Monday, June 18, 2012

Perkara Hina.

Tetiba aku rasa aku telah membuat perkara hina hari ni. Camni citernye ;

Kelmarin aku ada beli voucher kat MyDeal.Com. Voucher 2D 1N stay kat Gold Coast, Morib. (Gold Coast Morib je yang mak mampu sekarang ni *mata berkaca). Murah tak murah sangat la, RM188 semalam including breakfast, dinner & water theme park passes. Normal price 400++. Murah sangat dah sebenarnya tu cuma untuk orang kedekut cam aku ni, haruslah rasa mahal. (shopping online sampai beratus-ratus tu tak rasa mahal pulak eh?)







Teruja kan tengok gambar tu. Tapi bukan tu yang aku nak citerkan. Ni mende lain. Macam biasa lah kalau beli voucher2 macam ni, syarat dia mesti tak boleh book on weekend. Kat voucher tu dia tulis weekend tu Friday & Saturday je. Sunday dah kira weekdays. Cantik sangat la tu. Aku memang nak pergi hari Ahad pun. Balik hari Isnin. So tak payah la amek cuti 2 hari. Sehari dah cukup. Cuti aku pun tak berapa nak lumayan sangat. Rajin bebeno amek EL. Pehtu sekarang, padan muka aku.


Dipendekkan cerita, aku pun tanpa berlengah terus emel untuk buat reservation. Aku pilih tarikh 1 Julai 2012. Pehtu diorg pun reply;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort! 
The resort is fully booked on 1-Jul-12 at this point of time. Please advise the new date for us to proceed.

Ok la, kalau 1 Julai tu penuh. Aku pun request la tarikh lain. Aku amek 8 Julai pulak. Pastu diorang reply lagi camni;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort! 
The resort is fully booked on 8-Jul-12 at this point of time. Please advise the new date for us to proceed.

Ok, masa ni aku dah start hangin sebenarnya tapi memandangkan aku puasa hari ni, so aku belajar bersabar sikit. Aku reply balik and pilih tarikh 15 Julai pulak. Sekali lagi diorang reply tarikh aku pilih tu dah fully book. Ini jam terus kesabaran aku terbang tah kemana. Terus aku reply;








KALAU DAH SEMUANYA FULLY BOOKED, BILA MASA NYA YANG AVAILABLE???????????!!!!!!!!!!!!


Haa ko, siap caps lock dan size font paling besar sekali aku guna. Masa taip tu siap tekan keyboard kuat-kuat dan laju-laju sebab geram sangat. Ye la, kalau dah laku sangat resort ko tu tak payah le jual voucher camnie. Wat sakit hati je aku je. Kan dah kurang pahala puasa aku hari ni. Nasib baik berbalas emel je. Kalau cakap telefon, mau terbatal jugak puasa aku dibuatnya.


Lepas dah send emel tu, baru lah aku perasan yang aku telah melakukan perkara HINA. Tah pape je nak marah-marah macam tu. Dah la tu, masa buat reservation, bukan main lagi dengan bahasa inggeris. Sekali bila marah, terus keluar bahasa melayu. Nasib baik aku tak pandai cakap jawa atau banjar. Kalau tak, mau terkeluar bahasa jawa atau banjar tu. Kalau tak, bertambah-tambah hina la perbuatan aku tu. Hahahaha.


Yang penting hati aku puas. Aku pun tak mengharapkan diorang akan reply emel hina aku tu. Tapi tak sangka pulak diorang reply jugak emel yang hina itu. Ni yang diorang reply;

Dear Sir / Mdm,
Greetings from Gold Coast Morib Water Theme Park Resort!
Please be informed that the rooms are fully booked on 30th of June, 1st, 8th, 13th, 14th & 15th of July, 14th & 15th September 2012.
Other dates are still available at this point of time.

Ha kan senang kalau reply macam ni dari mula-mula tadi. Saje je nak buat aku hangin pagi-pagi Isnin ni tau. Tapi kan disebabkan dah termalu dek perbuatan hina aku tu, terus aku tak reply emel tu. Aku buat reservation melalui telefon pulak. Pastu guna nama lain. Hahhahahaha. Hina tak??


p/s: sebenarnya banyak lagi perkara hina yang aku telah aku lakukan, malas je nak citer ;)



Tuesday, June 12, 2012

Baju Raya.

Hamboi, puasa pun tak habis ganti dah sibuk fikir pasal baju raya. Haruslah nok, dah bertahun-tahun aku tak dapat pakai baju raya baru yang ditempah khas walaupun mak aku tukang jahit. Biasa lah kan, anak tukang jahit memang selalu baju diorang tak siap. Siapa mak dia menjahit tu, tahu lah. Aku dah bosan pakai baju ready made. Tau je la ready made ni mana ade yang betul-betul ngam dengan kita. Kalau aku beli je, mesti longgar. Maklumlah, aku kan KURUS. Hihihi.

