Tuesday, May 22, 2012

DIY : Wedding Guestbook

Ok ni bukan Guestbook aku. Masa kawen hari tu tak sempat nak buat. Masa tu dok fikir kalau buat Guestbook, mestilah nak kena ada booth untuk sign Guestbook kan. Kat kampung tu kawasan tak bape nak besar, so malas la nak buat. Jadi nya takdelah Guestbook masa aku kawen hari tu.

Guestbook ni untuk kawan aku. Saje je aku buat. Kata aku suka buat mende-mende camni. Lagipun barang-barang craft kat rumah tu banyak sangat. Dari terbiar baik gunakan. Kebetulan member nak kawen sibuk-sibuk nak cari Guestbook. Aku pun offer diri nak buatkan.

Tapi takdelah cantik mana. Simple je. Aku buat konsep scrap book. Memula tu aku nak design la cantik-cantik tapi aku punya Adobe Ilustrator dah expired. Haruslah mak pakai yang trial je. Download crack banyak pulak virus. Last-last aku buat pakai word je. Curi gambo kat google, edit sket. Pastu jadi la camnie



Buat size A4, pastu kerat la dua. So jadi la size A5. Kecik sket. Senang nak simpan. Print depan belakang. Kalau tak nak depan belakang pun takpe, tapi nanti jadi tebal la scrap book tu.



Dah siap pun belah dalam. Now buat cover lak. Cover pakai mounting board je. Mounting board ni banyak kaler. Ikut korang la nak kaler ape. Aku pakai kaler hitam je. 












Dah siap. Simple dan menjimatkan duit. Korang pun boleh buat sendiri. 

Saturday, May 19, 2012

Jakarta - Bandung : Day 1

Depart form LCCT at 7.00 am and we safely arrive at Soekarno Hatta International Airport at 8.00 am waktu Indonesia. Beza waktu Malaysia dan Indonesia adalah sejam.

Sunrise at Jakarta

Urusan di airport makan masa tak sampai setengah jam pun. Maybe sebab orang tak ramai kot. And lucky us, kuar je pintu airport tu memang dah ada kaunter tiket shuttle bus untuk ke Bandung. Ada kaunter Cipaganti, Primajasa dan X Trans. Kitaorang terus ke kaunter X Trans sebab kaunter tu je yang ada orang jaga. Yang kaunter lagi dua takde orang. Hargar tiket IDR 90.000. Kalau naik Primajasa or Cipaganti IDR 75.000 je. Tapi pada aku better naik X Trans la sebab X trans ni ade tempat letak beg kat belakang. So kalau beg besar tak payah la nak pegang bagai. Masa balik, aku naik Cipaganti. Ya ampunnn sempit gile. Dah la takde tempat letak beg. Terpaksalah kitaorang pangku je beg-beg yang banyak tu. Sabar je la.


Malu bertanya sesat jalan ;)


Jakarta Airport Terminal 3


X Trans Kaunter.

Ni la rupa nya X Trans tu ;)

Perjalanan ke Bandung amek masa 2 jam kalau tak jammed. Tapi malangnya hari tu jalan agak jammed jugak. Bas gerak kul 9.30 pagi dan kitaorang sampai Bandung kul 2.30 ptg.Phewww!  Nasib baik la shuttle bus tu selesa. Oh ya, kalau naik shutlle bus tu, sila pilih seat belakang driver sebab nya seat belakang driver lebih luas dari seat-seat yang belakang. 

Bas berhenti di Cihampelas. Dari Cihampelas naik teksi ke Amaris Hotel Cimanuk. Saje aku pilih hotel ni sebab dekat dengan FO Jalan Riau. Lagipun hotel ni hotel baru. Tengok macam cantik dan selesa je. Harga pun murah, terus book. Tambang teksi IDR 20.000. Itupun bayaran minimum je. Kalau ikut meter tak sampai pun. Kalau naik teksi, sila pilih teksi yang pakai meter ye. Kalau tak kang, kena charge lagi mahal.




Amaris Hotel Cimanuk

Ok la hotelnye. Ala-ala tune hotel. Sesuai la untuk budget traveller cam kami ni ha. Tapi kalau pergi dengan family aku rasa hotel ni tak sesuai kot. Ni muat-muat untuk dua orang je. 

