Monday, October 22, 2012

Apa perkembangan TTC terbaru aku?

Lama kan aku tak update pasal TTC journey aku. Banyak sebenarnya aku nak cerita. Banyak benda nak luahkan. Tapi aku malas nak update sebab nya nanti kang blog ni jadi medan luahan perasaan aku yang tah hape-hape je tu. Orang yang tak TTC macam aku memang takkan paham. Lagipun aku ni jenis EGO melampau. Aku tak suka nak tunjuk-tunjuk rasa sedih aku kat orang. Aku rasa cam geli nak tunjuk-tunjuk kesedihan kat orang. Lagipun percayalah takde sape pun suka kalau kau sedih-sedih meroyan kat blog. Jarang-jarang orang nak paham. Silap-silap mengundang rasa menyampah lagi ada. So aku decide untuk diam wat tak tau je. Kalau aku bercerita pun aku cerita kat laki aku je atau orang2 yang rapat ngan aku je. Atau yang sama-sama TTC ngan aku.

Cumanya aku baru tergerak hati nak update pasal TTC journey aku ni. Itu pun lepas aku baca satu blog TTC yang bagi aku sumber inspirasi. Owner blog tu pun dah pregnant. Tapi, seronok baca kisah TTC dia tu. Dan dan aku rasa rugi lak tak update kisah TTC aku. Bukan apa, mana tau satu hari aku dah ada anak, boleh jugak baca balik cerita-cerita dan usaha aku nak dapatkan anak tu. Manalah tau kot-kot esok anak aku nakal ke sampai tahap aku give up boleh la aku baca balik sejarah TTC aku betapa susah aku nak dapat anak tu. Ehehe sampai ke situ tahap imaginasi aku. Ye la, knowing me aku ni memang baran dan cepat bosan. Takut nanti mula-mula je excited nak dapat anak, lepas tu bosan. Hihi. Boleh pulak eh macam tu? Mungkin sebab tu kot Tuhan tak bagi aku anak. Tapi orang kata kalau ada sendiri nanti mesti lain. Entah lah, aku tak tau sebab aku tak pernah ada anak sendiri.

So start from now, i will blog about mt TTC journey. Tapi bukan kat blog ni la. Aku nak create blog lain. Tak nak campur-campur. Tapi buat masa ni tak nak share blog tu dengan korg. Dah ready nanti baru bley share. Senang sket aku nak meroyan kat sana. Hihihi. Tapi aku tak private pun blog tu. Kalau korang jumpa, jumpa la. Pastu baca je tak payah komen bagai atau share link blog aku. Eh bajet retis ke?



Wednesday, October 10, 2012

New Addiction : Sherlock.


Sherlock series is much much much better than Sherlock Holmes movies. Benedict Cumberbatch as Sherlock memang awesome!! Kalau korang peminat Sherlock, u must watch this series.

Aku pun baru tau je pasal series ni. Agak lambat jugak la, sebab season 1 airing on 2010. This year dah masuk season 2. Tapi yang tak bestnya, satu season ade 3 episod je. Tapi satu episod agak panjang jugak. Dalam sejam setengah. But still tak puas. I want more Benedict Cumberbatch. Eh??

Apa yang aku suka sangat dengan Sherlock series ni;

1. Aku memang suka kot cerita-cerita penyiasatan macam ni.

2. Obviously sebab Benedcit Cumberbatch. I don't know why, but he is much better than Robert Downey Jr. Kalau dah tengok Sherlock version Benedict Cumberbatch ni, confirm kau rasa yang version Robert Downey tu tah pape je. Hahahah. Ke aku je rasa camtu?

3. Its british made, not american. So pelakon-pelakon nye pun from British jugak la.

4. British accent yang sangat sexy!! Tambah pulak dengan kecomelan Benedict Cumberbatch tu, peh cair betul.

5. Jim Moriarty lagi saiko compare dengan movies version.

6. Even Martin Freeman as Dr. Watson tak sehensem Jude Law, tapi aku rasa dia dengan Benedict Cumberbatch mcm ada shemistry gitu.

7. Ade Irende Adler bogel dalam series ni. Hihihi.

Ok aku memang failed kalau bab nak elobrate sesuatu benda tu. So korang boleh baca sini : 20 Reason Why You Must Watch Sherlock. 

Tuesday, October 9, 2012

Dua.

Nak tau tak, hari ni kan anniversary kitaorg yang kedua. Tapi betapa pandainya aku, boleh lupa pulak hari ni 9 Oktober. Mati-mati ingatkan esok 9hb. Yang bestnya tu pagi tadi teringat, terus msg laki aku cakap "yang esok anniversary kita la". Dia pun kata "haah ye la". So kitaorang pun planning la nak keluar esok.

Sekali tadi masa lunch dok borak-borak ngan member, diorg cakap hari ni la 9hb. Menggelupur kejap aku. Hihihi. Dan dan ajak laki aku keluar malam ni tapi tak tau nak pergi mana. Laki aku pun satu, tak boleh harap. Aku lupa, dia pun lupa. Ke dia ingat anniversary kitaorg sebenarnya 10 Oktober? Haish, sabo je la.

Apapun, happy 2nd anniversary to us!



So mana ek nak pegi malam ni?