Monday, December 23, 2013

Attending Craft Class ;)

Amboi, dalam mabuk-mabuk mengandung sempat lagi aku attend kelas-kelas macam ni. Korang kan tau aku memang minat mende-mende camni. Kebetulan pulak, terbaca dalam FB ada kelas craft buat mende yang aku suka pulak. Tengok tarikh, yang aku boleh pergi cuma weekend lepas je. So, nak tak nak aku daftar jugak. Sebab nak tunggu next class tah bila ada. Mula-mula cam ragu-ragu jugak. Mampu ke nak pergi. Buatnya kang asik muntah-muntah kat situ, mati aku. Laki aku memula tak bagi pergi langsung. Tapi, biasalah bini degil. Hihihi. Lucky me, hari sabtu lepas aku langsung tak mabuk. Aku pun pelik. Bangun pagi tu memang rasa sket tapi dah sampai kat kelas tu, ok pulak. Takde rasa langsung. Cuma lepas kul 2 tu dah start rasa, then petang tu bawak ke esoknya terus melepek. Mak mertua aku datang rumah pun dia yang masak. Hihihi. Tak guna punya menantu. Nasib baik mak mertua memahami. 

Muka orang dah sihat kononnya ;)


Berbalik kepada cerita asal tadi, aku attend kelas untuk buat Passport Holder. Actually mula-mula nak amek dua kelas, Passport Holder & Card Holder. Tapi tak jadi la sebab mak mertua aku nak datang hari Sabtu tu. Tapi nasib baik la aku tak amek dua kelas sebab hari Ahad tu start pening-pening n muntah balik. Kalau tak naya je. 


Ha ni la rupa mende yang aku nak belajar buat tu. Comel kan?
Pic ni aku pinjam from cikgu yang buat kelas ni Shane's Handmade.

Craft Workshop ni dia buat kat Puchong. Nasib baik aku tak sesat sebab tempat dia ni kira kawasan baru jugak la kat Bandar Puteri Puchong tu. Memula tu ingat salah tempat. Nasib baik betul. Sekali dah sampai rupanya hari ni aku sorang je yang akan belajar. Yay, senang sikit nak tanya macam-macam. Hehehe. Eh actually ade dua org, tapi bila aku borak rupanya dia ni kira partner Shane ni. Dia la pembekal barang-barang craft ni tapi dia tak reti buat. So dia datang untuk belajar. Tapi dia belajar buat beg. Aku yang amatur ni belajar la buat mende kecik-kecik dulu ye. Dah expert nanti memang aku nak belajar buat beg pulak. 


Pic credit to Shane's Handmade

Cantik kan beg macam ni. Aku ingat sebelum beranak nanti nak pergi jugak belajar buat beg ni. Nak buat beg tuk barang-barang baby aku nanti. Yang bestnya pakai barang handmade ni, ko boleh pilih material sendiri. Nak corak cemana, design macam mana. Yang penting tak sama dengan orang lain. Barulah special gitu.

Senang je belajar buat Passport Holder ni. Kejap je aku dah siap. Cuma part last tu kena jahit pakai tangan, tu yang letih sikit. Aku pulak terkial-kial nak jahit pakai tangan ni. Amek masa dekat dua jam jugak nak habiskan part yang last tu. 


Last part yang kena jahit pakai tangan. Bayangkan lah keliling tu sume nak kena kelim pakai tangan. Takpe, practice make perfect.


Malangnya kan aku tak amek banyak gambo sebab concentrate nak belajar kononya. Lagipun takkan nak suruh cikgu tu pulak amekkan gambo kan. Last nak bergambar dengan cikgu tu pun aku lupa. 


Ni je satu-satu nya gambo yang sempat aku amek. 


Yang ikat rambut tu la Shane. Cikgu yang ajar aku tu.



Antara hasil craft Shane




Ni pulak hasil kerja aku. 
Boleh la kan untuk amatur cam aku. Shane cakap, aku punya kerja kemas.
^_^


Aku dah siap-siap beli 2 Passport Holder kit tuk practice kat rumah.
Dah siap nanti aku open for sale. 


