Wednesday, February 6, 2013

Sepetang di Taman Botani.

9 tahun menetap kat Putrajaya, ni la kali pertama aku menjejakkan kaki ke Taman Botani. Kesian betul. Padahal hari-hari lalu nampak sigboard Taman Botani tu. Actually aku tak tau pun apa ada kat Taman Botani tu, tapi hari tu ada terbaca kat blog siapa tah kata boleh sewa basikal kat sana. Macam best je kan sewa basikal. Lama dah tak main basikal ni. Last naik basikal masa umur aku 12 tahun kot. 

Ahad lepas paksa laki aku pergi Taman Botani. Bayangkan lah cuti 3 hari dari hari Jumaat tu, kitaorang takde keluar rumah pun. Dok rumah kemas-kemas rumah je. Lagipun Jumaat Sabtu tu cuaca panas sangat. Nak keluar pun malas. Hari ahad je cuaca baik, mendung dari pagi sampai petang.

Kitaorang keluar kul 3 lebih. Tapi disebabkan aku kebulur, ajak laki aku makan KFC dulu. Sebelum memecahkan lemak, kita menternak lemak dulu. ^_^. Pergi KFC kat highway serdang tu sebab segan nak masuk Alamanda pakai treksuit ngan kasut sukan. Hehehe. Dok makan-makan kat KFC tu sekali jam dah dekat kul 5. Kelam kabut pergi Taman Botani. Sampai-sampai kat Taman Botani tu jam dah kul 5. Sekali tanya kat guard situ, dia kata kaunter sewa basikal tutup kul 5. Terus aku hilang mood. Datang nak main basikal, sekali tutup pulak. Mestilah masa tu mulut aku dah muncung mengalahkan ikan kaloi. Pastu marah-marah laki aku kata dia lambat. Padahal aku yang mengada nak makan KFC. Hahahaha. Last-last laki aku pergi jugak tanya kaunter tu. Lucky us, org kaunter tu kata last call. Yay! Penat je aku muncung-muncung mulut. Hikhikhik. 

Kalau korang nak sewa basikal, kaunter sewa basikal tu betul-betul kat jalan masuk Taman Botani tu. Tutup kul 5. Harga RM4 untuk satu basikal. Lepas bayar, amek basikal kat bangsal penyimpanan basikal. Tempat simpan basikal tu pulak tutup kul 6. So aku ada masa sejam je nak kayuh. Poyo je aku siap ckp "sejam je? kejapnye..mana puas." Sekali amek ko, tak sampai sejam kaki aku dah mengigil-gigil sebab kepenatan. Masa naik bukit, siap berenti bape kali. Takde stamina langsung. Hahahaha.

Basikal ade banyak. Tak yah gaduh-gaduh.
Basikal budak-budak pun ade. Comel je.
Orang kat sini ckp, bulan ni diorg akan tambah basikal baru yang lagi best.





Cantik kan pemandangan kat Taman Botani ni. 
Ruginya aku tak pernah datang sini sebelum ni.
Aku rasa nak guling-guling je kat rumput yang menghijau tu sambil diiringi lagu Kuch Kuch Hota Hai. 


Budak poyo. 

Suami kepada budak poyo.



Biawak pun ade kat sini.


  Kalau Malaysia ni ade salji, dah macam kat korea dah tempat ni. 
Boleh la sewa basikal yang ade 2 tempat duduk tu, fefeling Winter Sonata gitu.

Saat ku merindukan dirimu..
Jiwa meronta kau ku damba...
Oh gerhana lah seluruh pancaindera..

Bagaikan siang tiada mentari...
Bagai malam tiada cahaya purnama..


Waaa..tetiba Hazami enterframe pulak. Hihihi.






Ok dah jom balik.

Sekian je laporan Sepetang di taman Botani. Saje je update kat sini sebagao tanda kenangan.
Lepas ni boleh la jadikan aktiviti berbasikal ni sebagai aktiviti mingguan laki bini.
^_^

1 comment:

  1. dah lama tak jejak sana....rindu la plak taman botani bila baca entry nie

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..