Friday, June 14, 2013

9 tahun.



14 Jun 2013 - Genap 9 tahun aku berkhidmat dengan perklhidmatan awam. Masih di Jabatan yang sama dan tempat yang sama. Ok, boring.

Ikutkan entry ni aku nak update bila dah genap 10 tahun nanti. Tapi lambat pulak nak tunggu tahun depan. So update hari ni la. Hihihi. Gila la, dah 9 tahun weh kerja. Ingat lagi masa aku belajar dulu, aku sebenarnya tak tau nak kerja apa. Takde cita-cita pun. Masa aku sambung belajar kat Politeknik dulu, aku amek course Kesetiausahaan ni pun sebab course ni je yang boleh dapat Diploma dalam masa 2 tahun. Memandangkan aku malas nak belajo, aku pun amek la course ni. Tapi course ni pun pilihan kedua sebenarnya. Pilihan pertama aku, accounting. Mestilah tak dapat sebab masa SPM aku mana ada amek account. Last-last dapat la course Setiausaha ni. Ok la kan, belajar 2 tahun je boleh dapat diploma.

Ingat lagi masa aku nak sambung belajar kat Politeknik ni dulu dan amek pulak course Setiausaha ni, ada la makcik-makcik aku yang bising kata belajar Politeknik ni takde masa depan. Lagi-lagi course setiausaha ni, ko nak kerja apa?? Kata diorang la. Maklumlah makcik-makcik aku sume lulusan Universiti. Masa tu diorang sibuk suruh aku amek STPM. Then sambung degree. Mestilah aku tak nak. Masa tu aku fikir dah malas nak pergi sekolah. Sekolah banyak undang-undang. Nak pergi belajar takmo pakai baju sekolah. Rimas konon. Hihi (but now i miss to wear those baju sekolah pulak). Tapi aku malas nak amek port apa yang makcik aku cakap. Masa depan kita takkan tau kan? Yang ada degree pun belum tentu masa depan ko cerah. Segulung ijazah takkan menjamin apa-apa pun. Gitewwwww. So, berangkat la aku mendaftarkan diri di Politeknik Port Dickson. (aku batch 2002-2004). Dan bermula lah kehidupan aku sebagai student Setiausaha. Masa tu aku memang tak fikir pun pasal kerja ke apa atau apa nak buat lepas habis belajar. Yang penting habiskan belajar dan dapatkan Diploma.

Tapi kalau dah nama rezeki kan, masa last sem aku kat Politeknik, ade wakil dari JPA datang offer kerja untuk semua student course Setiausaha. Ko bayangkan lah, rezeki kerja datang bergolek-golek. Tak payah susah-susah nak buat resume bagai. Nai isi borang. Nak pergi interview la apa la. Kerja yang datang cari kau. Itu yang diorang kata student politeknik takde masa depan?? Ehemmmm. Masa tu kitaorang belum habis lagi exam last semester tu. Wakil JPA pulak dah merayu-rayu suruh kitaorang kerja. Hihihihi. Takde la merayu, saje je bagi gempak sikit. Masa wakil JPA datang offer tu, dalam surat offer tu mintak kitaorang lapor diri SEMINGGU lepas habis exam last semester. Gila kau. Tak sempat aku nak berjimba-jimba meraikan kemerdekaan aku, dah nak kena kerja. Kitaorang mintak tempoh sebulan tapi tak lulus.. JPA bagi tempoh 2 minggu je lepas exam last tu untuk lapor diri. Nak wat cemana, dah rezeki datang bergolek-golek, takkan nak banyak songeh pulak 