Korang yang berminat dengan hamdmade stuff ni boleh follow blog dan FB Shane. Kadang-kadang dia open class. Kena alert la. Nak beli material dari dia pun boleh. 


Shane's Website : http://www.shanehandmade.com/

Wednesday, December 4, 2013

Journey To Motherhood.

Ok, mungkin ramai yang dah tau pun pasal berita gembira ni. Tapi aku takde la announce secara rasmi pun kat FB. Cuma ada la beberapa status aku yang kawan-kawan boleh agak aku pregnant. Aku upload gambar strawberry dengan caption "ini je yang mampu masuk tekak buat masa ni" pun diorg boleh teka. Hihihi. Hebat betul. Kat twitter pun aku memang ada update jugak kadang-kadang dan indirectly. Tapi twitter aku pun sape je yang follow. So siapa yang tau tu, tau je la. Yang mana tak tau, kira sekarang ni dah tau la kot. Hehehe. Alhamdulilah kandungan aku dah masuk 10 minggu. 

Berita gembira ni aku tau pagi hari raya haji. Lebih kurang dua minggu lepas aku balik bercuti dari Krabi. Kira baby Krabi la ni kot. Hehehe. Masa mula-mula dapat positif UPT tu aku macam tak caye. Ade la dekat 10 kali buat test. Aku ada update dalam blog satu lagi Journey To Motherhood. Tapi blog tu aku private. Lagipun takde apa pun cerita dalam tu selain dari citer pasal pregnancy aku. Takut korang boring pulak membacanya. Hehehe. Tapi kalau nak request follow boleh la tinggalkan emel korang. Sebabnya lepas ni semua pasal pregnancy atau anak aku nanti aku update dalam tu je. Mungkin la ade sikit-sikit yang aku akan import masuk dalam ni. Tapi tah la, tak decide lagi. Tengok cane. Hehehe.

Aku pun tak tau nak cerita apa sebenarnya. Sebenarnya banyak nak cerita dan dikongsikan tapi aku sekarang mengalami morning sickness yang teruk jugak la. Dah berapa hari aku tak kerja. Ni pun baru masuk office.  Er, tak tau la nak kata teruk ataupun aku yang manja mengada-mengada. Tapi serius aku tak larat sangat nak pergi kerja. Jangan kata nak pergi kerja. Nak buat kerja rumah pun tak lalu. Sampaikan nak mandi pun aku jadi malas. Hahaha teruk sangat dah tu. Actually kan, masa mula-mula pregnant hari tu, aku tak rasa pun morning sickness. Aku siap cakap kat laki aku.."yang betul ke i pregnant..tak rasa pape pun." Laki aku siap marah sebab aku ckp bukan-bukan. Aku siap mintak nak rasa morning sickness supaya aku yakin yang aku pregnant. Tah hape-hape tah. Sekali kan dah masuk minggu ketujuh, terus aku melepek je kat rumah. Dengan sakit kepala, rasa loya sepanjang masa, muntah, angin. Eh sume la rasa ada. Aku sampai tak tau nak describe rasa tu camne. Bila dah terbaring je tu, rasa menyesal pulak mintak nak rasa morning sickness. Macam ni rupanya rasanya. Rasain!

Paling tak tahan, aku angin je 24 jam. Bila aku google rupanya angin ni perkara biasa yang terjadi kat perempuan mengandung. Ooo baru la aku tau. Tapi serius la, teruk sangat weh. Angin 24 jam. Angin tu la yang menyebabkan pening, sakit kepala, loya, muntah. Kalau dah muntah tu, memang habis keluar semua isi perut tak tinggat secubit pun sisa. Itu yang buat tak larat. Kerja rumah, masak semua memang 100% la serah kat laki aku. Nasib baik la dapat laki boleh harap. Kalau tak, naya jugak aku dibuatnya. Sekarang ni aku cam dah ok sikit. Rasa loya tu biasalah still ada. Cuma aku dah boleh paham dah keadaan badan aku camne. Apa yang aku kena buat untuk elak rasa sakit kepala dan muntah-muntah tu. Boleh la nak bangun kemas-kemas dan masak sikit-sikit. Yang penting dah boleh nak pergi kerja. 

