Friday, July 19, 2013

Wall Makeover By Na.

Kebetulan sangat tau.

Baru je hari tu aku tweet pasal nak tukar cat dinding bilik aku, tapi takde idea nak buat color apa. Maklumlah dah beli katil baru, mestilah cat bilik pun nak baru jugak. Tak gitu? Lagipun dah bosan dengan color sedia ada. Dah la color gelap, rasa cam suram sangat bilik aku ni. Ada jugak terfikir nak pakai wallpaper. Tapi macam leceh pulak nak tampal bagai. Plus cost wallpaper mestilah mestilah lagi mahal.

Tadi terbaca blog Aku Bukan Bidadari pasal contest Wall Makeover by Na. Terus aku click laju-laju. Pucuk dicita ulam mendatang. Macam tau-tau je aku ngah berhajat nak tukar color cat bilik ni. Sekali tengok dalam FB Wall Makeover by Na tu, memang serius cantik gila contoh-contoh wall yang dah pernah di makover dalam tu. Tak tau pulak aku dengan menggunakan cat je boleh dapat hasil macam tu. Aku ingatkan wallpaper. Aku dah terbekenan dengan dua design. 




Cantik gila kan? Aku memang dari dulu gilakan stripes. Pernah jugak buat sendiri kat rumah lama dulu cat stripes. Tapi hasil kerja aku takde la cantik macam ni. Yang ni memang awesome. Kena sangat dengan katil baru aku ni ;


(ada kisah sket di sebalik pembelian katil baru ni. nanti aku cerita dlm entry lain)


Kesian bilik aku kan. Suram je dengan color cat macam tu. Kalau la dapat free Wall Makeover by Na ni pun cambest je. Hihihi. 

Tapi kalau dah namanya free, mestilah ada syarat-syarat kan? So siapa-siapa yang rasa berhajat nak dapat free Wall Makeover by Na ni, sila la follow syarat-syarat di bawah;

1. Like Facebook Fanpage Wall Makeover by Na. Tekan SINI

2. Like facebook fanpage NadiaFarahida. Tekan SINI.

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall Makeover by Na yang korang berkenan nak buat kat rumah korang.

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall Makeover by Na dan sambung kan ayat ini;

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk di makeover oleh Wall Makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana ....

Ok, ini aku punya sebab kenapa www.nadiafarahida.com mesti pilih rumah aku sebagai pemenang;

Pertama, aku memang kebetulan nak tukar cat color bilik aku. Tapi bajet agak kekurangan di saat ini sebab dah habis beli perabot baru untuk room sweet room aku tu. Hihihi (jujur betul reason aku ni). Jadi berbesar la hati aku kiranya dapat free Wall Maeover by Na ni. 
Kedua, Wall design di Wall Makeover by Na ni memng cun gila dan menepati citarasa aku. (ok, ayat macam bodek sikit tapi itu lah kenyataan). 
Ketiga, walaupun rumah yang aku duduki sekarang ni bukan rumah sendiri, tapi itu tak menghalang aku untuk menjadikan rumah yang aku diami sekarang sebagai Rumahku Syurgaku. Takkan la bukan sebab rumah sendiri, maka keadaan rumah pun dibiarkan cincai-cincai. Aku pun nak jugak merasa rumah aku cantik kan. Tak gitu??

Ok, rasanya itu je kot sebab-sebab nya. Korang yang rasa nak join contest ni pun boleh. Tapi tarikh tutup 20 Julai 2013. Ade lagi sejam je ni nak tutup contest ni. Aku ni pun taip laju-laju sebab nak kejar deadline tu. Hihihi. Harap-harap sempat la, dan mungkin kalau ade rezeki di bulan Ramadhan yang mulia, rumah aku terpilih sebagai salah satu dari 3 rumah yang bertuah tu. 

Eh tapi baru perasan yang contest ni terbuka untuk rumah di Kuala Lumpur, Lembah Klang & Selangor sahaja. PUTRAJAYA termasuk dalam Lembah Klang kan? Kira aci la kan sebab dekat dengan KL & Selangor. 

Ok dah setel semua syarat-syarat. Now dah boleh tinggalkan link entry kat blog www.nadiafarahida.com

Wish me luck ^_^

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..