Tuesday, February 26, 2013

Rock Oo.



Citer pasal filem melayu, aku rasa ni la satu-satu nya filem melayu yang aku excited nak tengok.
Knowing me, aku memang susah nak support filem melayu.
Bukan berlagak ke apa asik nak layan citer omputih je, tapi kebanyakan filem melayu sekarang ni, belum separuh masa aku dah tertido. So buang duit je aku beli tiket.

Tapi filem Rock Oo ni lain sikit. Sejak dari filem Rock yang pertama tahun 2005 ke 2006 dulu,
aku memang tunggu la kalau ada kesinambungan cerita Rock ni. Sekali 2013 baru ada.
Lama tu..

Sebagai pencinta rock kapak, memang wajib aku tengok filem ni.
Aku tak expect nak gelak marathon tengok movie ni even genre komedi,
cuma aku harap movie ni berjaya buat aku kembali mengenang nostalgia zaman-zaman rock kapak dulu.
Walaupun masa zaman kegemilangan rock kapak dulu,
aku belum sekolah dan tak tau apa-apa, still sampai sekarang aku suka zaman tu.
Dengan lagu, pakaian zaman-zaman rock kapak tu memang aku suka la.
Pendek kata, all about zaman rock kapak memang aku suka sangat!


Amy Mat Piah. 
Rindu gila nak tengok Que Haidar berlakon

Slash Haji Tapah.
Rasanya watak Slash ni baru. Dalam Rock first dulu macam takde.

Jijoe Alfonso Farera.

Black.

Zul Kapan.

Tengok poster pun aku dah teruja. Ni kalau ada geng, boleh la pergi tengok ramai-ramai siap dressing rock kapak. Pakai seluar skinny leather cap seat bas, kasut aliph, rambut panjang kerinting sket..perghh. 
Kalau ada geng ok la, kalau sorang2 dress up macam tu, kang org pandang daring je. Hihihi.



Ok la cakap banyak tak guna, jom booking tiket!



All picture credit to Rock Oo FB

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..