Ok la tu je nak cerita. Entry pregnancy nanti aku update kat blog satu lagi tu. Doa-doakan la aku dan kandungan aku sihat dan selamat. Dan semoga Allah memanjangkan tempoh pinjaman ni untuk aku. Baby dust to all TTCians member out there. Harap rezeki korang akan menyusul selepas ni. Aminnnnn. 

Thursday, November 7, 2013

Welcome.

Introducing our new family members;


Baby comel ni anak adik aku yang no 3 tu. Adik pada Zafira kalau korang ingat entry aku yang DULU ni. Lahir 5 November 2013. Ngam-ngam jatuh Awal Muharram. Baby tahun baru la kiranya ni. Nama belum ada lagi.  Hehehe. 

Alhamdulilah, keluarga makin besar. Makin meriah. Seronok la mak aku membilang cucu tetiap tahun. Sorang dah lepas. Insyaallah tahun depan 3 yang menunggu list. Stress mak aku nanti nak kena jaga cucu. Hihihi. 

Friday, October 18, 2013

Orang Lelaki Punya Kerja.

Aku dah kata laki aku memang rajin. Terutama sekali rajin basuh baju. Tapi ko tengok la sendiri pesen dia sidai baju macam mana.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Senang keje kan. Lempor je atas lantai. Lepas tu bukak kipas laju-laju. Aku punya tangga tu memang dah jadi ampaian dah beberapa bulan kebelakangan ni. Sebab kalau sidai baju kat luar, kadang-kadang lupa nak angkat. Nanti berhari-hari la baju tu tersidai je kat ampaian tu. Haish, sabo je la aku. Nasib baik la ni bukan baju aku. Ni baju bola budak-budak opis dia. Kalau baju aku dia buat camni, memang aku cubit perut dia. 

Thursday, October 10, 2013

Cerita Anniversary Semalam.

Ala, nothing special pun. Just pergi dinner je. Itu pun kat alamanda je sebab dekat dengan rumah. Lagipun aku dah beli tiket movie untuk semalam. Kata semalam hari Rabu. Hari rabu memang aktiviti kitaorang laki bini ialah tengok wayang.

Ha jangan tak tau ni baju yang kesepuluh aku tukar. Memang satu masalah aku bila nak keluar tak tau nak pakai baju apa. Sampaikan dah masuk dalam kereta pun, aku boleh keluar balik untuk tukar baju. Last-last pakai camni je selesa.


Dipendekkan cerita kitaoang pun sampai la kat Alamanda. Mula-mula plan nak makan kat TGIF. Tapi lepas dah sampai TGIF tu, aku ubah fikiran pulak bila nampak DOME kat sebelah TGIF. Nak rasa coffee kat DOME. Kata hantu coffee. Kalau nak tau, aku memang seumur hidup tak pernah makan kat TGIF mahupun DOME ni. Maklumlah orang kampung, selalu makan nasi campur je kat gerai. Tambah pulak laki aku memang tak masuk sangat makanan-makanan barat ni. Tapi takkan la anniversary ko pun nak makan nasi campur kan. Mestilah special sikit walaupun sebenarnya takde la spcial sangat pun. 


Ha ni yang aku nak cerita sket pasal semalam. Actually agak memalukan jugak cerita aku ni tapi bila fikir balik rasa kelakar pulak. Rasa bongok pun ade jugak. Memandangkan aku tak pernah makan kat DOME tu, elok lah aku tanya dulu waiter tu apa makanan yang best kat situ. So budak tu pun suggest la itu ini. Last-last aku order fish n chip je. Laki aku order beef steak. Air aku order confirm la coffee. Laki aku order air apa tah. 

Sementara menunggu makanan sampai.


Tak lama pun tunggu order aku sampai. Maybe sebab tak ramai orang kot. Ha masa ni la kejadian bongok tu berlaku. Mula-mula air aku sampai.

Ha nampak tak tangkai kat air tu.

