Wednesday, January 30, 2013

Being a TTCians.

TTC - Trying To Conceive.

Dulu, jangan kata makna TTC ni yang aku tak tahu. Dengar perkataan TTC ni pun tak pernah. Memang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku pun perkataan TTC ni. Sangat asing bagi aku. Apatah lagi nak memikirkan yang aku akan tergolong dalam golongan TTCians ni. 

Memang, setiap orang yang dah berkahwin mesti mengharapkan untuk dapat anak. Bohong la kalau ade married couple yang memang langsung tak nak anak. Aku, walaupun masa nak kawen dan lepas kawen tu aku takde memikirkan sangat pasal anak, tapi still ada rasa nak. Setahun pertama memang aku takde rasa apa-apa pun kalau orang tanya. Ye la baru lagi. Setahun je kot. Orang lain lagi la bertahun-tahun struggle nak dapatkan anak. Lagipun aku sedar, benda-benda macam ni di luar kuasa aku. Walau macam mana aku berusaha pun, kerap mana aku main ngan laki aku pun, posisi mana pun aku cuba, jumpa pakar ke apa, kalau Tuhan tu kata belum, maka belum la. 

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal perasaan aku being a ttcians ni. Aku tak suka nak tunjuk emo-emo aku kat orang. Aku tak suka nak mintak simpati orang. Aku tak suka nak mintak orang faham keadaan aku. Tapi, bila aku diam, bila aku buat tak tau je, orang anggap aku ok. Orang anggap aku tak kisah kalau benda-benda macam ni dibawa bergurau. 

To be honest, pada mulanya aku memang tak memikirkan sangat benda-benda sensitif ni. Even kalau orang tanya ke, bergurau ke pasal benda ni, aku ok je walaupun kadang-kadang gurauan tu pada aku agak melampau. Contoh gurauan yang selalu aku dapat. (ni biasanya dari kaum lelaki) "eh takde lagi ke? berapa lama kawen? salah teknik kot" "la takkan takde lagi. husband tak pandai main kot" "ni mesti salah posisi ni" "tak cuba pergi berurut ke?" "ko ni banyak bela kucing, mmg susah nak pregnant"

Dan bermacam-macam lagi sebenarnya pertanyaan yang aku dapat. Sometimes aku paham, orang cuba nak bersikap ramah dengan aku. Ye la, kalau terserempak dalam lif ke, terjumpa kat kedai makan ke, mesti la orang nak tegur kan. Nak tunjuk peramah. Tapi tak kena soalan. 

Betul kata Miss Jay, dah kawen ni memang orang akan tanya soalan pasal anak. Pertanyaan pasal anak ni dah jadi macam tanya khabar pulak. Tapi kan, pada aku lebih elok ko tak payah tegur aku kalau pertanyaan kau tu hanya mengundang rasa sakit hati aku. Tapi ye la, orang-orang macam ni mana nak faham. Pada dia ttcians macam aku ni sensitif tak pasal.

Ok la, aku mengaku sejak akhir-akhir aku memang sensitif sikit walaupun aku sebenarnya redha apa yang tuhan tentukan untuk aku. Bayangkanlah aku dikelilingi kawan-kawan yang pregnant. Boleh dikatakan 80% kawan-kawan rapat sekeliling aku yang pregnant. Geng ANL aku 3 orang pregnant. Ade sorang lagi dah dapat baby tahun lepas. Kawan-kawan rapat aku pun 4-5 orang pregnant. Ade yang mengandung anak kedua dah pun. BFF aku yang sama ttcians ngan aku pun sama jugak, dah sampai rezeki dia. Sepupu sepapat aku pun ramai gak yang pregnant. Belum masuk kat opis ni lagi. 

Surrounding by people yang pregnant ni, how can i pretend that i'm ok? How can i pretend that i'm not sad? How can that i pretend yang aku tak terasa?  Jumpa kawan ni, dok cerita pasal nak beli barang baby. Jumpa kawan tu, tunjuk perut soh pegang. Bukak FB, kawan-kawan dok post gambar scan baby. Post pasal pergi checkup la, post pasal alahan mengandung la. Dok komplen penat sakit sana sini. Post gambar susu yang kau pam la. Lepas tu post status bersyukur dengan kebahagiaan dan nikmat yang tuhan kurniakan untuk ko. Kalau kau betul-betul bersyukur, tak perlu pun nak post benda-benda macam tu kat FB. Buat sujuk syukur lagi baik. Post kat FB sebab nak tunjuk yang hidup ko tu sempurna? Bahagia? Dapat rahmat dari Allah? Macam la kehidupan orang lain tak sebagus kehidupan ko. Ye aku paham, FB ko sukahati ko la kan. Tapi sesekali be more sensitive. Tak semua orang boleh merasa kebahagiaan dan kegembiraan yang ko rasa tu. Silap-silap mengundang rasa menyampah kat orang.

Jangan mengharap orang akan rasa kegembiraan yang kau rasa kalau kau sendiri tak boleh nak rasa kesedihan orang lain. Kau nak orang kongsi apa yang ko rasa, tapi ko sendiri tak boleh nak rasa perasaan orang lain. Its not fair, ok.