Sampai hotel lebih kurang kul 3 waktu Indon. So kitaorang pun xnak buang masa, sembahyang, mandi2 sket pastu terus keluar. Tempat pertama yang aku tuju ialah Rumah Mode. Sebabnya sebelum aku fly, ramai sangat yang soh pergi Rumah Mode. Diorang cakap Rumah Mode antara oulet paling best sebab baju cantik-cantik. Memang pun. Setengah jam pertama dalam tu aku dok pusing-pusing tak tau nak pilih mana satu. Banyak sangat yang cantik dan kualiti pun superb! Harga murah la pada aku. Baju guess standard butik punya baru 100 ribu rupiah. Convert duit kita lam 30 hengget. Ok la untuk kualiti yang aku tengok tu.


Sorry la gambo dalam Rumah Mode tak banyak amek.
Tak kuasa la mak nak amek gambo bagai. Sibuk nak shopping kaedahnya. Hehe


Gambar wajib bila sampai sini ;)
Dapat shopping muka ada sinyummmmm

Dah berabis kat Rumah Mode kitaorang jalan2 sekitar situ. Ade la beberapa lagi outlet tapi pada aku tak menarik pun.

Depan Mode Plus, sebelah je ngan Rumah Mode.
Tak masuk pun.

Fashion world ni tak yah masuk pun xpe. Tak menarik
Tapi kedai dia cantik, boleh la kalau nak amek2 gambo.


Dah habis kat area Setiabudi, aku dah blur tak tau mana nak pi. Try pegi Cihampelas pulak. De orang kata situ pun best jugak. Dari Rumah Mode kitaorang plan nak try naik angkutan kota. Angkutan Kota ni ko tak payah tahan pun xpe. Ko diri je tepi jalan tu kang, ade la yg berenti tanya nak naik ke tak. Tapi, jangan sebarangan naik. Sebab Angkutan Kota ni ade route dia sendiri. Silap naik, ke tempat lain la korang. Sib baik la laki aku ni rajin bertanya. Dia tanya pakcik guard Rumah Mode tu cane nak naik Angkutan Kota ni kalau nak pergi Chimapelas. Rupanya kat van angkutan ko ade tulis. Kalau nak pergi Cihampelas, ade tulis Kebon Kelapa kot kat angkutan tu. Tah la aku pun dah lupa.

Korang kalau plan nak naik angkutan ni pastikan dulu route angkutan ni. Route boleh dapat kat sini. Aku failed bab ni sebab tak tahu pulak naik angkutan ni ade route. Ingat cam naik bas je. Lagi satu, boleh tak driver angkutan tu tak bagitau tempat dia berenti tu. Masa dah sampai Cihampelas tu, aku rasa cam dah sampai tapi tak sure. Aku dok tunggu je la kalau driver ni nak cakap ke.. Cihampelas..Cihampelas.. Tapi takde pun. Sabo je la. Sib baik laki aku tanya. Nak harap aku, memang aku dok keras je la dalam tu. Lagi satu aku rasa dalam angkutan tu cam dah penuh tapi asal ade je org nak naik, dia bawak je. Aku dah risau, muat lagi ke. Takkan nak diri pulak. Mana boleh diri, bukan bas. Tapi diorg pun elek je naik. Pastu dok sempit-sempit.

Daku kesempitan.

Takde apa pun kat Cihampelas ni. Outlet dia tak menarik langsung. Last-last kitaorang decide nak pegi makan je. Aku dah plan dah nak makan kat mana. Masa buat research dulu, diorang dah pesan kalau nak makan murah dan sedap, makan kat D'cost Restaurant. D'cost ni banyak sangat outlet dia. So senang gak la nak cari. Siap ade delivery lagi. Kelas kau! Aku decide nak pegi D'cost kat Jalan Sukajadi. Ingatkan dekat la, so plan nak jalan kaki. Kata backpakers. Kena la banyak jalan kaki. Sekali bila tanya-tanya orang kat situ, jauh la pulak. Dah la hujan time tu. Aku plak mengada2 pakai kasut kan. Tapi masa tu lom sakit lagi la kaki. Elek je. Sib baik la masa ngah jalan tu ade teksi lalu. So tahan pastu terus ke D'cost. Lapo weh!!