Aku mula-mula rasa pelik dah. First time aku tengok cawan siap letak tangkai macam ni. Ke semua tempat makan mahal memang dia letak macam ni. Aku je kot yang jakun. Lepas tu siap ade niskut lagi dua ketol. Fungsi biskut tu untuk apa? Kena campur dalam air nak kasi sedap ke cemana?  Baru nak tanya kat budak waiter tu dia dah blah. Eh laju pulak ko blah ye tak sempat aku nak tanya. Ko jangan tak tau aku sampai ragu-ragu nak minum air tu. Takkan le kena angkat tangkai tu kan. Aku tanya laki aku, dia lagi la tak tau. Pastu dia wat bodoh je. Aku la terkulat-kulat je pandang air tu. Aku tahan je minum sebab takut kang terbuat perkara HINA. Aku siap whatsapp adik aku tanya camne nak minum air dengan menatang ni. Hahahaha bodoh gila. Eh bodoh takpe. Tapi jangan bodoh sombong. 


Ha nampak siap whatsapp lagi tanya kat adik aku.
Sekali adik aku lambat gila reply.


Tengok, aku sanggup x minum sebab tak nak malu.



Tengok la, makanan dah sampai pun air aku still macam tu.

Gigih aku rembat air laki aku sebab tak nak minum air aku tu. Hahahaha. Tunggu adik aku reply memang lambat gila. 15 minit lepas tu baru reply. Aku dah nak habis makan dah. Sekali dia pun tak tau sebab tak eprnah order.



Last-last kan aku dah bengang, aku try la cabut pemegang tu. Laaa sekali boleh je cabut pemegang tu. Masa mula-mula aku try tadi, cawan aku tu tengah panas. So susah sikit la nak cabut menatang tu. Dah lama sikit baru sejuk, senang je nak angkat. Rupanya memang la kena letak pemegang tu. Sebab dia guna GELAS, bukan CAWAN. Kalau cawan kan dah ade tangkai. Gelas mana nak datang tangkai. Air tu pun panas, camne nak pegang. Haiyaaaaaa. Yang diorang ni pun guna gelas kenapa. Gunalah cawan ke, mug ke. Takde la orang kampung cam aku ni jakun. Nasib baik aku tak buat PERKARA YANG AMAT HINA tu. Kalau tak, memang aku suruh laki aku tikam je la aku dengan garfu kat situ jugak. Hahahahahahaha. 

Nampak tak gelas aku dah bebas dari tangkai bongok tu. Hihihihi.
Baru lah boleh makan dengan senang hati.


Ha tu le ceritanya. Kan dah kata tak best pun. Sape suruh baca. Hihihi. Kesimpulannya, lain kali kena la selalu makan tempat-tempat cenggini supaya perkara hina tidak berlaku lagi. 

Sebelum balik sempat mintak waiter DOME tu amekkan gambar.

^_^

Wednesday, October 9, 2013

Dah Tiga.

9.10.2013 - Anniversary kitaorang yang ke tiga. Alhamdulilah.

Eleh, baru tiga tahun. Kecoh je. Hihihi. Tak kisah la berapa tahun pun, benda-benda sentimental camni kena direkodkan. Mana tau esok-esok dah tua aku dapat penyakit alzheimer ke, at least bila baca balik boleh la kembalikan ingatan zaman-zaman romantis dulu. Gituuuu. 

Takde apa pun aku nak gebang kat sini. Setakat 3 tahun apalah sangat. Ade orang lain celeberate anniversary yang 30 tahun pun relax je. Hehe. harap-harap kitaoang pun nanti berjaya la bertahan sampai anniversary yang ke 30 dan seterusnya. Insyaallah.

Gambo bebaru kawen. ^_^

Perasan tak aku jarang-jarang cerita pasal laki aku dalam blog ni? Eh ke ade aku cerita, tapi tak perasan. Hahaha. Tapi aku rasa cam jarang kot aku cerita pasal dia. Masa memula kawen je dulu ade sikit-sikit. Maklumlah memula kawen, jakun sket. Semua nak cerita. Laki aku letak spender bersepah-sepah pun nak update dalam blog. Hahahaha. Tah pape la. Dah lama-lama macam takde apa nak dicerita sangat sebab macam hari-hari buat rutin yang sama. Takkan aku nak cerita hari-hari benda yang sama. Bukan korang yang baca je muntah darah. Dengan aku sekali kang yang muntah baca blog sendiri.