So tahun ni aku dah bersiap sedia nak mintak mak aku siapkan baju-baju aku yang dah terbengkalai tu. Aku rasa ade lebih 15 pasang kain yang tak berjahit lagi. Ade tu sampai dah tak trend dah kain tu. Dah habis season katanya, tetap tak siap jugak. Mak aku jenis kalau nak mintak siapkan baju, kena duduk depan dia. Paksa-paksa gituu. Ye la, buat baju anak beranak ni tak dapat upah, so mak aku pun malas lah nak siapkan. Kalau baju orang tu, terpaksa lah siapkan sebab orang bayar. Anak beranak bayar dengan kasih sayang je. Hihi. Tapi sekarang, mak aku dah demand, takmo terima lagi dah upah kasih sayang ni. Dah pandai. Nasib baik aku dah rasuah mak aku soh siapkan baju aku dulu. Sekarang ni kena menempek je kat rumah mak, pantau kerja mak aku. Hehehehe.


Tahun ni nak buat fesyen ape ek?



Aku dah lama berkenan dengan fesyen buttonmybutton ni. Dah lama soh mak aku buatkan camni, tapi tak buat-buat. Kain cotton yang aku dah beli tu pun, jadi baju kurung je akhirnya. Tapi, aku akan pastikan tahun ni menjadi jugak. Fesyen camni sesuai tuk orang comel-comel je cam aku. ^_^ Jadi, sebelum badan aku jadi gedempol dan membesar seperti rasaksa, ada baik aku buat. Kang tak merasa pulak nak pakai camni.



Ni pun comel. Kalau ade baby girl, buat sedodndon gitewww. Tapi aku mana ade anak. Pakai kan kat Merong, boleh? Hihi.



Baju scha ni pun cantik. Sebenarnya baju dia simple je, tapi sebab scha ni kurus dan tinggi dan memang cantik pulak tu, otomatik baju ni pun nampak stunning. Tapi aku dah tak sekurus scha, dah gemokk! Uwaaaaa, jelesnya tengok badan scha. Mula lah nak buat ayat, "dulu.....aku pun kurus gak macam scha......."



Hohoho, ni yang paling aku suka sekali. Hari tu nak beli kain kaler ni, tapi laki aku pulak takmo. Katanya, kulit dia tak sesuai pakai cenggini. Sabo je la, saje je nak musnahkan impian aku nak vouge de vasss di pagi raya. Terpaksalah amek kaler hijau muda semata-mata nak sesuaikan dengan tone kulit dia yg semakin menggelap tu. Sobs...sobs..sobs...





Ni Rizalman punya design tahun lepas. Cantik  kan? Sekarang memang trenad pakai kain duyung yang kembang-kembang camtu ek? Kalau kaki panjang, sure cantik pakai. Tak panjang pun boleh jugak pakai heels 5 inci cam aku selalu buat. Feeling-feeling kaki panjang gitu, padahal pendek je.

Ok la, nak siap-siap gi rumah mak, nak pastikan mak aku aku jahit baju aku. Nanti dah siap aku post kat sini. Jangan jeles!! Daaa.

p/s: baju raya korang tahun ni camne?



Thursday, June 7, 2012

Snow White vs Once Upon A Time



Isnin lepas tengok cerita ni. Filem genre fairytale macam ni memang feveret aku. Tapi, boleh tak aku nak tertido masa tengok cerita ni. Agak boring jugak la ceritanya. Dengan lakonan Kristen Stewart yang cam kayu. Muka dia kan cam takde perasaan gitu. So kurang feel dibuatnya. Senang cerita pada aku movie ni BORING. Aku bagi 2.5 out of 5 star. Tu pun sebab ade pelkon Thor tu. Hihihi. 


Mungkin jugak sebenarnya feel tengok series Once Upon A Time masih tersisa dalam hati aku. Ceh, tak habis-habis nak promote citer ni. Tak cukup kat twitter, nak jugak citer kat sini. Hehehe. Tapi series la citer Once Upon A Time ni lagi best. Citer ni pasal Snow White jugak. Tapi Snow White yang dah terperangkap dalam dunia kita sebab sihir mak tiri dia. Dalam dunia ni semua watak-watak fairytale tu tak ingat siapa diri diorang. Yang tau cuma mak tiri dia. Sihir tu cuma boleh dihapuskan oleh anak Snow White masa umur dia 28 tahun. Snow White ada anak? Best kan. Yang pakai baju merah tu anak Snow White. Budak kecik tu pulak cucu snow white. Hihi. Comel je Snow White siap ada cucu bagai.