14 Jun 2004 - Pertama kali menjejakkan kaki kat Putrajaya untuk melapor diri. Pagi tu ada taklimat kat JPA. Lepas taklimat baru diorang bagi surat penempatan. Ade yang dapat kat Putrajaya, ada yang kat KL. Masa tu banyak lagi Kementerian yang belum pindah kat Putrajaya. Tapi boleh tukar suka sama suka kalau ade yang tak setuju dengan penempatan tu. Best kan? Dah la dapat offer senang-senang je, siap boleh tukar-tukar lagi. Hihi. Aku ditempatkan di Jabatan Kastam. Ada 8 orang termasuk aku ditempatkan di jabatan yang sama. 4 dari Poli PD. 4 lagi POLISAS. Nasib baik kau.. ada jugak kawan. Aku ni dah la susah nak kawan dengan orang. jenis berat mulut. Dalam kepala dah terbayang-bayang camne la keadaan aku nanti kat opis. Mesti takde kawan nak ajak makan. Mesti aku dok diam macam tunggul je. Hahaha. Nasib baik la kawan-kawan yang aku kenal. Kalau tak, naya je. Tapi sekarang aku takde la macam dulu lagi. Now dah peramah sikit. Sikit je la. Pengalaman kerja mendewasakan kita. Gitewwww. 

Lepas dapat penempatan tu, aku tolong kawan aku untuk proses tukar suka sama suka sebab kawan yang dia nak tukar tu dapat sama Jabatan dengan aku. Sampai petang la jugak proses nya. Dalam kul 4 camtu baru kitaorang gerak dari JPA menuju ke Jabatan Kastam presint 2. Ko bayangkanlah kitaorang sesat dekat sejam lebih. Padahal JPA dengan Kastam tu dekat je kot. Maklumlah masa tu tak familiar lagi jalan-jalan kat Putrajaya ni. Semua nampak sama je. Tak silap aku masa tu yang ada kat presint 2 cuma PJH dengan Kompleks Kementerian Kewangan je. Bangunan lain semua masih dalam pembinaan. Sekarang ni dah meriah kat sini. Dulu nak dapat bas masuk presint 2 tu pun payah.

Ade sekali tu, aku kena balik lambat. Dah la masa tu kena naik bas. Bas pulak memang tepat kul 5 dia sampai. Lepas dari waktu tu memang susah nak dapat bas. Ke aku yang tak tau? Entahlah. Nasib baik kawan aku yang juga merangkap housemate aku nak tunggu sekali. Kalau tak, confirm nangis sorang-sorang kat opis. Kul 5.30 baru keluar office. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai. Masa tu dah dekat kul 6. Kitaorang pun dah cuak. Pastu kebetulan ada pak guard lalu. Kitorang pun tanya la pasal bas. Dia kata wkatu-waktu camtu bas memang tak lalu dah situ. Kalau nak naik bas nak kena tunggu ket bus stop yang kat JPM tu. Gila! JPM tu kat mana pun aku tak tau. Pakcik tu tunjuk la jalan. Kalau dari opis aku tu, jalan terus je sampai kat Masjid Putra tu. So nak tak nak aku ngan kawan aku ni terpaksa lah jalan kaki menuju ke sana. Gila jauh kot. Then pakcik guard tu agaknya kesian kat kitaorang, dia kata dia boleh hantarkan tapi kena sorang-sorang la. Aku memula cam ragu-ragu gak. Member aku lak suruh aku naik dulu. Kira kalau apa-apa terjadi, aku la kena dulu. Cisss! Tapi, tuhan masih sayangkan aku. Takde apa-apa pun jadi. Hihihi. Tak baik tau buruk sangka. Orang tu bukan main baik lagi nak tolong kitaorang. Tapi masa naik motor ngan pakcik guard tu, aku malu jugak la. Mesti orang ingat aku ada skandal ngan pakcik guard tu. Huwaaaaaaa!

Tu la dia salah satu kenangan yang aku ingat sampai sekarang. Dah 9 tahun pun perkara tu berlalu. Sekarang ni setakat jalan-jalan Putrajaya ni, orang tutup mata aku pun aku boleh tau kat mana. Hahaha. 