Tapi, sempena anniversary yang ketiga ni, aku nak cerita sikit la pasal kehidupan kitaoang laki bini. Dah tiga tahun ada la benda sikit nak ceita. Tapi tak semua la boleh diceritakan. Aku pun tak suka sangat expose hal rumahtangga. Kalau bahagia, sendiri simpan sudah. Kalau derita apatah lagi. Gituuuu. Eh kang ada yang speku aku menderita pulak. Hahaha. Alhamdulilah, masih bahagia. Tapi bukan la sepanjang saat bahagia. Ada masanya kitaorang bregaduh jugak. Knowing me, aku memang jenis keras hati, keras kepala, tak nak mengalah punya orang. Laki aku pulak jenis happy go lucky. Kiranya aku dengan laki ni memang berbeza watak la.

Laki aku masa kurus. (May 2010) Sekarang?? Hmmmm. 

Tapi kan laki ni kadang-kadang beangin jugak. Cuma dia cepat sejuk & tak cepat melenting. Cuba kalau aku? Aku pulak jenis berangin sepanjang masa. Pesen tak boleh dibawak gurau punya orang. Cepat sentap. Contohnya, aku kadang-kadang suka pedajal laki aku. Time dia tengok tv, aku tutup mata dia. Dia naik tangga nak ke atas, aku tarik seluar dia. Bosan-bosan aku suka tumbuk perut dia yang boroi tu. Dia tengah mandi, aku tutup lampu. Nampak tak, aku suka buat benda bodoh. Hahahaha. Tapi kan, dia selalu relax je. Jarang la dia nak marah-marah. Cuba kalau dia buat kat aku macam tu. Mau mulut aku pot pet pot pet tak berenti membebel sampai lusa. Kena marah dah tentu punya. Pastu aku punya bebelan tu macam tak boleh berenti dia punya laju. See, teruk kan aku? 

Lepas tu kan, laki aku ni rajin. Eh aku pun rajin jugak. Tapi rajin aku ada time-time nya. Tiba time aku malas, ha memang aku melepek je la macam orang lumpuh. Kadang-kadang tu pinggan lepas makan pun, aku biar je depan tv. (kitaorang selalu makan depan tv je, jarang duduk kat meja makan. maklumlah berdua je. malas nak hidang-hidang bagai). Dan kalau aku malas, aku memang boleh biar je rumah aku tunggang langgang, pinggan mangkuk dalam sinki berhari-hari lamanya. (sape follow blog aku dari awal, tau la macam mana keadaannya time aku malas kan? hihi). Tapi kan, dah kawen ni rumah aku jarang la jadi macam tongkang pecah sebab laki aku dia tak boleh tengok benda bersepah-sepah. Yang bagusnya dia tak bebel pun kat aku suruh buat. Nanti dia buat sendiri. Hihihi. Contoh lepas makan aku malas nak basuh pinggan. Bukan malas, cuma aku nak buat nanti-nanti. Lepas tengok tv ke, lepas mandi ke. Buat jugak la cuma bukan time tu je. Tapi nanti, alih-alih je aku dengar keletang keletung kat dapur dia tengah basuh pinggan. Ade sekali tu aku turun je bawah lepas mandi, tengok dapur aku dah berkilat hokey. Pastu nanti mesti aku cakap "eh yang..siapa suruh u buat..kan i dah cakap i nak buat nanti" Hahaha. nampak tak permainan dia kat situ. 

Gambar seksi takyah nak besar sangat. Ni masa kemas rumah nak raya aritu.


