Friday, February 8, 2013

Cerita Anak Bulu.

Dah lama aku tak ceritakan pasal anak bulu aku kan. Hari ni entry khas untuk anak-anak bulus ku. Sekarang ni, meow aku tinggal 5 ekor je. Doddy, Bella, Chibby, Merong & Baby.

Doddy & Bella. Hitam sungguh Doddy tu sampai tak dapat kesan muka dia.
Bella masa ni tengah bunting lagi.

Merong.

Chibby

Baby

So ini je la yang tinggal dan akan aku bela. Baru-baru ni aku 'kasi' kan Merong ngan Chibby sebab tak tahan diorang asik kencing merata je. Yer la, kucing dah nak mengawan, memang buat perangai macam tu. Habis dia kencing kat rumah aku. Nak tanda kawasan kot. Last-last aku fed up, terus aku bawak vet 'kasi' kan diorang. Memula cam kesian gak la, tapi kalau dah macam tu, baik kasi kan je. Satu hal pulak aku nak bersihkan rumah. Lagipun kalau beranak nnt kesian pulak kat anak-anak kucing tu. Siapa nak bela kan? Tapi, sempat jugak la si Chibby ngan Merong tu tala si Bella tu. Dah la Bella tu mak diorang. Sanggup diorang buat sumbang mahram. Kesian Bella. Aku yakin latest anak-anak Bella ni bukan hasil dia dengan Doddy. Sebab takde sekor pun kaler hitam. Aku syak anak tu hasil sumbang mahram Chibby atau Merong dengan mak dia. Ish ish ish. Tapi anak diorang comel-comel tau.

Doddy pun aku plan nak 'kasi' kan tapi tak sempat. So sekarang ni Doddy memang berkeliaran kat rumah rumah. Memang aku tak bagi masuk. Doddy punya perangai, sambil lalu je dia pancut. Memang tak guna punya si hitam. Ade sekali tu dia boleh kencing dalam handbag aku. Memang berangin gila aku. Start dari tu terus aku haramkan dia masuk rumah. Sebelum tu ade jugak dia masuk, sebab aku kadang-kadang kesian. Tapi bila tengok perangai dia camtu, terus diharamkan. Dia pun bukan suka dok dalam rumah. Masuk rumah semata-mata nak pancut je. Geram betul aku. Sekarang ni keje dia dok luar je, merayau macam bohjan. Dah la garang gila. Kalau ada kucing lain datang, memang kena pukul la dengan si hitam tu. Tapi kan bagusnya Doddy ni, dia paham bahasa. Sekarang dia tak berani masuk rumah. Ade sekali tu aku bukak pintu, dia tak masuk pun. Duduk je depan pintu tu pandang aku. Hihihi. Kesian pulak. Tapi nak buat camne. Kebersihan rumah pun kena dijaga. Dia pun lagi suka kot bebas berkeliaran kat luar tu. Tapi dah rupa kucing jalanan pulak si Doddy ni. Comot sebab dah lama tak mandi. Time lapar, pandai balik rumah. Satu lagi perangai Doddy ni, kalau makan mesti nak berteman. Kena dok sebelah dia, baru dia nak makan. Belai-belai dia. Mengada kan? Muka bajet ganas, tapi dalam hati ada taman. 

Now, kucing aku dah bertamabah sebab Bella dengan Baby dah beranak. Selang seminggu je dioang beranak. Anak Bella kali ni banyak gila, 6 ekor. Tapi sekor mati. Anak Baby pulak sekor je. Baby pun satu hal, tah dengan siapa dia main tah. Tau-tau dah beranak. Dah la beranak kat rumah orang. Nasib baik anak dia sekor. Dan nasib baik jugak anak dia ikut bulu dia yang marble tu. So nampak cantik la sket sebab spesis Baby ni bulu tak kembang macam anak-anak Bella. Anak-anak Bella memang cantik. Gemok-gemok macam merong masa kecik-kecik dulu.

Tadaaa! Tu dia anak-anak Bella & Baby.

Aragorn tu anak Baby. Yang lain-lain anak Bella. Aku namakan diorang sempena cerita The Lord Of The Ring. Hehehehe. Comel kan? Aku rasa nak picit sekor-sekor. Paling comel sekali yang Smeagol tu. Sekarang dah mok mok lagi la geram. Yang Smeagol tu mak mertua aku dah cop nak bela. Yang lain-lain aku bagi kat kawan-kawan je. Kali ni tak jual la kot. Bagi free je, janji boleh jaga dengan elok dan sayang diorang. 

Masa diorang baru-baru lahir kan, aku letak la asing-asing Bella dengan Baby ni. Tapi bila aku balik, mesti anak Baby dah ade dalam kotak Bella. Bella tamak gila, anak kucing lain pun dia nak hangkut sekali. Kesian Baby cari anak dia. Baby ni dah la baik, tak macam Bella yang garang tu. Sekarang ni dah letak diorang sekali, macam share-share anak pulak. Kadang-kadang Baby susukan anak Bella, Bella susukan anak Baby. Suka hati je kan. Anak-anak diorang pun main hentam je tetek siapa. Janji dapat meyusu.

Tengok tu, anak Baby kat Bella, anak Bella kat Baby.

Relax je Bella tengok anak dia menyusu ngan ibu lain. 

Aragorn.

Legolas.

Gandalf.

Frodo. Frodo ni pemalas. Keje dia tido je.

Smeagol (belakang) & Gollum (depan).

Me & Smeagol.

Rasa nak picit tak?


Tak lama lagi dah boleh la bagi diorang kat tuan baru. Harap-harap tuan baru diorang nanti boleh sayang dioang macam mana aku sayang kucing-kucing aku walaupun keje bersihkan kan diorang laki aku yang buat. Hehehe.

4 comments:

  1. geramnya tgk....grgrgrgr...nak sekor

    ReplyDelete
  2. Mak ai, bahagianya hidup dikelilingi kucing yang gebu. Banyak lak tu. Kalau tidur peluk syok gak. Lenyek-lenyek sampai pengsan.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..