Yes, aku happy kawan-kawan aku semua pregnant. Korang tak perlu rasa kesusahan macam aku rasa. Tapi, aku pun ade hati dan perasaan. Takkan la sikit pun aku tak boleh nak terasa kan? Takkan sikit pun aku tak sedih? Nak suruh aku gembira sepanjang masa ke? Happy nya sebab takde anak. Macam tu? Aku tak dengki pun. Dah rezeki ko, semua dipermudahkan, aku terima. Macam aku nak kena usaha lebih sikit, pun aku terima. Tapi please la jangan nak memperkotak katikkan perasaan orang-orang macam aku ni. Kalau kau menyampah tengok ttcians macam aku ni sensitif tak tentu pasal, aku pun menyampah tengok ko tak habis-habis citer pasal pregnancy atau susu yang kau pam tu. Aku rasa takde motif lain pun ko nak post benda-benda macam tu selain nak tunjuk riak. Pergi jahanam kalau ko rasa benda tu boleh memotivate kan orang lain. Orang menyampah, tahu!

Ni la sebab aku malas nak update pasal TTC ni. Sebab aku takut aku emo. Aku tak suka tau tunjuk perasaan sedih ni sebenarnya. Macam bodoh je rasanya. Tapi semalam, memang aku dah tak boleh blah sangat-sangat. Mungkin jugak disebabkan aku dikelilingi manusia-manusia yang membawa manusia lain dalam perut, membuatkan aku stress. Selama ni seboleh-boleh aku cuba postitifkan diri, tapi nampaknya semalam gagal pulak. Berapa lama aku nak tahan? Dapat pulak jenis kawan yang tak reti nak jaga hati orang lain. Memang dasar mulut longkang. Hati pun cam longkang. Dah sakitkan hati aku, say sorry pun takde. Aku pun tak hadap sangat nak ade kawan macam ko. Mungkin pada ko, apa yang ko cakap tu benda kecik. Tapi pada aku tu perkara besar! 

No, its not not having a baby is a big problem, tapi ade manusia-manusia yang tak reti jaga hati orang lain ni, yang jadi masalah besar bagi aku. Yang jenis pentingkan diri, yang rasa diri dah dah cukup sempurna, yang rasa Allah lebih sayangkan dia ni sebenarnya masalah besar pada aku. In fact, aku dah tak fikir sangat pasal rezeki nak ada anak ni. Aku dah berusaha, sekarang masa untuk berserah dan redha. Tapi kenapa la manusia-manusia macam ko ni tak paham. Kata kawan aku : "Anak-anak tu memeng rezeki, tapi pinjaman, belum tentu kesempurnaan. Setiap pinjaman ada ujian dan kifarahnya" 

Ok la, mungkin perasaan takde anak, kau tak paham. Cuba bayangkan macam ni je la, mak bapak ko takde, tapi kawan-kawan ko semua ada lagi mak bapak. Lepas tu dalam group whatsapp, kawan-kawan sibuk la bercerita pasal rindu kat mak bapak la, rindu nak balik kampung, rindu nak rasa masakan mak, time raya semua sibuk bercerita pasal persiapan raya dengan mak bapak. Tapi ko yang takde mak bapak ni, tengok dan baca je convesation diorang tu, ko rasa apa perasaan ko? Just imagine sendiri. Tak payah bagitau aku pun takpe.

Entahlah, aku malas la nak cakap lagi. Dah panjang lebar pun aku tulis. Ikutkan banyak lagi dah tersimpan dalam hati ni. Tapi entalah, bersyukur jugak aku sebab skrg ni aku dah tak reti nak susun ayat macam dulu-dulu. Banyak aku karang tapi simpan dalam hati je. Ni je yang termampu nak luahkan. Kalau tak paham jugak, tak tau la nak cakap apa. Ha tak payah nak sentap sangat baca entry ni. Nak jadi sensitif dan sentap macam aku jugak ke? Tak nak kan? 

Ni aku paste satu entry yang paling suka from Miss Jay. Sila baca dan fahamkan. Tak nak baca entry aku takpe, tapi baca la entry ni.

Everyone's Lifestyles are Different



Nota tambahan:

Aku sebenarnya takde masalah kalau orang nak cerita pasal excited nak dapat baby, cerita pasal barang-barang baby atau post macam-macam pasal anak ko. Aku faham, kadang-kadang bila kita excited, bila kita happy, kita nak orang rasa apa yang kita rasa. Aku faham itu semua hak masing-masing. Semua orang ada hak nak share kegembiraan sendiri. Tapi, kalau aku boleh faham semua tu, kenapa korang tak boleh nak faham orang-orang macam aku? Is it a sin for being sensitive? Samada aku yang terlalu sensitive atau korang yang tak sensitive langsung? It's ok not to understand, but please be more sensitive dengan isu-isu macam ni. Itu je aku mintak. 

4 comments:

  1. babe kalau tweet aku ada mengguris hatimu mohon maaf yer babe

    mmg tak sengaja and tak de tujuan pun nk show off psl pregnancy ni

    lgpun aku ada kwn yg dh kawen 7 tahun pn still tak pregnant jd aku mmg berhati2 kalau nk tweet psl benda2 ni sebab aku tao ada hati kawan2 yg perlu aku jaga

    ReplyDelete
  2. sokong ni, ada orang yang tak sensitip ingat kita tanak anak ke..

    ReplyDelete
  3. saya rasa apa yang akak rasa...tapi tak terluah... org2 mcm kita je tau bertapa sensitifnyer hati kita ni...

    ReplyDelete
  4. babe... aku setuju entry Miss Jay ni. Kadang rasa nak hide je gambar-gambar ka, status ka yang diarang sibuk post kan tu. huhu.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..