Monday, January 28, 2013

30 things to do before i turn 30.

25 hari lagi birthday aku yang ke 29. Dammmm! This year gonna be a last year of my twenties. OMG! I can't believe it. Kenapa aku still rasa macam umur 21 tahun? Tak sedar diri ke apa ni? Hahahaha. 

Ok la, since this year adalah tahun terakhir aku celebrate birthday dengan angka '2' di depan, aku decide nak buat 'list to do' sebelum umur aku menjangkau 3 series. Sebabnya sepanjang aku hidup selama dekat 29 tahun ni, banyak benda yang aku nak buat still tak tercapai. Sebabnya? Hmm, malas maybe? Or sebab aku fikir aku muda lagi kot. So banyak lagi masa boleh buat. Sedar-sedar dah nak masuk 30. Demmit! 

So here is my list, and aku akan cuba pastikan semua list aku ni tercapai. Caye tak? Hehehehe



30 Things I Want To Do Before I Turn 30

#1. Naik Bukit Broga. (ok ini sebenarnya aku punya list sejak tahun 2010 lagi. laki aku dah bape kali janji nak pergi, sampai sekarang dah dekat 3 tahun kawen, bayang-bayang bukit broga pun aku tak nampak. nak tunggu bukit tu runtuh ke cemana ni? so this year, kalau dia tak nak pergi, aku pergi sorang!)

#2. Organized my picture & album lama-lama and buat satu sudut for my album gambar. oh yes, that include to scan all my old pic and save on my computer. 

#3. Marathon movie. Sepanjang hari tu, aku cuma nak tonton wayang saja. Dari pagi membawa ke malam non stop! (movie yang kat wayang saja, bukan layan DVD atau astro)

#4. Trying new recipe. Nak mencuba resipi baru yang ada dalam buku masakan yang aku beli banyak-banyak tu. At least 30 resipi. 

#5. Go to sewing class. Perasan tak aku cakap nak belajar menjahit ni sejak bila? dari 2008 right? sampai sekarang nan hado. But this year, i will!! (sambil tumbuk meja dengan penuh perasaan)

#6. Taking MUET test. (Nak sambung belajar kengkononnya.) 

#7. Learn new languange. Japanese maybe? (actually aku dah pernah amek kursus belajar bahasa jepun ni, tapi tak habis. belajar basic je.)

#8. Kelas Bahasa Inggeris. (berangan nak keje oversea kaedahnya, tapi bahasa inggeris aku nan hado. so kena belajar dan bersedia dari sekarang)

#9. Go to Disco Skating.

#10. Khatam Quran

#11. Makeover bilik & ruang menonton tv.

#12. Settlekan hutang credit card. (blame all the online shopping!)

#13. Visit at least one europe city. 

#14. Menonton teater kat Istana Budaya. (tak kisah la apa-apa pun teater pun, janji pergi)

#15. Go to 3D Museum kat I-City Shah Alam

#16. Repeat USS. This time aku nak naik semua roller coaster yang ade kat USS tu.

#17. Bungee Jumping. Ok yang ni aku tak sure nak letak ke tak, sebab aku memang takut dengan ketinggian. Gayat. Takut-takut belum terjun lagi aku dah pitam. Acane?? Tapi takpelah, letak jugak dalam list. Kot-kot la berubah fikiran. Kalau try pun bungee jump yang kat Sunway Lagoon kot. Kalau kat Macau yang macam Sazzy Falak buat tu, ko ugut bunuh aku pun aku tak nak buat. Hehe

#18. Baking. Nak try buat Red Velvet, Pavlova & Kek Lapis.

#19. Read more books. At least 30 books.

#20. Make my Wall of 2013. Sepetutnya dah start awl tahun hari tu, tapi belum sempat buat. Nak buat satu dinding kat rumah aku ni (maybe dekat ruang menonton yang aku plan nak makeover tu) penuh dengan gambar dan anything related with this year. Tiket wayang ke, kad jemputan ke or whatever. First thing kena tempat soft board yang besar punya. (aku takut mende ni sampai hujung tahun tak siap-siap) hehehehe.

#21. More exercise & get my 6 packs. Tak dapat 6 packs, janji perut flat pun dah ok. :)

#22. Organized my wardrobe. Baju-baju yang tak pakai akan ku sedekahkan pada orang.

#23. Keep adding money to my savings

#24. Do more craft things.

#25. Bercuti di Pulau Perhentian.

#26. Belajar berenang. Sejak tengok citer The Imposible hari tu, terus rasa betapa pentingnya belajar berenang ni.

#27. Make a patchwork blanket.

#28. Go to make up class.

#29.

#30.


Ok, itu saja list yang mampu aku fikirkan buat masa ni. Ade 2 lagi tempat kosong yang belum aku fikirkan. Nanti dah ade, aku update. Korang punya list macam mana? Well, it's not too late to make a list. ^_^



1 comment:

  1. menarik2....aku je belom post entri lagi~ hehehe~

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..