Thursday, July 19, 2012

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa.


Tu external hard disk aku. Lama dah aku beli. Dari tahun 2006 lagi. Boleh dikatakan segala benda aku sumbat dalam tu dari dokumen kerja sampai la ke gambar-gambar aku. Boleh dikatakan semua gambar-gambar aku simpan dalam tu. Banyak jugak la.

Tapi, biasalah benda camni, lama-lama mesti rosak jugak kan. Baru-baru ni, ext hard disk aku ni buat hal. Kejap detect kejap tak detect. Tapi still boleh pakai lagi la. Tiba satu malam, masa tu aku ngah buat photobook online. Masa tu la pulak ext hard disk aku ni buat hal. Kejap detect kejap tak. Memula tu aku sabo lagi. Tapi, kalau dah sampai 50-60 kali jadi camtu, ape lagi, mula la angin dah naik kepala. Kebetulan pulak masa tu, lesung batu aku betul-betul depan mata aku. Aku pun lupa kenapa lesung batu aku tu ade kat tengah-tengah rumah. Mungkin dah ditakdirkan agaknya. Aku pun capai anak lesung tu, terus aku tumbuk kat aku ext hard disk aku tu. Hamek kau!

Laki aku yang menyaksikan kejadian tu, tak mampu nak berkata apa-apa. Mungkin gak dia takut nak berkata-kata, takut anak lesung tu sampai kat dia pulak. Hihihihi. 

Last-last aku punya ext hard disk tu terus senyap. Langsung tak boleh detect dah lepas tu. Padan muka aku!! Ikut kan sangat panas hati tu kannn. Nasib baik gambar-gambar penting aku sempat save dalam laptop sebelum ext hard disk tu rosak. Tapi, tak semua la. Banyak lagi yang ade dalam tu. 

Ape nak buat, salah sendiri. Nak marah orang lain pun tak boleh. Aku menyesal sebenarnya buat camtu, tapi tu la, masa marah mmg tak boleh berfikir dengan waras. Kesimpulannya, padan muka aku!





Friday, July 13, 2012

Rizalman Ibrahim vs Jovian Mandagie

Actually aku berkenan sangat koleksi 20 by Rizalman tu, tapi memandangkan aku malas nak berebut-rebut kat Tesco, so tak beli lah. Nasib baik yang Jovian Mandagie koleksi ade jual online kat Zalora. Ade kemungkinan akan terbeli ni. Harga pun tak mahal sangat. RM180-380. Pada aku ok sangat la tu untuk harga dari designer camni. Kalau beli kain, tempah pun lebih kurang jugak dekat 200. Bila lagi kan nak merasa pakai baju ade label designer hebat kan. Hihihi.

Aku dah aim beberapa helai dah ni.






Yang bestnye koleksi Jovian ni, ade size XS. Eceh, konfiden kan aku nak pakai XS, tak sedo diri dah gemok. Harap-harap dapat la beli selai pun jadi la. Nasib baik ade simpan lagi voucher Zalora yang Starbuck bagi hari tu. Harap-harap boleh guna. 

So 15hb ni meh la kita beramai-ramai dok depan pc refresh website Zalora. Ke ada yang rajin nak pergi butik First Lady? Mak tak kuasa jah.



Tuesday, July 10, 2012

8 Days Late.


Bulan ni period aku lewat sampai 8 hari. Bagi orang yang TTC macam aku ni, period lewat satu hari pun rasa nak beli pregnancy test dah. Lagi-lagi cam aku yang cycle period aku memang regular 28 hari. So dalam tak nak mengharap tu, ter mengharap jugak la. Siap niat lagi, kalau betul la pregnant, aku nak sembahyang tarawikh penuh tahun ni. Tapi, dah memang tuhan tu tau agaknya aku tak mampu nak buat, jadinya tak jadi lagi la baby  kali ni. Dah period pulak malam tadi. Nasib baik tak beli lagi pregnancy test. Kalau tak, membazir je. Cuba lagi next month la jawabnyeeeeeee.


p/s: siapa yang pakai smartphone, download la application Period Tracker ni kat hp. senang nak tau bila waktu fertile, ovulation and next period. untuk orang yang TTC and selalu lupa cam aku ni, memang wajib ade apps ni. comel pun comel.