Thursday, June 6, 2013

Mei 28.

Birthday suami saya yang ke 28.

Dan juga birthday kawan baik kitaorang yang ke 29.



Boleh pulak dua orang makhluk ni sambut birthday pada hari yang sama. Cuma tahun kelahiran je yang berbeza. So alang-alang dah sama tu, celebration mesti lah sekali kan? Jimat duit kek. Hehehe.

Suprise celebration ni aku tak plan sangat pun. Lagipun 28 Mei tu jatuh hari Isnin. Memang susah jugak la nak wat suprise. Dengan orang semua kerja. Tapi nasib baik ada member-member yang sporting. Walaupun tak ramai sebab kawan-kawan lain ade komitmen yang lagi penting, tapi happening la jugak.

Nasib baik semalam MC, sebab tak larat langsung nak bangun pagi tu. Tapi petang dah ok, gigih aku pergi beli kek. Hantar ke rumah member suruh dia bawakkan. So malam tu ajak laki keluar makan kat kedai kawan aku yang sama-sama sambut birthday tu. Member lain pun semua dah standby.

Tap disebabkan ade pakcik-pakcik dok melepak kat kedai tu takmo balik-balik, maka celebration pun jadi lambat sampai dah hujan. Kena la tunggu orang lain dah takde baru boleh celebrate sebab ade planning nak baling telur bagai. Kek pun dah hampir-hampir cair sebab lama sangat dalam kereta.

Kek yang dah nak cair

Kena la tutup mata dulu sebelum kena baling telur.


Malangnya gambar kena baling telur semua takde dan tak sempat nak amek. Sebabnya hari dah hujan dan malam pulak gelap. Kamera aku tak canggih, takde flash. So gambar semua blur. Yanga da cuma gambar laki aku tak berbaju je. Hihihi.






Happy birthday to my lovely husband, Masran Mansor
& my friend Selamat.

May god bless u.

Love u all.










*IKLAN SKET
Member aku ni bukak warung ayam penyet. Korang yang duduk area Cyberjaya/Putrajaya/Puchong kalau nak makan bakso & ayam penyet yang sedap, boleh le ke kedai dia. Kat Seri Meranti, Puchong. Kat mana Seri Meranti tu, google la sendiri ye. Takpun taip je Bakso Ayam Penyet kat foursquare, nanti ada map nak ke sana. Bakso & Ayam Penyet dijamin sedap. Warung bukak kul 2-10 malam. Tapi kena datang awal sebab selalu habis awal. Sekarang ni penuh student-student Lim Kok Wing makan kat situ. Asal datang je full house. Sabo je la. Lepas ni kena request satu table VIP la untuk kawan-kawan je. Baru lah semangat kawan-kawan nak datang lepak. 



No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..