Thursday, February 14, 2013

Sentimental.

Look, what i found masa tengah kemas-kemas kotak rahsia aku semalam ;)


Eleh, buku je. Apa yang special sangat. Ehh, ni buku bukan sebarang buku. Buku ni sebenarnya aku beli khas untuk tulis journal aku dengan laki aku masa bercinta dulu. Kononnya. Biasalah, aku kan mmg sweet dan sentimental orang nya. So benda-benda macam ni memang jadi hobi aku. 


Jom kita tengok apa yang aku tulis dalam buku tu ;)


First page. Sweet tak? Hikhikhik.

Cerita pertemua pertama. Dah, takyah nak cuba-cuba baca, Kang ada yang muntah. 


Ni antara sms-sms awal yang laki aku hantar masa nak mengorat dulu.
Gigih tak aku salin satu-satu tampal dalam buku ni.

First official date.

Malangnya itu adalah page last yang aku buat. Hahahaha. Sampai sekarang, buku tu terbiar sepi je. Dah tua-tua ni, masa pun tak berapa nak cukup. Banyak komitmen nak kejar. Jadi benda-benda macam ni, buat separuh jalan je. Lagipun bila lama sangat tak tulis, banyak benda lupa. Kalau time muda remaja dulu, time sekolah dulu, memang aku suka buat benda-benda macam ni. Banyak masa time sekolah dulu. Balik sekolah takde buat apa, terus buat benda macam ni. Lagipun takde komitmen dan takde apa nak fikir. Sekarang ni, nak update blog pun takde masa, apatah lagi nak gunting tampal, tulis jurnal bagai. 


Ni benda-benda yang aku dah siap gunting nak tampal dalam buku tu.
From Paris With Love tu first movie kitaorang ;)

 Beli majalah semata-mata nak gunting benda2 best tampal dalam jurnal aku. Ye la, aku mana la pandai lukis. Kalau aku pandai lukis, mesti jurnal aku lagi best. Macam-macam benda ada dalam imaginasi ni. Malangnya aku cuma reti lukis orang lidi dan beruang bulat kecil bulat la besar tu je. Hehehe. 

Sekarang ni dah nak masuk 3 tahun memang tak dan la aku nak tulis balik. Takpelah, simpan dalam hard disk otak aku je. Tapi, nanti kalau aku start je pregnant, memang aku nak buat satu jurnal khas untuk anak aku. Dari hari first aku tau aku pregnant sampai la anak aku besar. Atau sampai aku larat la nak buat. Harapnya tak separuh jalan macam ni la.

Seronok sebenarnya buat jurnal macam ni. Bila satu masa akan datang, ko baca balik, even perkara yang kau tulis tu adalah perkara yang menyakitkan hati, benda tu akan buat ko senyum balik. Lagipun biasanya kalau kita tulis jurnal macam ni, penulisan kita lebih telus. Takde tapis-tapis. Sebab kita sorang je yang baca jurnal tu. Kalau dalam blog macam ni, semua orang baca. Jadi kita cenderung untuk tulis apa yang kita nak orang baca. Kalau jujur sangat nanti orang judge kau pulak. Itu pada aku la, orang lain mungkin lain.

Banyak lagi benda-benda yang boleh meninggalkan kenangan sentimental buat aku, yang masih aku simpan sampai sekarang. Sayang nak buang, lagi-lagi kalau benda-benda yang pernah bagi kenangan manis buat aku. Sweet kan aku? Hihihi. Tapi malangnya aku dikelilingi orang-orang yang langsung tak sweet dan sentimental macam aku. Laki aku lagi la, takde masa nye nak buat benda-benda macam ni. Nak bagi kad kat aku pun payah. Bunga apatah lagi. Ade sekali je la dia kasi bunga kat aku masa first time jumpa. Tapi masa tu tak kira la, sebab dia kebetulan je bawak bunga and kebetulan masa tu birthday aku. Sekarang, jangan kata bunga, batang bunga pun takde. Nak buat macam mana, terima je la seadanya. Aku pulak memang jenis suka bagi-bagi kad, tulis2 nota kecik2 selit dalam baju, buat suprise. Kadang-kadang aku sampai gaduh ngan dia sbb aku kata dia tak romantik and sentimental. Alasan laki aku, 'i tak reti la benda-benda macam ni'. Mestilah aku menjawab 'kalau tak reti, belajar laa". Hihihihi. Tapi bagus jugak dia tak reti. Lelaki yang romantik dan sweet sangat ni biasanya mesti kaki perempuan. Tak semua la, tapi banyak yang macam tu. Hehe, jangan marah ar lelaki romantik. 

Tak romantik pun takpe lah, janji jujur. 

^_^

4 comments:

  1. Aku tak pernah ada jurnal macam ni, setakat buku 555 hutang tu ada lah.

    ReplyDelete
  2. Hahaha! I zmn skola menengah mmg rajen.

    La nie dh xde mase nk buat. Ntah ape yg busy sgt ntah :))

    Zmn skola, bf2 I semua romantik. Ade sorg tu, lebih romantik dr I. Bg I kad hari2.. siap buat name tag gabung nama.. most of card dia hand made.. ish.. sweeeet lah!

    I igt lps break ngn syazwan dulu nak on balik ngn dia.. tapi xde jodoh kot. Haha :P

    ReplyDelete
  3. wah so sweet..kalu gaduh2..baca blk mmg boleh hilang rasa marah ni. :)

    ReplyDelete
  4. wah sweetnya.comel taw ada buku2mcm tu.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..