Thursday, August 30, 2012

New Skincare : Hada Labo


Tu dia skincare aku yang dah bertukar untuk kali yang keberapa tah. Actually dah dekat setahun sebenarnya aku tak beli skincare yang set-set camni. Dok tonyoh laki aku punya pencuci muka je. Pehtu pakai moisturizer safi balqis. Tu pun kalau ingat. Kadang2 aku tonyoh lotion vaselin je. Pastu pakai makeup. Tak peduli sangat bab penjagaan muka since kulit aku tak bermasalah sangat pun.

Tapi sebenarnya walaupun kulit aku tak bermasalah dari segi jerawat, aku perasan yang kulit muka aku ni tak sekata dan kusam. Kena bantuan fondation baru nampak seri. Tu pun waktu pagi je ok, masuk tengahari, mula lah muka berminyak bagai. Aku kalau boleh nak kulit muka berseri-seri, glowing bak telur dikupas gitu. Sebabnyeeeeeee, aku malas nak mekap. Susah nak sembahyang. Nak kena cuci muka dulu la, pastu kena pakai mekap balik. Letih mak dibuatnya.

Baru-baru ni aku try pakai Norefal Placenta Oil. Bangsa tamak, tak nak beli yang trial. Aku beli sebotol terus. Ade 100 biji dalam tu.


Memula pakai memang ok. Aku sapu waktu malam je, pastu bangun pagi rasa smooth je kulit. Tapi lama-lama aku rasa cam xde pape effect je. Dah dekat 2 bulan gak aku pakai. The worst part is, muka aku naik jerawat banyak gile. Especially kat bahagian dagu. Aku syak maybe sbb aku pakai placenta oil ni dulu sblm mekap, lepas tu pakai mekap. Kira cam dah bercampur-campur kot produk tu. Entah lah. Tapi aku still pakai jugak la waktu malam. Jenuh gak nak ngabiskan sebotol ni.

Dah habis baru la aku beli produk Hada Labo tu. Tu pun adik aku yg recommend. Sebelum ni pun aku banyak dah tgk iklan-iklan dalam majalah pasal produk Hada Labo ni. Especially dia punya SHA Moisturizing Lotion tu. Lotion ni katanya sold 1 in every 4 second di japan. Katanya la. Lagipun aku teruja nak beli sebab produk ni dari Jepun. Aku memang mudah terpengaruh kalau produk-produk kecantikan dari Jepun/Korea ni. Ye lah, tengok la muka orang Jepun ngan Korea kan cantik-cantik kulit diorang. Ada pulak yang kata Hada Labo ni kira cam SKII version murah sket. Lagi la aku teruja nak membeli.

SHA Moisturizer Lotion.

Nama je lotion, tapi sebenarnya mende ni toner. Pakai selepas mencuci muka. SHA tu stand for Super Hyaluronic Acid. 1gm of Hyaluronic Acid is able to hold up to 6 litres of water. Super Hyaluronic Acid has double the capacity of Hyaluronic Acid, providing your skin with more moisture retention ability.

Produk ni free alcohol, colorant and fragrance. Biasa produk-produk lain kalau dia ckp free fragrance pun, mesti ade sket bau-bauan. Tapi yang ni memang takde langsung bau. Sapu kat muka pun rasa best  je.

Tapi kan sebenarnya, aku baru je beli produk ni semalam. So baru pakai malam tadi n pagi tadi. Masih awal nak bagi review. Tunggu la 2-3 bulan lagi. Korang kalau nak try, boleh beli kat watson trial set RM19 hengget je.


Ni la keadaan sebenar kulit muka aku. Tanpa secalit fondation or bedak pun. Cuma pakai pencuci muka and moisturiser Hada Labo tu je. Saje letak beso-beso supaya nampak. Mmg tak flawless langsung. Pori-pori besar, pehtu bekas2 jerawat pun banyak. Kulit kusam. Euwww.

Harap-harap lepas ni ok la. Kita tunggu review lagi sebulan dua ye.




Sunday, August 26, 2012

Bergaya Di Hari Raya.

Beria aku sebelum raya nak beli baju Rizalman la, Jovian Mandagie la. Kesudahannya, nan hado dek non oi. Selai pun aku tak beli. Malas nak membazir. Lagipun dah beli kain dekat 10 pasang soh mak aku jahit. Tapi, biasalah, mestilah selai je yang mak aku siapkan. Lagi 9 helai tu tak tau bila siap. Takpelah, bukan Rizalman pun cantik je baju aku. (kata-kata berunsur ketidakpuasan hati sebab tak beli baju RI ngan JM)

Cantik tak?? Cakap cantik cepat! Kalau tak aku tikam.

Tahun ni raya meriah sebab dapat berkumpul semua ahli keluarga. Kecuali bapak aku, dia beraya ngan bini baru dia. Kitaorang beraya kat kampung mak aku, Sekinchan Selangor. Since mak bapak aku dah berpisah, memang kitaorang beraya kat sini je. Beraya mana-mana pun sama je, yang penting semua ada.