Bersih dan kemas. I like!

Pilih menu.

Our Menu : Cumi goreng tepung | Kangkung belacan | Gurame Goreng

Itu je yang kitaorang order. Aku memang tak cerewet sangat bab makan. Janji okey. Yang penting harga pun okey. Semua ni termasuk air tak sampai 20 hengget kot.

Lepas makan jalan-jalan lagi sampai melecet kaki aku dibuatnya. Serius jauh gile kitaorang berjalan. Rasa menyesal tak amek supir pun ade. Jalan punya jalan dari D'cost tu, sampailah kitaorg kat Paris Van Java. Ade satu mall kat situ ape tah. Orang kata kat Paris Van Java ni happening. Tapi aku rasa biasa-biasa je. Lagipun kaki aku dah melecet gile babi. Nak jalan pun dah xleh. Last-last jumpa kedai kasut terus beli selipar. Pastu jalan-jalan kejap dalam mall tu. Tak lama pun, then terus balik hotel dan zzzzzzzzz.

Friday, May 18, 2012

Shopping Barang Dapur.



Saje je pergi shopping barang dapur tengah-tengah bulan sebab kalau tunggu lepas gaji mesti ramai orang. Aku ni bukan boleh sesak-sesak camni, boleh mencanak naik darah tinggi nanti. So semalam lepas maghrib bergegas la laki bini pergi Carrefour Alamanda.

Shopping pun laju-laju je sebab masuk-masuk je Carrefour tu dia cakap nak tutup lagi 30 minit. Haish, spoil mood aku nak shopping je. Baru nak usha-usha vacum ngan mixer. Tak sempat ler pulak. Tapi, bagus jugak sebab jimat duit aku. Kalau tak, mesti TERBELI punya. Pastu guna setahun sekali macam aku punya oven. Beria beli dan dan tu jugak macam xde hari lain, pastu terbiar sepi. Pembaziran.

So semalam dah siap-siap set lam mind nak shopping barang keperluan je. Tak best betul shopping tergesa-gesa ni. Tapi dalam tergesa-gesa tu memacam jugak la yang sempat aku sambar.

Tadaaa! Korang agak-agak berapa RM semua benda ni. 


Meh kita tengok berapa harga soping tergesa-gesa ni.




400 ++ hokey. Rasa nak menitik air mata tengok jumlah tu. Bajet aku RM300 je. Sekali lebih dekat RM150 gak la. Pengsan!!!! Balik tu aku tak puas hati, dok belek satu-satu apa yang aku beli. Siap susun nak tengok betul ke jumlah tu. Rasa cam sikit je barang yang aku beli. Tapi dekat 500 apekehalnya??




Ni je barang-barang yang dibeli pun. Betul la harga barang dah mahal. Kalau dulu RM400 tu penuh dua troli, sekarang satu troli pun tak penuh. Sedih tau!! Tapi, ni stok untuk dua bulan punya. Aku malas nak shopping sikit-sikit. Penat. Tapi kan, ni baru barang-barang kering. Belum lagi barang basah. Kalau campur barang basah tah berapa la agaknya. Boleh meninggal tengok harga barang sekarang.

Ini pun aku rasa dah murah sangat la harga barang-barang kat carrefour. Aku dah bandingkan antara Jusco, Giant, Carrefour ngan Mydin. Ternyata Carrefour antara yang termurah. Macam cream cheese Tatura tu, aku beli kat Giant RM8.60. Kat Carrefour baru RM6.29. Pastu Susu Dutch Lady Coklat tu kat Carrefour baru 7 hengget lebih. Kat Giant 8 hengget lebih tau. Lagi satu sabun Dynamo tu. Member aku beli kat Giant harga 17 hengget. Aku beli 13 hengget. Banyak betul bezanya. Tapi nak tak nak terpaksa jugak la beli. Dah nama pun barang keperluan. Cuma lepas ni kegunaan tu kena lah jimat-jimat sket. (reti pulak aku ni nak berjimat...hmmph)

Patutlah orang kata gaji RM6000 kat Malaysia ni dikategorikan golongan sederhana. Kalau aku yg gaji tak sampai 3 ribu ni? Hmmmmmph. :'(

Thursday, May 17, 2012

Tidur.


