Wednesday, February 13, 2013

Jodoh & Takdir.

Tadi dok sibuk layan gosip pasal Fizz Fairuz dengan Almy Nadia kat Forum Cari, aku tertarik dengan satu comment dari forummer ni. Comment dia pasal jodoh dan takdir. Aku cuma nak highlight kat sini pasal jodoh dan takdir tu. Bukan pasal Fizz dengan Almy tau. :)


       "Allah tak tetapkan jodoh, manusia sendiri yang pilih jodohnya. Kebanyakan orang Melayu Islam suka bercakap tentang takdir, tapi pengetahuan tentang takdir tak mendalam. Yang ditulis sejak azali ialah apa dan siapa yang dipilih oleh manusia, kerana Allah SWT tahu sejak azali siapa yg akan dipilih oleh manusia sebagai jodohnya, kerana Allah mengenal manusia lebih dari manusia kenal dirinya sendiri. 

Apakah dengan tertulisnya pilihan manusia itu, maka dia tidak boleh memilih orang lain? Sudah tentu boleh. Pastinya juga ada takdir yang telah ditulis tentang Fizz SEKIRANYA dia MEMILIH untuk berkahwin dengan Almy. Takdir ni bukan satu je yang ditulis, tapi ada banyak cabang, selagi namanya Qada'. Apa akan jadi bila Fizz pilih Almy, ada takdirnya. Kalau pilih Azlyn, ada takdir yang lain. Kalau pilih tak kawin pun ada pula takdir lain. Dan bila Fizz dah buat pilihan, jadilah Qadar, ketetapan yang telah berlaku, dan tak boleh diubah lagi. Apakah pilihan Fizz itu betul, salah atau terbaik? Itu belum pasti. Hanya Allah yang tahu siapa pilihan terbaik buat Fizz, oleh sebab itu, orang Islam disarankan bersembahyang istikharah untuk ditunjukkan yang manakah pilihan terbaik.  

Allah benarkan pilihan manusia, biarpun yang buruk, bukan kerana dia suka, tetapi kerana kebebasan manusia untuk memilih. Setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan pada manusia di akhirat. Itu sebab Nabi pernah kata,”PILIHLAH isteri kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mengatakan jodoh Allah yang tentukan tu sebenarnya salah dalam konsep Qada' dan Qadar. Manusia diberi kebabasan untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya. Dalam kes ini, jodoh itu dipilih oleh Fizz sendiri. In a relationship, menuju pada perkahwinan, you both have to want the same thing. Di sini, Fizz mmg tidak piilih Almy, sebaliknya Azlyn, dan Azlyn pun pilih untuk terima Fizz. Kalau tak nak, apa pun tak jadi. 

Memang ada kes di mana Allah tak beri keizinan untuk satu pasangan bersama, contohnya, lelaki A dan perempuan B dah pilih untuk berkahwin, sama-sama hendak antara satu sama lain. Tapi datang pula faktor luar yang tak dapat dikawal, contohnya lelaki A accident patu meninggal, maka ini ialah kes di mana Allah tidak izinkan pilihan itu berlaku. Yang ini baru takdir terlibat ya. Bagi aku, mengatakan 'tak ada jodoh itu' perbuatan lepas tangan terutamanya bg pihak yang 'tidak mahu' hendak menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan masing-masing. 

Dan kalau Allah izinkan pasangan yang dipilih manusia itu, tidak bermakna itu ialah pilihan terbaik. Allah cuma izinkan pilihan manusia, walaupun salah pilihannya itu, kerana itu ialah tanggungjawab manusia untuk memilih. Pilihan dia mencorakkan takdir hidupnya dan dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat untuk pilihan-pilihan yg dia dah buat."


Jodoh tu sebenarnya pilihan kita. Allah cuma membenarkan pilihan yang telah kita buat. Tapi, orang suka salahkan takdir bila terjadi kes-kes takde jodoh macam ni. Konon-konon dah takdir yang menentukan perkara-perkara macam tu. Macam la Allah tu kejam. Walhal pilihan ditangan kita. :)

4 comments:

  1. nice.kakkk sharing dlm blog sy ye.
    mekasih ;-)

    ReplyDelete
  2. mcm mane plak
    aku penah terbaca yg bila kita dalam kandungan ibu
    pd sekian2 bulan

    allah dh catatkan siapa jodoh kita
    bila kita mati

    dsb

    ReplyDelete
  3. hm my FIL pulak ckp lain.
    Jodoh ada 2 kategori.
    1. Jodoh Allah Taala = Jodoh yang Allah tetapkan dari Luh Mahfuz. Dari Luh Mahfuz memang dah tertulis bila kita dihidupkan, siapa jodoh kita, berapa bilangan anak yang kita akan ada dan Bila kite akan dapat anak, dan tarikh mati kita) Jadi jodoh setiap manusia dah tertulis di luh mahfuz sebelum roh2 kita semua ditiupkan sebagaimana Adam dan Hawa. Jadi jodoh kite ni smua walaupun pilihan kita, ianya tetap yang dah tertulis oleh Allah sebab tu Allah permudahkan urusan masa kite nak kawin tu smua. Itu kata dia lah, nnt i refer balik kalau salah.

    2. Jodoh Jin
    Si A suke kat B, tapi B taksuke kat A, jadi si A pegi jumpe bomoh dan jampi2 kan si B, hantar sihir pengasih dan sbgnya smpai mereka berkahwin. Jodoh macam ni ialah Jodoh Jin, dilarang oleh Allah tapi Allah membenarkan sebab manusia itu yang nak. Akibatnye die yang kene tanggung. Jodoh yang mcm ni memang tak dapat keberkatan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. thank u atas perkongsian ni. dulu saya keliru juga apa maksud takdir dan jodoh tu sebab saya pun ada masalah juga dalam benda ni. Allah bekalkan kita akal n fikiran untuk buat pilihan untuk jalan hidup kita. tapi semuanya dah tertulis.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..