Jalan cerita dia pun best. Nanti ada la watak-watak fairytale lain macam Cinderella, Pinocchio, Red Ridding Hood semua. Tapi yang paling best Prince Charming dalam citer ni charming gile. Hunstman pun hensem. 


Ni Prince Charming dia. Charming khenn??

Ni huntsman.


Tapi kan dalam series ni, mak tiri Snow White benci kat dia bukan sebab Snow White ni lagi cantik daripada dia je, ade lagi sebab lain. Kalau nak tau, kenalah tengok sendiri. Masih belum terlambat kalau nak follow. Now ngah tayang kat astro channel 413 setiap Isnin sampai Jumaat kul 9.15 malam. Hari ni baru nak masuk episode 4. Season pertama ni ade 22 episod. Haruslah aku dah download dan dah khatam season pertama ni. Sape nak copy meh datang umah. Satu episod singgit. Hihihi. 

Jom layan gambar-gambar yang boleh membuatkan korang teruja nak tengok series ni.


Snow White, Cinderella ngan Red Riding Hood ngah clubbing. Ihii

Snow White & Red Riding Hood

Evil Queem/mak tiri Snow White sebelum jadi Evil

Hensel and Gretel with Evil Queen

Rumpelstiltskin





Teruja tak nak tengok?? Jangan lupa setiap Isnin sampai Jumaat di saluran astro 413 jam 9.15 malam. ^_^




Monday, June 4, 2012

Doddy Si Kasanova

Hari ni aku cerita pasal Doddy yang perangai nye semakin menjadi-jadi kebelakangan ni.

Macam biasa, kalau aku balik kampung atau pergi mana-mana, aku akan pastikan semua meow meow aku dah dikurung dalam bilik atau dalam sangkar. Tapi hari Sabtu lepas, masa kitaorang nak balik kampung, si Doddy ni tak balik-balik lagi ke rumah. Doddy memang jarang kena kurung kalau kitaorang ade. Sebabnya kalau masukkan dia dalam sangkar, nanti dia merentan macam kucing kena dera. Pastu pandang kitaorang dengan penuh dendam kesumat. Pandangan dia scary hokey, dah la hitam legam. Tapi yang bagusnya Doddy ni pandai balik rumah. Cuma waktu keluar balik dia tu, ikut suka hati dia je. Kadang-kadang tu kul 5 pagi baru balik. Pastu dok cakar-cakar pintu bilik kitaorang soh bukak. Dah tau lapar, baru nak balik. Kadang-kadang aku konpius, sape tuan sekarang ni? Aku ke Doddy.


Dipendekkan cerita, hari tu kitaorang malas nak tunggu Doddy. Lagipun dia memang dah pandai cara-cara nak masuk dalam rumah. So kitaorang just letakkan makanan dia je kat dapur. Pastu pandai-pandai dia la. Yang lain-lain semua dah kena kurung dalam bilik. So kitaorang pun balik la kampung dengan senang hati.


Dipendekkan cerita lagi, sekembalinya kitaorang dari kampung, bukak je pintu ternampak la aku satu adegan yang tidak ingin kita lihat ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



OMG Doddy!!!!! Keji sungguh perlakuan mu itu. Dah la bawak balik kucing betina time kitaorang takde. Berani pulak dia mendoggie kat ruang tamu rumah. Nasib baik la tak atas katil aku. *nanges

Tah ayat apa yang si Doddy ni pakai sampai kucing betina tu ikut dia balik rumah. Kalau kucing biasa-biasa takpe lah. Ni yang stock-stock model punya dia hangkut. 





Comel weh kucing tu. Manja pulak tu. Aku pun tak tau la kucing siapa. Tapi memang kucing orang bela la sebab ade loceng. Dua hari gak la kucing betina tu dok dalam rumah. Hari ketiga dah hilang. Balik rumah kot sebab Doddy dah tak layan dia. Biasa la si Doddy bohjan ni, habis madu sepah dibuang. Dah puas agaknya dia lenjan kucing betina ni, pastu dia wat bodoh je.




Tengok la si comel ni beria tergolek-golek mintak perhatian. Doddy wat muka seposen. Berlagak baik depan aku. Cet!! 

Nasib la kalau kucing ni bunting nanti. Jangan tuan dia salahkan aku sudah. Kucing korang yang gatai, dok ikut Doddy balik rumah. Tapi takpe, anak Doddy sume comel-comel. Nanti nak mintak sekor boleh? Hehehehehe.