1. Aku kalau tido, mesti nak pakai seluar panjang. Tak reti nak pakai seluar pendek apatah lagi hot pants ala-ala boxer tu. Pakai waktu siang boleh la, tapi nak tido waktu malam mesti nak tukar. Laki aku hangin je setiap kali nak tido aku tukar pakai seluar panjang. Malas lettew nak banyak kerje. Hihihi.

2. Tido tak kira panas ke sejuk ke, mesti nak ade selimut. Selimut pulak cuma tutup bahagian lutut ke bahu je. Aku tak suka selimut sampai kaki. Tak selesa.

3. Dulu-dulu aku tak suka pakai cadar tilam. Aku suka kalau tilam tu bogel je. Kalau bercadar pun,  time tido mesti aku bukak cadar tu separuh. Bahagian kaki aku tak suka ada cadar. 

4. Sebelum tido mesti nak sapu losyen kat tapak KAKI. Wajib!! Sebabnya aku ada masalah kulit kaki yg sangat kering. Jadi biasanya sebelum tido tu akan terasa sangat kaki aku kering dan tegang yang menyebabkan ketidakselesaan masa tido.

5. Aku memang tak boleh langsung nak tido kat opis walau mengantuk macam mana pun. Untunglah rumah aku dekat ngan opis. Jadinya kalau aku mengantuk tu memang aku start keta, balik! Dapat tido sejam dua pun ok la. Tapi time bos xde la. Kalau ada, mencari nahas namanya.


Eh ape ni cerita pasal tido je. Ehee sebenarnya aku mengantuk tahap tapir laut dah nie. Tapi malas nak balik rumah even bos takde. Dah la tadi makan Subway kenyang gile. Makin kenyang makin mengantuk la jawabnya. Bagus betul Subway ni, dah la tadi aku pegi makan sana guna voucher lam sokkabar tu. Pastu dia kasi laki satu voucher. Pasni kenyang makan subway je la aku. 


Monday, May 14, 2012

Instagram Socialmatic Camera.

This is cool bro!





Unfortunately, this is just a concept. Brilliant idea by Antonio Pedrosa form ADR Studio. Kalau real, aku dah standby duit nak beli dah. Comel gile dowh. Maklumat lanjut bley bace kat website ADR Studio. 

Tuesday, May 8, 2012

I miss Dexter.





Citer ni dah lama sebenarnya. Start airing kat US tahun 2006 lagi. Now dah ada 6 season pun. Tapi aku baru je download dua bulan lepas. Tu pun adik aku yang suggest masa aku dok tanya dia citer ape yang best tuk aku layan. Kata umah dah ade Unifi, haruslah keje aku asik mendownload je. Beria-ia adik aku soh download citer ni. Boring punya pasal, aku pun download la dulu season 1.

Pas download tu aku pun layan la satu episode dulu. (satu season ade 12 episod). Memula tengok episod satu tu, aku camm...tak best pon! Pehtu terus tak tengok dah. Tapi, bila dah asik bosan kat rumah tu, tambah pulak citer-citer lain sume dah habis aku tengok, aku pun layan la balik citer ni. Masuk je episod kedua, terus aku cam teruja nak tau episod seterusnya.

Ok la untuk sape-sape yang tak pernah tengok series ni, aku bagi sinopsis sikit. Memandangkan aku ni memang suck bila bagi sinopsis, ade baik aku copy paste jek. Hikhikhik.

Based on novels by author Jeff Lindsay, Dexter follows the life of Dexter Morgan (Michael C. Hall), a charismatic blood spatter analyst who works in the forensics at the Miami Metro Police Department. On the outside, Dexter seems like the perfect guy -- he has a sister, Debra (Jennifer Carpenter), that adores him and a steady girlfriend, Rita (Julie Benz), with two kids that look up to him. However, what they don't know is that Dexter moonlights as a serial killer, only he isn't your typical killer. Basing his life on the teachings of his foster father, Dexter only kills people who truly deserve it: he ensures that those who got away with horrible crimes will never kill again.

