Friday, July 19, 2013

10 Ramadhan.

Kejap gila dah 10 Ramadhan. Macam tak rasa pape je. Alhamdulilah, tahun ni puasa rasa ok je. Takde la lembik sangat macam tahun-tahun lepas. Tak tau la kenapa, tapi aku boleh relax je segar sampai petang even tak bangun sahur pun. Ade la bape hari yang aku tak bangun sahur. Knowing me, aku memang manusia yang jenis susah nak bangun pagi. Makan atau tidur, aku pilih tidur. Hahahaha.

Dapat pulak laki jenis memang tak makan sahur. Jadi nya nak sahur sorang-sorang pun macam tak best je. Tapi, selalunya laki aku bangun la temankan aku makan. Paling tidak, dia mintak aku buatkan air je. Sahur pun makan simple-simple je. Nak masak-masak pagi-pagi buta tu, memang takde la. 2 hari pertama sahur makan meatball je. Lepas tu sahur dengan air kotak susu Dutch Lady. Baru pagi tadi makan nasi, tu pun sebab ada nasi dan lauk lebih berbuka semalam. Kalau biar, memang ke tong sampah la jawabnya. Tapi sebenarnya aku memang tak suka sangat makan berat-berat masa sahur. Nanti rasa lagi cepat lapar. Ni baru kul 9, perut aku dah berkeroncong dengan jayanya. Kalau tak makan berat-berat, ok pulak tak rasa lapar sangat. 

Bab berbuka lagi la simple. Setakat ni memang kitaorang berbuka kat rumah je. Tak lalu rasanya nak berbuka kat luar. Lagipun leceh la nanti nak maghrib. Ada setengah tempat, surau pun takde. Kalau ade pun, bersesak-sesak. Kalau ada plan nak berbuka kat luar pun, aku akan keluar lepas maghrib. Berbuka dulu minum air ke apa, then solat maghrib dulu baru keluar. Baru lah boleh menikmati makanan dengan tenang. Kalau tak, kena makan laju-laju sebab nak kejar maghrib. Tak feeling langsung nak makan. Baik makan kat rumah je la, senang.

Masak pun simple-simple je. Sepanjang Ramadhan ni, hari pertama je aku masak untuk berbuka. Itupun sebab aku tak puasa dan tak kerja. Selebihnya, laki aku yang masak. Hihihi. Nak buat macam mana, laki aku lagi cekap memasak dari aku. Aku kalau memasak amek masa sejam, dia 15 minit dah siap. Campak-campak je dah siap. Sedap pulak tu. Kalau aku?? Tengok buku je dah 10 minit. Hahaha. Laki aku relax je masak tak yah tengok buku. Ala, sebenarnya aku boleh je nak masak tapi memandangkan laki aku volunteer nak masak, so apa lagi.. jangan lepaskan peluang la kannnn. Lagipun dia balik awal sket dari aku. Jadinya memang dia la yang kena masak. Nak tunggu aku kang, azan Isyak baru dapat makan ;p

Ala masak pun simple-simple je. Dok berdua kan, tak payah la nak grand sangat pun makanannya. Kitaorang pun jenis tak kisah makan apa. Ikutkan aku lagi lah simple. Aku boleh je tahan berbuka makan roti ke, meehun je ke. Laki aku je kureng sket. Kena makan nasi. Nasib baik tak memilih lauk sangat. Janji ada sambal. Tak kira la sambal ayam ke, sambal sotong, sambal udang, sambal ikan, sambal telur. Janji SAMBAL. Senang kerja aku. Eh, macam aku lak yang memasak. Hihihi. Ish korang ni, takde la hari-hari laki aku masak, ade masa aku gak yang masak. Gilir-gilir. Tolong menolong. Nasib baik dapat laki yang memahami. Alhamdulilah ^_^

Eh panjang pulak membebel. Sorry le, lama tak update to yang over sikit. Btw, gambar lauk pauk waktu berbuka mahupun sahur memang takde ye. Aku memang jarang nak amek gambo2 makanan ni sebabnya belum sempat nak amek dah melahap dulu. Hihihi. Jadi tak berpeluang la korang nak tengok lauk pauk masakan suami aku. Tengok la nanti kalau aku rajin nak amik-amik gambo time masak memasak ke.

Ok la ade satu gambo makanan yang sempat aku snap sebelum makan. Tapi ni bukan gambo bulan puasa. Gambo sebelum puasa. Ini adalah salah satu masakan favourite aku yang dimasak oleh laki aku. Kelmarin pun aku request mende ni. Memang sedap gila kau. Tak caya tanya Affa Dot Azra, sebab dia pernah rasa bubur nasi yang laki aku masak ni. Hihihi.




Ok la, selamat berpuasa semua! Jangan ponteng-ponteng puasa tau.

7 comments:

  1. Woaaahhh ai is jeles with your hubby yg pandai masak!!! :D

    I pon kalau masak, tengok buku je dah abes 10 minit. Itu pn x hafal, tgh masak, tengok lagi. Hehehe..

    Syukur la kan dpt husband yg understanding, Xde pun nk ungkit2 ckp masak tu tugas isteri blablablaba. bestnya!!!

    PS : Nak rasa gak bubur nasi tuh!!! Suh masran masak cpt!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt raya dtg rumah i, i suruh masran buat bubur..hahaha

      Delete
  2. Eh apsal unknown? Ni I- Ell Elina. Cis!

    ReplyDelete
  3. oiii sdapnyeee tgk gamba tuhhh :P hehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. yer, suami akak mmg rajin..bini dia je pemalas ;p

      Delete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..