 Tapi lam gambo ni adik aku no.6 ngan 7 takde sebab diorang tido.
Tu la sape soh tido kan dah xde lam gambar.


Family abg aku.

Family adik aku. 

Family aku. Kitaorang cam biasalah, still honeymoon.

Pinjam anak org sat. Sumpah org tak caya kalau aku cakap Fira anak aku.
Lain bebeno. Hihihi.

Dengan mak n nenek. Sama tak muka kitaorang?


Nampak comel disitu ;) (muntah hijau serta merta)


Indahnya beraya di desaaaaaa. 
Sawah kering, tapi pemandangan still cantik.


Gigih aku nak bergambo ngan kasut tumit tinggi kan.
Siap bergaduh2 ngan laki aku sbb dia soh pakai selipar.


Last-last tanggal kasut, pakai selipar je pun.


Gambar wajib di titian usang ni. 


YB melawat kawasan ;)



Raya ketiga balik Muar. 


Buaian ni dah berusia 20 tahun lebih. Masih utuh. 
(laki aku ke tu???? OMG!!!)


Complete even tema caca marba. Jadik la, janji ada buat kenangan.


So tu je la citer raya aku. Sederhana je tapi meriah. Gambo banyak gile sebenarnya tapi perlu ke nak upload semua? Tak yah la, cukup la gambo-gambo yang aku sajikan ni. Sampai jumpa lagi tahun depan.




Jemput la datang beraya rumah aku. Tahun ni takde open house, so kalau nak datang call dulu. Kalau tak, makan kuih raya je la jawabnya.

SELAMAT HARI RAYA.

Thursday, August 16, 2012

Nia Ennalisha Sofea 2 Years Birthday.

Macam baru semalam buat entry Nia Ennalisha Sofea ni. Puteri kesayangan Kak Linda. Alih-alih dah dua tahun. Kejap betul masa berlalu. 

Semalam Kak Linda buat birthday celebration Nia, merangkap sekali iftar beramai-ramai kat Secret Recipe Alamanda (memang setiap tahun ni je venue ko kan kak). Sebagai kawan baik, haruslah aku dijemput kan. Berani Kak Linda tak jemput aku. Memang cari nahas namanya tu. Kengkawan lain pun dijemput jugak. Anie, Khalid, Onni, Affa, Fara, Kak Non (memang ini je pun kengkawan yang ko ada hihihi)


Birthday cake. Awat la diorang eja nama Nia camtu.


Birthday girl. Gojes macam mummy dia and comel macam aunty Cujen. ^_^


Happy Birthday, Nia!


Banyak nye hadiah nia. 

Tapi dalam banyak-banyak ni, haruslah Nia paling suka hadiah dari Aunty Cujen dia. Tak caya? Meh tengok bukti.



U have a good taste, Nia. Hehehehe.


Tapi hadiah lain pun Nia suka jugak. Kang kecik pulak hati aunty-aunty yang lain tu. Hihihi. 

Pic curi dari FB Kak Linda.

Ok la, cukup citer pasal birthday Nia. Semoga menjadi anak yang baik dan solehah macam mummy dia. (tangan di dada, mata pandang atas)


Now, hot-hot mummy and wifey pulak nak enterprame sekali dalam entry ni.

Hot momma. Korang kalau tak bawak anak, mesti org ingat anak dara. Awww.

Hot wifey and husband. Boleh?? Hihihi

Yang ni hot ...??? Err, hot and spicy la kot. 
Khalid hot, Anie spicy.

Ok tak yah tanya. Mereka ni not available. Sorang tu bini orang, sorg lagi nak jadi bini orang bulan 11 nanti ;)

Teman sePoli. Affa je takde. mana tah dia pergi masa kitaorang amek gambar ni.
Tak sangka dah 10 tahun kita kawan.

Kalau tadi teman sePoli. ni pulak teman sejoli. Penghulu nya haruslah Kak Linda. Hihi. 

Ni pun teman sePoli jugak. Tapi super super super senior kitaorang. Hai, Kak Non!

Sayang korang ketat-ketat.

Perasan tak dalam gambar-gambar di atas, aku jadi tinggi dari diorang. Haruslah kasut aku 5 inci kan. Tapi malangnya masih belum mampu menandingi ketinggian Kak Linda. Tu pun dia pakai kasut flat je. -_-

Ok la cukup la setakat ni dulu. Letih nak pilih-pilih gambar. Gambar selebihnya ada kat FB aku. Tapi orang tertentu je boleh view. Hehehe.

Sebelum menutup entry, terima la gambar kami laki bini. Kitaorang jarang dapat amek gambar berdua. Sesekali nak jugak enteprame.



Akhir kata, thanks to Kak Linda dan Sobri sebab belanja makan kat Secret Recipe.
Tahun depan jemput lagi tau. 




