Monday, April 22, 2013

Wedding Trip : Malacca.

Ok, ni entry lama sebenarnya. Lama sangat dah. Bulan Januari punya trip. Tapi lupa nak update. Err, bukan lupa, malas sebenarnya. Hehehe. Bila fikir balik, macam rugi pulak tak update dalam blog. Moment-moment macam ni kita kena abadikan dalam blog. Esok-esok dah tua, boleh baca balik dan mengimbas kenangan lalu. Gitewwww.



18-20 Januari 2013

Pembukaan tirai 2013, ANL Family sekali lagi berkumpul dan berombongan Cik Kiah ke Melaka untuk meraikan pengantin baru Akie &Nor.

Alang-alang dah ke Melaka tu, mestilah tak lepaskan peluang nak buat trip sekali. Maklumlah sekarang ni kalau nak bercuti atau buat trip, nak kena tunggu kawan-kawan kawen. Kalau tak, memang harapan la. :D 

Trademark ANL Family, after wedding, kawan-kawan sibuk nak berphotoshoot outdoor jugak dengan pengantin. So lepas majlis, segerombolan kami pun bergerak menuju ke kota Melaka untuk photoshoot. 

Bayangkanlah pengantin dengan siap bersongket bertanjak bagai jalan kat tengah-tengah banda Melaka tu. Pelancong-pelancong kat Melaka tu ingat Hang Tuah ke apa berlega-legar kat Melaka tu. Hihihi. Berebut-rebut semua nak amek gambar. Femes pengantin hari tu. Kami pun tumpang femes jugak. :D

Sebelum balik, sempat la singgah Perigi Hang Tuah, jalan-jalan kat Jonker Walk & melawat A Famosa. Trip yang sungguh fun untuk permulaan tahun 2013.

Untuk Akie & Nor, Selamat Pengantin Baru.
Semoga berbahagia ke hujung nyawa. 

♥ ♥


Game Over. Hehehehe.

Kelasss, baju aku dah sama color dengan baju pengantin. 

Hang Tuah berlegar-legar di Melaka.



Famous pengantin kita hari tu. Jadi perhatian pelancong.

Pelancong dari Korea pun berebut-rebut nak amek gambar. Kau ade??


Jenuh nak tunggu turn kitaorg amek gambo. Ade je org nak bergambo dengan pengantin. Aku syak sebab pengantin pakai baju tradisional, dengan songket bertanjak bagai, tu yang pelancong rasa unik. Kalau pakai baju kawen biasa-biasa tu aku rasa diroang pun tak heran. So korang kalau nak rasa famous pelancong berebut-rebut nak bergambo dengan ko, kawen nanti buat outdoor kat bandar Melaka ye. Pastikan pakai baju songket tau. Hihihi.

Dah selesai sesi bersama peminat, now turn kitaorang pulak nak ber outdoor bersama pengantin. Aku rasa bandar Melaka ni tempat yang menarik jugak kalau nak buat photoshoot, sebab tempat cantik. Gambar yang keluar pun cantik-cantik jugak. Ke perasaan aku je? Cer tengok, cer tengok.









Eh ni siapa yang photohoot kawen ni?

Sesi photoshoot abes kul 7 ptg. Malam tu kitaorang jalan-jalan kat Jonker Walk then esok sebelum balik singgah kejap Perigi Hang Tuah & Bandar Melaka. Sambil menyelam minum air kaedahnya. 

Seumur hidup aku, ni la first time perigi Hang Tuah.

 Tak sah kalau tak makan asam pedas Melaka ye dak?

Dok bincang nak pi mana lagi ni.









Ok, setel rombongan cik kiah ke Melaka.

Next, rombongan ke JB pulak. Jyeah!




1 comment:

  1. seronoknya ! nampak sporting sangat pengantin n family , friends ! :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..