Amacam teruja tak pas baca sinopsis? Actually citer ni biasa je, citer pasal penyiasatan kes-kes bunuh macam citer CSI gak. Tapi yang tak bestnya dalam CSI takde seriel killer cam Dexter ni. Even Dexter ni seorang pembunuh, tapi percayalah korang akan jatuh cinta dengan watak Dexter ni sebab dia tak macam seriel killer yang lain. Walaupun dia pembunuh tapi dalam masa yang sama dia jugak seorang abang dan kekasih yang sangat caring dan baik. Cewah, ayat aku!! Hihihi.

Aku sendiri rasa teruja tengok macam mana Dexter ni develop dia punya character sampai aku sendiri lupa yg dia tu seriel killer. Dan masalah terbesar aku pulak, aku kalau dah minat satu-satu series tu, aku akan tengok dengan penuh penghayatan dan terbawak-bawak emosi tu ke dunia realiti. Sampaikan aku sendiri rasa aku dah memang dalam cerita tu dan salah usatu watak dalam citer tu. Tapi watak invisible je la. Dasyat betul aku feel tu.  Ko bayang kan lah seminggu aku habiskan masa tengok cerita ni dari season 1 sampai season 6. Sampai laki aku pun naik bengang ngan aku. Dia kata aku lebihkan Dexter dari dia. Hahahaha.

Tapi kan, aku hampir-hampir takmo sambung tengok bila habis season 4. Sebabnya season 4 yang paling sedih sekali. Tapi takmo citer la kang spoiler pulak. Tapi sebab rindu dengan Dexter, aku habiskan gak sampai season 6. Malangnya seaosn 6 punya ending lagi cam celaka. Meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya dan ketidakpuasan hati. Now, tersangat la seksa nak tunggu season 7 bulan September ni. Berdebo dibuatnya. Sampai sekarang emosi aku tak tenteram.

Tapi cerita ni tak sesuai untuk budak-budak bawah umur sebab banyak sangat scene sex dan bogel-bogel. Tak sensored langsung. Masa aku dok layan citer ni kat opis pun, kena cover-cover. Kang dituduh menonton video lucah pulak kat opis. Tapi memang tak feel pun layan kat opis. Baik tengok kat rumah, boleh feeling lebih sket tengok Dexter bogel. Hahahahaha.


Apepun, series ni dah berjaya membuatkan aku tak lalu nak tengok series-series lain. Dexter tetap di hatiku. Haha, boleh?

Thursday, May 3, 2012

Cheese Tart By Cujen.

Cheese tart versi rajin


Sekarang ni Puan Cujen dan maju setapak ke hadapan sebab dah pandai buat Cheese Tart. Hihihi. Kira pencapaian yang mebanggakan la jugak untuk orang malas cam aku ni. Dah boleh masuk dalam SKT tahun ni hahaha.

Aku sebenarnya bukan reti makan cheese tart ni. Adik aku la beria-ia sangat suka makan. Akak yang selalu dia tempah cheese tart tu dah pindah Penang, so masa aku ke Penang hari tu sempat la dia kirim. Aku pun try, cam sedap je. Kira 50 bijik tu aku sorg je telan.

So, macam biasalah aku ni kan suka try and error. Kalau boleh semua mende nak buat sendiri. Gigih la aku google cara-cara nak buat cheese tart. Pertama kali cuba, terus jadi! Peh, tak sangka betul rupanya senang je nak buat cheese tart ni. Kalau tau, dari dulu aku dah try pastu buat meniaga.



Cheese tart versi malas sikit. ;)


First time bawak dtg opis, terus ade yang nak tempah. Kira sedap la tu kan? Tak sangka tau. Aku pun tak konfiden sangat nak amek tempahan sebenarnya. Nak makan sendiri-sendiri boleh la. Tapi diorg sume cam konfiden je. Rezeki jangan ditolak. Hehehe. Setakat ni ade la 5-6 orang yang dah order. Korang kalau nak pun boleh, tapi aku tak amek order banyak-banyak. Setakat 50 - 100 biji tu boleh la. 50 biji RM 30. Kalau nak emel aku. Delivery percuma area Putrajaya.


Fresh from oven nie.