Wednesday, August 15, 2012

Doddy Is Back.

Lupa nak inform, dua hari lepas aku publish entry Doddy hilang tu, tetiba dia balik rumah dengan sendirinya. Masa tu aku ngah tengok tv. Laki aku pulak dok buat ape tah kat tangga. Sekali dengar kucing mengiau, alih-alih Doddy selamba je masuk dari tempat dia biasa keluar masuk rumah aku tu. Terkesima kejap laki aku sebab dia yang nampak. Tapi Doddy macam terkejut bila nampak kitaorang, pastu dia keluar balik. Aku dah menjerit-jerit soh laki aku kejar. Nasib baik dapat tangkap.

Sihat dan gemuk je dia cam dulu gak. Konpius pulak aku sebenarnya Doddy ni pergi mana? Nak kata sesat, macam tak rupa sesat pun. Ok je dia. Cuma masa dia masuk rumah tu, dia cam ingat-ingat lupa la kot. Tapi yang pelik dia still ingat lagi jalan mana nak keluar masuk rumah tu. Bila laki aku panggil dia naik atas masuk bilik dia, ok je dia follow.

Sebagai hukuman sebab meninggalkan rumah dekat sebulan lebih, Doddy kena kurung dalam sangkar. Tapi macam biasalah, malam ni kurung dalam sangkar esok dah kat luar. Memang sesuatu betul la Doddy ni.

Apapun, aku happy sangat sebab Doddy dah balik. Kalau nak tau, setiap malam sebelum tido, aku berdoa supaya Doddy pulang semula ke rumah. Alhamdulilah, doa dimakbulkan.

Sayang Doddy!




Tuesday, August 14, 2012

Iftar ANL.

Plan asalnya nak berbuka puasa di Crystal Crown Hotel, tapi setelah ditolah ditambah didarab dibahagi, akhirnya semua setuju buat potluck iftar kat rumah aku je. Jimat duit 60 hengget sorang. Bukan kedekut, tapi dibulan yang mulia ni tak elok membazir. Sorang RM60. Kalau berdua cam aku ni dah seratus lebih. Pastu makan ape lah sangat. Tambah pulak perut aku ni kecik je. Rugi. Buat potluck kuar duit tak sampai pun 30 hengget. Jimat!! Duit balance tu boleh la aku beli baju kat poplook. Hihihi. Lagipun tujuan asalnya nak berkumpul ramai-ramai je. Maklumlah semenjak ramai ahli dah berkahwin ni, aktiviti pun slow je. Time-time camnie la yang boleh nak berkumpul ramai-ramai.

Macam biasa, moh la kita biarkan gambar je yang bercerita. Tapi panjang-panjang pun korang bukan baca. Aku pun malas nak menaip bulan-bulan puasa nie. 

^_^

Macam-macam ada.

Ayam golek ada, ayam masak merah ada, udang sambal petai ade, ketam masak ape tah pun ada. Buah tembikai, kuih, roti john semua ada. Tak masuk lagi kek secret resipi, kuih muih lain, fruit cocktail, dengan air ribena (kelas kau jen!) Cer teka yang mana satu menu tuan rumah?

Bagus kawan-kawan aku ni. Bukan setakat bawak makanan je, yang tolong kat dapur pun ade. 



Laki aku tunjuk skill memasak.


Hello bro, tolong masak ke? Hehehe. Comel tau bila lelaki-lelaki yang sibuk kat dapur.



Sempat lagi nak berposing.


Kesian anak tiri dipinggirkan. Maklumlah rumah saya tak berapa nak besar. 
Dining hall kecik je. Terpaksa makan kat ruang tamu.


Eh, ada kek pulak. Kelas tau iftar siap kek bagai.



Dah alang-alang ada kek, celebrate la sekali birthday bulan 8.


Tak sampai bape minit dah licin. Cam pirana semua.



Pas kekenyangan semua tersadai.


Ariana Batrisya yang bam bam.


Baby kalau tembam, comel je. Aku tembam?? Pitammmmm -_-


Sesi menapau makanan.




Selesai sudah iftar tahun ni. Moga jumpa lagi Ramadhan tahun depan. 

Akhir sekali, terima lah ..









Kesian .....





p/s : mesti ade yang tertanya-tanya, jadah ape la pulak ANL tu ye. ANL tu stand for All Nite Long.  ANL ni bukan lah group samseng, pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mahupun parti politik. ANL ni cuma sekumpulan kecil anak muda (dulu la muda, skrg semua dah tua) yang dulunya suka bersosial hingga larut malam. Suka melepak dan berkumpul beramai-ramai sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat. Dari kenalan gitu-gitu aje, tak lama kemudian terbentuk lah satu hubungan yang akrab ibarat hubungan kekeluargaan. All nite long petikan lagu ape tah, aku pun lupa. So, gitulah kisahnya.