Wednesday, April 24, 2013

Produk Review : SF Beauty Sinar Kejelitaan

Hari ni aku nak buat review produk yang aku rasa bagus untuk di share kan bersama-sama. Aku berani buat review ni pun lepas beberapa orang tegur ada perubahan dengan kulit muka aku. Actually, sebagai pengguna aku memang dah perasan perubahan lepas 2 minggu guna produk ni, tapi tak nak la feling-feeling syok sendiri kata ada perubahan, tapi orang tengok biasa je. So bila ada yang dah tegur tu, kira aku konfiden la nak buat review. Gitewwww.

Ok back to the topic. Produk yang aku nak review ni ialah set kecantikan SF Beauty. Aku rasa ramai kot yang dah tau atau pernah tengok produk ni. Kalau sesiapa yang tak tau, ni ha rupa produk tu.




Kenapa lain-lain packaging? Ok, aku pun baru tau pasal packaging ni. Kalau nak tau lebih lanjut korang boleh baca SINI. Aku tak jual atau jadi dealer untuk produk ni, so aku tak kisah pun mana-mana packaging. Yang penting isi dalam sama dan muka aku licin. Hewhew.

Actually sebelum ni ade la beberapa orang suggest kan aku suruh beli SF Beauty ni, tapi sebab aku ni jenis yang susah gile nak percaya kalau tak tengok depan mata sendiri, so aku ignore je la. Sampai satu hari, aku perasan officemate aku, muka dia nampak bersinar-sinar, glowing gitu. Sebab sebelum ni takdelah licin glowing macam tu. So aku tanya la dia. Dia pun cakap dia guna SF Beauty ni. Bila aku selidik pengguna yang lain, pun nampak perubahan. So tanpa ragu-ragu terus aku order kat dia satu set.

Sebab utama aku beli SF Beauty ni ialah sebab harganya yang murah. RM90 untuk satu set. Kalau beli Tabita, dah 300++. Aku kan kedekut, tak kuasa la nak berhabis ratus-ratus tapi at the end muka ko camtu gak. SF Beauty ni 90 hengget je, so kalau tak berkesan pun takde lah rugi sangat kan. Tapi, alhamdulilah nampak la perubahannya. 

Before.

After 2 weeks.



Ha nampak tak beza? Ni gambar memang aku tak tepek apa-apa foundation ataupun compact powder.  Aku cuma pakai eyeliner ngan eyebrow je. And no filter ok. Tak main la effect camera 360. No filter, no makeup. Ye la zaman sekarang ni, muka tak licin pun boleh jadi licin. Henpon sume canggih-canggih, effect kamera pun berbagai-bagai. Tapi aku tak nak la tipu dengan guna effect filter untuk nampak cantik. Cuma guna camera iphone je. 

Yang penting kulit aku tak nampak kusam lagi. Sekarang ni aku lagi konfiden kalau keluar rumah tak payah pakai fondation. Lagipun senang nak amek air sembahyang. Tak payah la nak buang makeup lagi. Duit aku pun tak habis beli makeup. Cuma 90 hengget je untuk 2 bulan. Oh ya, krim SF ni boleh tahan sampai 2 bulan ye. Tapi sebab aku share ngan laki aku, jadi sebulan je dah habis. Tengok, laki aku pun pakai jugak tau. Jeles la tu tengok muka bini bersinar-sinar. Hihihi.

Tapi tahap keberkesanan setiap orang berbeza ye. Mungkin ada setengah orang, tak serasi dengan produk ni. Tapi kebanyakan pengguna SF Beauty yang aku jumpa, semua berpuas hati dengan produk ni. So korang kalau nak cuba, boleh la. Ramai dealer SF Beauty ni. 

Biasa orang jual RM90-100 satu set. Tapi aku ada jumpa sorang seller ni jual RM65 je. Tapi kena amek 5 set ke atas la. Aku pun tak pasti la dia jual original ke tiruan sebab aku belum pernah beli lagi kat dia. Tengah kumpul-kumpul 5 orang kalau ada nak belu, Boleh dapat harga murah. Mengikut kata seller tu, dia jual confirm original. Aku ingat nak try la nanti beli kat dia. Kalau ada yang nak share beli dengan aku pun boleh. Boleh kita jimat dan cantik sama-sama. Cuma kena pastikan la dia jual yang original sebab sekarang ni banyak sangat produk tiruan. Kang tak pasal-pasal je muka jadi lagi teruk. 

Oh lupa nak bagitau, masa mula-mula guna produk ni, ade la sikit kulit aku mengelupas. Tapi mengelupas jenis halus-halus tu je. Basuh dengan air, terus hilang. Muka pun tak pedih sangat. Lepas 2-3 hari terus ok. Jadi, jangan takut nak try ok. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Hy, pengguna sf beauty kan. Mula2 sy beli trial set, ok, smpi sabun habis, terus beli pack besar, tp naik jerawat teruk. Sy beli rm 110, nak letgo sabun tinggal 1/4 total krim siang+krim malam,+ sabun 1/4 rm 50 je. Set confirm ori. Berminat boleh msg 0123634069 (mimi)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..