Bab basuh baju pulak, aku punya pesen memang seminggu sekali je basuh. Tapi dia tak boleh. Biasanya dalam seminggu tu mesti paling kurang pun dua kali. Tapi disebabkan dia buat sendiri, so aku diam je la. Eh tak jugak. Kadang-kadang aku membebel marah dia sebab basuh baju campur-campur.Tak asingkan baju-baju tu. Kita biasa basuh baju kan mesti asing-asing. Yang color, yang baju putih, jeans, underwear. Tapi laki aku jenis humban je semua dalam mesin basuh. Orang lelaki punya kerja, tau je la. Memang kena bebel la ngan aku. Siap marah lagi " u lain kali tak yah la basuh baju. biar i je yang buat." Tapi nanti laki aku sound balik "nak tunggu u basuh tu, memang kena berbogel la i sebab takde baju nak pakai". Hahaha. Sentap tau aku kena sound macam tu. Tapi sekarang dia dah pandai asing-asing kan baju. Tapi dia cuma asingkan baju aku dengan baju dia je la.


Gambar raya aritu. Eh baru perasan aku takde update entry pasal raya.


Lagi satu perbezaan kitaorang yang ketara ialah, laki aku jenis peramah dan pandai bawak diri. Aku pulak jenis memang tak ramah langsung, sombong sikit, lepas tu susah gila nak masuk ngan orang. Tapi laki aku relax je dengan sume orang dia boleh. Ko bayangkan dia lagi rapat dengan sepupu2 aku yang lelaki. Macam aku pulak orang luar. Lepas tu pandai amek hati orang tua. Dengan pakcik makcik aku pun dia lagi rapat. Aku?? Memang keras kejung la kalau jumpa sedara mara dia. Actually dengan FIL aku pun aku tak reti sangat nak bergurau beramah mesra. Ah, jangan kata dengan FIL, dengan sedara mara sendiri pun macam tu. Entah lah, aku memang ada masalah sikit bila bergaul dengan orang. Kadang-kadang tu aku lagi suka diam sebab takut salah cakap. End up memang orang akan cakap aku sombong la. Cuma yang dah kenal aku je tau.



Dengan budak-budak pun dia pandai layan. Aku serius weh tak reti layan budak. Lagi la kalau budak yang jenis nakal dan lasak. Kalau anak buah sendiri aku ok je. Cuma dengan anak orang tambah pulak anak orang yang aku tak rapat, memang aku pandang sepi je la kat budak tu. Hihihi. Sometimes kalau ade budak kecik datang kat aku, aku dah menggelabah tak tau nak buat apa. Aku ni dah la jenis cepat nak melenting je. Buat nya anak orang tu ada buat salah sikit kang, tak memasal je aku marah. So daripada aku sakitkan hati orang, baik aku buat tak tau je. Gitu la prinsip aku. Tapi laki aku dia jenis layan je. Pernah ade sekali anak orang tu siap panjat-panjat kepala dia, dia bley layan lagi. Kalau aku, mau dah bergegar rumah aku aku bertempik. Hahahaha. Aku syak, nanti kalau aku ada anak tak mustahil anak aku akan lebih rapat dengan laki aku daripada aku. Confirm.



Masak pun sekarang dah jadi kerja laki aku. Hahaha. Ape punya pemalas la bini. Bukan apa, laki aku lagi cekap memasak dari aku. Yang ni memang aku mengaku la. Aku kalau masak memang makan masa. Jenis buat kerja nak sempurna. Kalau boleh time masak tu tak nak langsung dapur bersepah. Kotor sikit terus lap. Ater, bila nak sudah masak nyee?? Laki aku memang pantas. Dia potong bawang pun lagi laju dari aku. Siang ikan? Memang aku tak pernah buat la. Aku sanggup masak ayam hari-hari dari kena siang ikan. Hihihi. Dan semestinya, masakan laki aku lagi sedap la dari aku. Kiranya kalau aku sakit ke, berpantang ke nanti, boleh la nak harap kat laki aku.


Bukti laki aku memasak.

Eh ingat aku malas sangat ke? Ni pulak bukti aku pun rajin masak tau. 

