Wednesday, August 21, 2013

Bosan.

1:50 am.

Aku masih terkebil-kebil depan laptop. Entah, tiba-tiba tak rasa mengantuk. Padahal petang tadi masa sembahyang asar gajah yang dah masuk time manghrib, aku menguap macam celaka. Lepas tu ingat nak lelap kejap sebelum maghrib. Tapi bila baring takmo tido pulak. Sudahnya aku sakit kepala sampai ke malam. Now lepas dah pekena secawan caffeine, mata dah terbuntang tak tau nak buat apa. Janji dengan diri sendiri semalam, start hari ni nak kurang main laptop, kurang tengok TV. Nak bina balik hobi membaca. Tapi entahlah. Janji tinggal janji.

Hidup semakin membosankan.

Hidup ke atau aku yang semakin bosan? Entah. Sejak dah berevolusi menjadi makcik ni, hidup aku dah macam tak berapa enjoy rasanya. Now aku lagi happy beli periuk dari beli baju. Tah hape-hape tah. Makcik-makcik sangat rasanya. Sekarang pun aku dah jarang sangat beli baju online. Tengok baju cantik-cantik pun macam takde perasaan. Kalau dulu aku gilakan high heels paling kurang 5 inci, now pegi kerja pakai selipar je. Takde la selipar jepun sangat, tapi kategori selipar jugak la. Lama gila tak beli kasut baru. Eh, ade beli sepasang time nak raya ari tu. Tapi, entahlah tak happy pun? 



Ok ni pun salah satu sebab aku tak happy. Cincin size 11 kelihatan amat hina di jari ku. Kalau dulu bukan longgar lagi. Tetiba takde mood.

Okbai.

3 comments:

  1. cincin tu makin kecik kot..hahaha..

    ReplyDelete
  2. adakah botol coke tu menjadi punca...hehe...juz kidding...hye...i'm ur silent readers

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..