Banyak yang aku belajar sepanjang 9 tahun kerja kat sini. Sepatutnya aku boleh mintak tukar. Ye la, lama gila kot duduk kat Jabatan yang sama. Dah la Jabatan yang sama, cawangan pun masih sama. Office yang sama macam 9 tahun dulu. Tapi nak tukar rasa sayang la pulak. Aku ni memang ada masalah nak menyesuaikan diri dengan tempat baru. Memang amek masa bertahun baru serasi. Susah nak terima perubahan. Tapi kalau tak mintak tukar, memang tak rasa la suasana baru. Tunggu genap 10 tahun la baru tukar. Sayang nak tukar office ni.

Sebabnya bos kat sini semua baik-baik. Setakat ni dah kerja dengan 4 bos. Semua baik. Aku je yang tak baik wahahahaha. (ok citer pasal boss tunggu next entry. sebab banyak bos, so banyak la citernya. hehe). Lagipun office aku tenang je. Takde gangguan. Kalau aku hilang pun takde orang perasan agaknya. Senang nak mengulo. Opssss! Kadang-kadang je mengulo. Lagipun siapa yang tak pernah buat kan? Hehehe. 

Hamboi panjang betul entry ni. Ikutkan panjang lagi ni. Maklumlah citer 9 tahun punya. Tapi takpelah, next time kalau aku ada mood aku cerita lagi. Citer pasal kerja tak boleh selalu show off. Bahaya. 

Till to next entry. Kerja, jangan malas-malas tau!




5 comments:

  1. Ermmm..best kan jadi PA hehehe..Alhamdulillah rezeki akak jugak dapt PA, walaupun lambat skit dr Cujen, maklum la Cujen JPA yg merayu2 suh keje, akak pulak kene usaha sendiri nak dpt keje, dpt Dip 2 thn baru la JPA offer jd PA ni ha..Alhamdulillah..walau apa pun,dpt gak kenai cujen walaupun sekejap kan.. nasihat akk, try to learn something new in service OK..jgn takut pada pembaharuan, sbb pembaharuan yg mengajar kita erti pengalaman..ewahhh..GOOD LUCK FOR YOU DEAR..

    ReplyDelete
  2. Kak Rysha,
    Respect ngan akak sebab berani buat pembaharuan....dah la tu ..dapat Wisma Putra lak tu...bestnye..
    ni yg semangat nak mintak tukar ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Surau kt kastam best . Besar , selesa siap ad tazkirah lg . Hihi . Pegi masa ad meeting kt sana . Time tu zaman praktikal bpe bln yg lps . Kenangan ! :) *eh tetibe


    Zara - kenalan tme kursus kt kolej komuniti

    ReplyDelete
  4. I think ade pro and cons la kalau u mintak tukar.. Hehe.. I ckp ni bkn shj utk PA, utk memane jwtn pn (based on pengalaman I jgk..hihi)

    Cons nye.. ye la.. u akan amik masa utk sesuaikn diri. But, u try tuka mentality u. U anggap, bila u tuka tmpt baru.. org baru x kenal u. So u ade can la utk improve ur personality. Tak gitewwwwww? ;)

    Contohnya dr u yg susah berkawan, bile kt tmpt baru u buat2 jd ramah! COnfirm first impression org akan ckp "Cujen tu friendly lah" ^_^

    I pn susah berkawan, Tp I cuba jgk utk improve. That's why i beranikan diri I tuka bidang. Mmg I keje in IT field lg, but different position. Sgt berbeza hehe. Yg skg ni I kene jd lebih berani, friendly and tak pemalu.

    Its good to me sbb I mmg jenis pemalu & penakot. Kalau dh betol2 kenal org, baru I akn ngam! :D

    Actly, I think its good if u try new environment. New bosses tu u dah experienced kan. Hehe. New environment will create a new u! New brand of u. (Chewah ckp mcm pakar personality!!!)

    Good luck babe. 9 years and still counting ;)

    PS : I tgk u friendly je. Xde masalah berkawan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha friendly la sgt....buat2 je frenly...tp masalah i ni moody.. :D

      Delete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..