Eh apa ni, makin panjang entry makin banyak pulak membongkar kelemahan diri. Takpe, kali ni kasi can kat laki aku. Sebagai tanda penghargaan kat dia sebab selalu tolong aku rumah. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi takpelah, simpan tuk update anniversary keempat, kelima dan seterusnya. Hihihi. Eh tapi jangan ingat aku ni bini tak guna pulak. Kalau tak guna, takkan la laki aku dari berat 55kg dah jadi 75kg? Haaa, nampak tak siapa yang pandai jaga siapa. Tu kira bukti la tu laki aku gembira dan bahagia. Garang-garang aku pun kadang-kadang aku boleh jadi baik sesangat tau. Tapi tu la, bak kata Fynn Jamal, "aku punya manja kau saja boleh rasa...RAHSIA KITA BERDUA. ^_^

Ok cukup dulu entry ni. Kang korang muntah pulak baca aku dok puji suami sendiri. Macam laki kau je baik kan? Eh ade jugak yang tak baik. Tapi perlu ke aku nak bagi tau korang? Yang baik-baik je kita hebahkan. Yang tak baik aku sorang je tau. Manusia, mana ada yang sempurna. Nak laki baik alim bagai, dah cermin diri kau tu macam mana? Pada aku, pasangan kita tu adalah reflect kepada diri kita sendiri. Kalau aku nak kata laki aku tak baik, maknanya ada la jugak perkara yang tak baik dalam diri aku. Yang penting terima seadanya. Aku selalu kalau bengang ke, marah kat laki aku, aku selalu tengok balik diri aku. Aku sendiri pun banyak kelemahan, so tolak ansur la kalau laki aku pun ade kelamahan dia. Walaupun kadang-kadang ada benda yang aku rasa..ishhhhhh, geram gileeeeee rasa nak marah pun sampai tak keluar perkataan. Nasib baik la kan kuasa talak orang lelaki pegang. Kalau pompuan pegang, mesti dah kena cerai talak 80 dah kali aku. Ye la, gaduh kecik-kecik pun nak kadang sampai nak mintak cerai. Hahahaha. Pompuan kan, emosi lebih. Eh, ke aku je yang macam tu. Korang tak kot? *tangadibahumatapandangatas.

Terima seadanya dan sentiasa ingat, takde manusia perfect dalam dunia ni. Ikut la, mungkin kita dapat pasangan yang lebih kat sini, kurang kat sana. Atau kurang kat sini, lebih kat sana. Rezeki orang berbeza. Kenalah selalu bersyukur. Macam kita bersyukur sebab duduk di bumi Malaysia yang amannnnnn ni. Eh??? 

Ok la, to my husband (kalau dia baca la blog aku ni, dia bukan rajin pun baca blog-blog ni) : HAPPY ANNIVERSARY. Semoga kasih sayang antara kita sentiasa mekar ke hujung nyawa. Love U!

Friday, October 4, 2013

Bajet Trip - Krabi [Entry Khas - Banana Pancake]

Ramai orang cakap kalau pergi Krabi atau Phuket, wajib try diorang punya pancake. Pancake ni jangan ko bayangkan macam pancake kat mcdonald atau ala-ala mat saleh punya tu. Sebenarnya pancake ni lebih kurang macam roti pisang atau murtabak pisang la kat Malaysia ni. Dia akan uli tepung tu macam roti canai tapi dia buat nipis-nipis. Then letak la pisang pisang kat belah dalam. Pastu topping la dengan coklat ke, nutella ke. Banyak la topping nya. Macam-macam. Pilih je mana nak. Tapi bagi aku yang paling sedap ialah Banana pancake + nutella. Sumpah sedap nak mampus.

Banana pancake + nutella

Ok aku nak cerita sikit gerai pancake yang sedap kat Krabi ni. Memang nasib aku baik agaknya, first time makan pancake aku terus dapat beli yang sedap punya. Ceh, mana ko tau gerai tu sedap sedangkan ko tak pernah pun rasa pancake sebelum ni? Gerai lain tak sedap ke? Ok sebenarnya aku tak tau pun gerai tu jual sedap ke tak? Kat situ ade 3-4 gerai yang jual pancake. Tapi gerai yang satu ni aku tengok ramai orang dan meriah sikit la. Even masa first time beli tu ade sorang minah saleh tegur aku. Aku translatekan je la eh. Hihihi. Dia tanya aku pernah makan pancake ke. Aku cakap la ni first time. Then dia cakap, she's the best. Merujuk kepada makcik yang buat pancake ni la. So bila mat saleh tu cakap macam tu, aku pun makin konfiden la pancake makcik ni sedap.

