Thursday, August 1, 2013

30 Thing Before 30 | #18 : Baking

Setengah tahun dah berlalu, baru terhegeh-hegeh nak tunaikan 30 things before 30 ni. Hihihihi. Eh tapi sebenarnya dah ade satu yang tertunai iaitu #5. Go to sewing class. Aku dah pergi kelas menjahit bulan 3 hari tu. Lupa nak update dalam blog sebab takde amek gambar. Lagipun aku ingat nak amek kelas lain tuk menjahit ni. Yang hari tu pergi dah lupa dah. Tengok la lepas raya macam mana.

Hari ni nak update 30 things before 30 yang lain pulak. #8 : Baking. Actually kerja membaking ni memang aku suka, cuma pemalas ya rabbi aku ni yang buat aku tanguh-tangguh. Aku nak try buat Red Velvet dengan Pavlova tapi cam rumit je. So aku tukar buat Brownies je. Senang gila ok buat brownies ni rupanya. Bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. Tapi aku ni jenis tak yakin sangat takut kang ada yang dah expired ke, dah habis ke, so gigih la aku lepas balik kerja semalam pergi kedai bahan kek kat bangi nun. Dah la jammed kat jalan nak ke sana tu. Memang stress dibuatnya. Tapi berkat kegigihan nak buat brownies, ku tempuh jugak jammed tu. Nasib baik semalam kitaorang berbuka kat luar. So tak payah susah payah aku nak fikir nak masak apa untuk berbuka walaupun sebenarnya bukan aku yg masak. Huahahahaha.

Sediakan bahan-bahan dulu. Laptop tu penting sebab kena tengok resipi. Hehe


Balik dari berbuka puasa semalam dah lambat. Dekat kul 11 baru sampai rumah. Ikutkan dah malas tapi memikirkan dah beli bahan, buat aje la. Kang sampai expired pulak aku nye bahan-bahan tu. Mata pun tak mengantuk sebab dah pekena nescafe, so moh le selesaikan misi.

Kebetulan Puan Affa ade kat rumah aku, so dapat lah snap gambar-gambar sebagai bukti aku berjaya selesaikan misi. Kalau nak harapkan laki aku, memang takde la dia nak amek gambar-gambar aku.

Ha nampak kegigihan aku kat situ? Masa ni jam dah kul 12 lebih ok

Oh sebelum tu aku nak share dulu resipi brownies ni. Aku amek dari blog favourite aku WWW.AZLITAMASAMMANIS.COM. Resipi Brownies amek kat SINI. Aku kalau cari resipi memang pergi blog ni je sebab teruja tengok gambar-gambar yang kebabom tu. Terus rasa berkobar-kobar nak buat. Walaupun hasil nya tak secantik yang macam Kak Ita tu buat, tapi boleh nak kalau nak makan.

Jom aku share step by step buat brownies ni

Memula aku ayak dulu tepung dengan serbuk koko. Pastu masukkan sekali kekacang.
Tapi kekacang takde, so aku beli badam then aku blender je. Hancur la sket tapi sedap je makan.
Ada rasa crunchy² gitu.

Then baru aku cairkan coklat dengan butter gunakan kaedah double boil. 
Cara ni paling senang nak cairkan butter. Nak masukkan dlm oven pun boleh.
Tapi aku tak suka sangat sebab kadang² terlebih masa terus hangus aku nye butter.

Sambil-sambil cairkan butter dengan coklat, aku kacau telur, gula perang,
esen vanilla dengan coklat emulco dlm bekas lain. Guna whisk je. 
Tak payah pakai mixer pun. Bukan nak kasi kembang sgt, just kacau sampai sebati je.

Then masukkan coklat n butter yang dah cair tadi dlm adunan telur n brown sugar tu.

Masukkan jugak adunan tepung, koko n badan. 
Kacau sampai sebati. Dalam resipi kata step ni kena buat cepat² 
sebab adunan telur dengan adunan coklat cepat likat, kang susah nak ratakan tepung.
Gaulkan kasi rata je, takyah pukul lelebih.

Dah sebati tu, boleh la tuang adunan dalam loyang.

Ok dah siap.

Pastu corakkan la sket atas adunan tadi.

Guna white coklat tuk buat corak.

Ok dah siap!

Dah siap apa lagi, masukkan la dalam oven. Bakar dengan suhu 170C selama 45 minit. Kalau agak-agak tak masak lagi, tambah kan je la masa tu. Oh sebelum bakar tu, pastikan dah panaskan oven dalam 10 minit dulu. Pastu baru masukkan adunan. Dan lepas 45 minit, ini lah hasilnya ...


Boleh la nak buat hilang rasa mengidam. 

Senang ya amat buat brownies ni sebenarnya. Rajin dengan tak je nak buat. Tapi kalau korang nak tau aku ni ada habit suka buat tapi tak suka makan. Hari tu buat cheese tart pun aku bagi je semua kat adik aku. Aku minat buat benda baking² ni tapi bukan sebab nak makan. Cuma rasa kepuasan bila apa yang ko buat tu menjadi. Tapi kalau tak menjadi boleh mendatangkan stresss.

Ok dah setel satu. Next apa pulak?? Kita tungguuuuuuuuu!





3 comments:

  1. sis, nape xpegi kedai kek area flat ijau kat presint 9 tu.kat ctu pon byk jugak barang2 wat kek n kuih..;)*nampak sedap brownies tu.nak wat jugak la nnt.hehe.

    ReplyDelete
  2. Yana pun suka baking, tp sejak duk n mertua tpksa lupakan hasrat tu sbb dorg tak makan manis2 ni. kang buat buang je lg sedih..

    ReplyDelete
  3. pavlova mcm senang je kawan aku salu buat. tah ek aku tak pernah try la plak hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..