda utama haruslah sesi menggemukkan badan. Diet? Pergi jahanam. Hahahahahaha.

Sampai-sampai je terus pekena Char Kuay Tiaw Sungai Dua. Aku try tanya pakcik Google, dia kata famous jugak la char quay teow Sungai Dua ni. Kebetulan pulak rumah member aku ni memang kat Sungai Dua. Haruslah makan kat sini sampai dua kali. Nasib baikm tak masuk kali ketiga dan keempat. Teori aku, kalau pakai baju lebih dari 3 kali, baju akan hilang seri. So kalau makan sesuatu lebih dari 3 kali, mungkin akan hilang rasa. #EH???

Pic kredit to Google

Tu diaaaa Char Koay Teow telur ayam di basuh. Nasib baik dia tulis telur ayam. Kalau dia tulis telur dibasuh harus lah pikiran kuning aku ni fikir telur yang hat satu lagi tu. Hihihi. 


Memang sedap char koay teow ni. Mungkin sebab telurnya di basuh kot. Orang kat KL ni tak reti basuh telor, tu pasal la kurang sedap. #EH? Sebenarnya ejaan Char Koay Teow atau Char Kuay Tiaw yang betul? Sape tahu?

Cerita pasal char quay tiaw je dah amek 4 perenggan. Kalau macam ni kena buat part by part la jawabnya. Part makan nasi kandar, beli jeruk, makan cendol aku sambung next entry la eh. Mata dah ngantuk. Nak tido.

Bye, selamat malam!