Ni la makcik pancake yang sedap tu. Makcik ni pandai cakap melayu sikit-sikit.

Then bila aku makan, memang sedap weh banana pancake ni. Memula aku order banana pancake + coklat. Then kawan aku order banana pancake + nutella. Personally memang banana pancake + nutella ni lagi sedap la. Yang coklat tu biasa je. Kitaorang order 3 banana pancake ni. 

Ok location banana pancake ni jauh sikit la dari hotel kitaorang. Memang kena naik motor. Dari Aonang Goodwill tu korang jalan terus menuju ke pantai. Then sampai kat ujung jalan kat pantai tu belok kanan. Dah belok kanan tu korang terus je. Terus lagi nanti jumpa sign Krabi Resort belah kiri. Then terus je lagi. Sampai la korang jumpa ade gerai-gerai jual makanan belah kiri. Depan gerai tu tempat hotel-hotel 4 & 5 star.

Ni dia sign Krabi Resort tu. Dari sini korang terus je.
Pastikan sign Krabi Resort ni belah kiri korang ye. 

Pemandangan waktu malam. Kat sini ade macam-macam gerai. First day tu kitaorg dinner sini je



Pemandangan waktu siang pulak.

Ha tu dia, tolong ingat gerai ni ye.


Senarai harga.




Ok kat sini aku try 4 jenis banana pancake. Banana pancake + nutella, banana pancake + coklat, banan pancake + cheese & banana pancake + peanut butter. So far terpaling sedap ialah banana pancake + nutella & banana pancake + cheese. Yang cheese tu dia tambah susu pekat sikit kat atas pancake tu. Memang sedap gile. Actually banyak perasa pancake ni. Aku tgk orang thailand banyak order pancake crisp. Tapi aku tak tergerak pulak nak cuba. Maybe korang boleh la nak try tengok sedap ke tak.  Sorang satu pancake ni memang tak cukup weh. Dah la pisang nya sedap. Manis dan berlemak. Makin bertambah-tambah sedap la bananan pancake tu.




Tambah pulak dapat air kelapa. Memang nikmat ok.

Kitaorang dua hari berturut-turut dok makan pancake ni. Hari ketiga pun kitaorang datang lagi, tapi malangnya makcik pancake tutup pulak. Huwaaaaaa. Maybe sebab hari tu hari jumaat kot. Sedih tau. Ikutkan hari-hari nak makan pancake. Ye la, kat Malaysia takde camni. Last day tu pun sebelum balik, aku sempat singgah cari makcik pancake tu. Tapi takde jugak. Tak tau la dia belum bukak atau tak meniaga hari tu. Sebab last day tu aku dtg awal dalam kul 10 pagi. Yang hari jumaat tu memang dia takde. So kecewa la jugak last day tu xdapat menikmati pancake for the last time before balik KL. Last-last aku beli je kat gerai sebelah. Ade jugak jual pancake. Tapi tak sesedap makcik tu. Aku makan tak habis pun pancake beli dari gerai lain tu. Jadi betul lah mat saleh tu cakap kat  aku she's the best. So korang kalau gi Krabi boleh la try cari makcik ni ok. Kat menu tu ade no phone. Maybe korg boleh call dulu sebelum datang sbb takut dia tak meniaga. Kang hampa je perasaan korang.

Cukup la sampai sini dulu entry pancake ni. Buat aku terliur je. Btw, ni pendapat peribadi aku je kata pancake ni sedap. Kalau korang rasa tak sedap, maafkan daku ok. Hehehe. Maklumlah, lain tekak lain rasanya kan. Kot-kot korang ade tempat pancake lagi sedap pun boleh jugak share ok.