Tuesday, July 9, 2013

Deco Deco.

Tadi dok mengemas folder dalam external hard disk, terjumpa gambar masa memula pindah kuarters teres. Aku start pindah bulan 7 tahun 2011. Tak sangka dah dua tahun dah aku duduk kat rumah sekarang ni Macam baru semalam je pindah. Macam baru semalam happy-happy sebab dapat kuarters teres. Walaupun bukan rumah sendiri, tapi syukur la dapat rumah atas tanah. Selesa sikit walaupun duduk berdua je. Sebelum ni aku duduk kuarters apartment kat presint 11.

Masa mula-mula apply tu aku tak mengharap pun langsung. Dah la masa tu waiting list aku orang ke 1000 ++. Memang harapan la nak dapat. Tapi dah rezeki kan, alhamdulilah. Petang tu orang BPH call bagitau dah dapat, esoknya terus ajak partner in crime aku teman pergi tengok rumah walaupun kunci semua tak dapat lagi. Excited punya pasal. Sekali pergi tengok, dapat rumah tepi pulak. Berganda-ganda happnya. Hihihi.


Partner in crime aku yang over happy.

Dari sudut tepi. Bestnya la kalau rumah sendiri kan. 
Malangnya aku cuma menumpang je di sini. 


Hari tu jugak aku setelkan semua untuk dapatkan kunci sebab tak sabar nak masuk rumah baru. Kuarters kat sini semua kuarters baru. Kira aku orang pertama la yang menghuni rumah ni. Rumah baru, mestilah best kan. Design pun moden sikit kalau nak banding dengan kuarters lama. Yang penting aku rasa rumah ni dah cukup besar untuk kitaorag berdua.


Hall yang luas.

Dining Hall. Aku suka sangat rumah ni sebab dining hall dengan dapur tak sambung.

Dapur. Kecik sikit tapi ok la.

Tangga nak naik ke atas. 

Family hall kat belah atas.

Master berdroom yang sangat luas.

Siap ada balcony lagi tau kat master bedroom ni. Ni pandangan dari balcony.

Balcony ni hanya rumah tepi je yang ada. Rumah tengah takde. Aku pun tak tau kenapa design kuarters ni lain-lain. Rezeki aku nak dapat rumah tepi, so ade la balcony ni kat bilik. Berangan konon nak beli swing chair, so petang-petang boleh lepak kat balcony ni sambil baca-baca buku layan udara petang. Malangnya sepanjang dua tahun aku duduk rumah ni, aku rasa ada sekali dua je aku bukak pintu balcony ni. Hahaha. Swing chair pun tah kemana. 

Rumah ni dua tingkat, ada 4 bilik. Banyak betul bilik, padahal guna satu bilik je. Master bedroom pun dah cukup besar nak letak semua barang-barang kitaorang laki bini. So lagi 3 bilik tu memang kosong je la. Kalau ada tetamu, diorang tido bilik bawah je. Itupun ade tilam je. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal deco-deco rumah. Melalut pulak gi cerita benda lain. Hahaha. Sepatutnya entry pasal rumah baru ni aku update 2 tahun lepas. Tapi cam biasalah, asik lupa je. Ni ada mood baru nak update. 

Masa mula-mula pindah masuk, aku excited sangat nak deco-deco rumah ni. Tapi kebetulan masa pindah tu, seminggu lagi sebelum puasa, haruslah nak pakai duit untuk raya. Laki aku cakap pakai je la apa yang ada. Barang-barang pun banyak yang baru beli. Kata masa tu baru kawen. Cuma langsir je la kena buat untuk rumah baru masa tu. Tu pun banyak ratus jugak habis. Ko bayangkanlah berapa banyak tingkap kat rumah ni. Dah la rumah tepi, haruslah tingkap pun lebih. Nasib baik la mak aku tukang jahit, so duit jahit langsir dah jimat sebab upah kasih sayang je. Ihii.  So hasrat nak deco-deco rumah terkubur begitu saja. Deco je la dengan apa yang ada.

Tapi, dah dua tahun ni takde satu pun hasrat mendeko-deko rumah tu tertunai. Hahaha. Sedar-sedar je dah dua tahun aku dok rumah ni. Now, baru ade rasa semangat sikit nak deco. Tapi kena buat satu-satu la sebab rumah ni banyak sangat ruang. Nanti dah siap deco-deco aku update saket-sket. Itupun kalau aku rajin. Hihihihi


Buat masa ni macam ni je la deco rumah aku. Tengok tu karpet pun aku x sempat bentang.


Doakan la aku rajin nak buat kerja deco-deco ni. ^_^




3 comments:

  1. dalam tak sempat tu, cantik jugak .. simple :)

    ReplyDelete
  2. Jelesnya dpt uma baru design moden rumah tepi pulak tu wawawa.. dapur u luas dr dapo i yg tah pape tuh. menyampah!!! ;( -ell

    ReplyDelete
  3. bestnya bole deco-deco umah, elok jer buku tu tersusun, kalau umah akk ada jer tgn yg sakit ati tgk rumah berkemas, kalau umah akk, cawan kecik cujen bwh tv tu dah lama jd kon kete kontrol, pegi dapur tepijak mainan, tepi tangga hujung tangg atas tangga penuh mainan..huhuhu..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..