Wednesday, August 21, 2013

Cekodok Pisang & Printer

Takde kena mengena pun. Saja nak cerita tengahari tadi gigih aku balik rumah sebab nak buat cekodok pisang. Ni semua gara-gara tertengok Instagram Zarina Zainuddin yang pelakon tu dok update gambo cekodok pisang. Terus teringin. Padahal malam tadi baru je makan. Pisang memang beli lebih sebab kami laki bini memang hantu cekodok pisang. So tadi balik rumah tengahari aku tak tido, terus menuju ke dapo goreng cekodok pisang. Lepas tu sembahyang and terus balik semula ke opis. Kelam kabut jugak la sebab aku kuar opis pun dekat kul 1. So hari ni lunch cekodok pisang je la. 



Takpelah janji kenyang. Ni aku nak cerita pasal printer pulak.Tadi ngah wat kerja printer opis aku tetiba jammed. Ikutkan hati aku yang membara ni, memang dah lama aku rasa nak humban printer tu ke bawah. Nasib baik hak milik kerajaan. Jadi bertabah je la.

Cerita pasal printer ni, aku teringat kisah yang berlaku kat keluaga aku dulu. Aku tak tau la nak kategorikan cerita sebagai lawak, sedih atau sadis. Cerita dia camni. Time dulu-dulu kat rumah aku ada sebijik printer. Ala printer biasa-biasa je yang kalau ko print, boleh tinggal dulu then pergi berak dulu pun takpe. Sebab lambat. Ye la printer rumah je, takde la nak beli yang laser jet bagai. Biasa-biasa sudah. Printer tu pun bukan selalu guna. Kadang-kadang je baru guna.

Ade sekali tu, bapak aku nak guna printer tu. Sekali bila time nak guna tu la printer tu buat hal. Aku ingat-ingat lupa kejadian ni. Tapi seingat aku masa tu catridge printer tu yang problem ke apa tah. Tapi bapak aku ni beria-ia la kata catridge ni problem. Siap cakap dah lama tak guna, so catridge tu dah keras la apa la. Pastu tah apa la dia membebel-bebel lagi. Aku masa tu tengah sibuk-sibuk nak balik Putrajaya, so malas nak layan sangat. Mak aku la dok layan bapak aku masa tu.

Pehtu tak lama lepas tu, aku terdengar bunyi KEBABOMMM yang agak kuat jugak la. Berlari aku ke dapur ingatkan dapur gas meletup ke apa. Sekali aku tengok, catridge printer dah bersepah tumpah atas lantai, kat meja makan semua ada.

Rupanya, bapak aku ni punya pandai dia masukkan catridge tu dalam microvawe. Hahahhahahaha. Aku tak tau masa tu nak ketawa ke nak menangis. Mak aku dah cakap tak boleh, tapi bapak aku ni kalau dia kata A, so A la dia buat. Konon dengan masukkan dalam microvawe, catridge yang keras kononnya tu akan mencair la kiranya. Sekali bukan setakat cair, meletop terus. Terus trauma bapak aku dibuatnya. Hihihi. Aku ada amek gambar kejadian lepas catridge tu meletop tapi dah lama sangat kejadian ni, tahun 2005 dulu. Gambar pun tah mana pegi. Tapi bila aku kenang balik, kelakar pun ada. Tapi ye la, biasa benda kalau keras ni kita cairkan dalam microvawe kan. Maybe kandungan catridge tu ade bahan kimia yang boleh buat meletup kot. Nasib baik microvawe tak pecah. Kalau tak lagi naya. Tapi kesian kat mak aku la sebab dia yang kena bersihkan ledakan catridge tu. Tak memasal je. 


2 comments:

  1. masa tu aku kat mana ek. aku rasa macam ada kat tempat kejadian. habis dinding2 semua kan..

    ReplyDelete
  2. klako gler...best la p'galaman nie..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..