Tuesday, August 27, 2013

Lasagna, Cheesekut & Cornflakes Coklat

Semalam merupakan hari rajin aku setelah berbulan-bulan jadi malas. Tetiba tekak teringin nak makan lasagna. Dalam masa yang sama teringat cheesekut dan juga cornfkales coklat. Cornflakes coklat ni aku makan kat rumah kawan aku masa gi beraya rumah dia. Punyalah sedap sampai habis la sebalang kami kerjakan. Pastu balik rasa tak puas pulak makan. Kebetulan teringat ade conflakes aku beli tahun lepas tak habis lagi. Nasib baik belum expired. So alang-alang tu boleh la jalan sekali.

Tengahari tu gigih pergi alamanda nak beli bahan buat lasagna. Mengada kan nak beli bahan kat cold storage. Sekali amek ko, bahan dah buat lasagna je dah seratus. *nangissssss. Mahal gila ok barang-barang kat cold storage tu. tapi disebabkan aku malas nak belajan ke Aeon Big tu, so pasrah je la. Aku akan pastikan setiap cebisan lasagna ni masuk dalam perut. Tak kira la perut siapa sebab aku tau perut aku mesti makan sikit je. Sebenarnya aku rajin buat je, makan tak pun. Tak tau la kenapa, tapi rasa macam satu kepuasan bila dah siap. Aku enjoy masak-memasak ni especially bila mem baking.


Tu dia bahan-bahan semua dah beli. Korang kalau berhajat nak buat menu yang sama macam aku buat ni, pastikan korang ejas masa betul-betul. Ikut turutan mana yang patut buat dulu. Kalau ikutkan sepatutnya kena buat cheesekut dulu sebab cheesekut paling senang nak buat dan tak amek banyak masa. Lagipun cheesekut kena masuk dalam peti ais. By the time cheesekut korang nak mengeras dan menyejuk dalam peti ais tu, boleh la buat lasagna pulak. Lasagna ni leceh sket sebab kena buat inti and sos putih tu. Pastu kena bakar lagi dalam 40 minit. So by the time lasagna korang nak masak tu, boleh la buat cornfkales coklat. Cornflakes coklat ni pun senang nak mampus nak buatnya. Tapi part nak masukkan dlm cup kecik2 tu yang leceh. Tapi sambil tunggu lasagna korang masak, boleh la layan buat conflakes coklat ni. See nampak tak pengurusan jadual dan masa sangat penting di situ. Benda-benda basic ni pun kena amek kira supaya tak kelam kabut bersilat kat dapur.

Macam aku, dah tersilap percaturan. Patutnya kena buat cheeskut dulu, tapi disebabkan aku terlupa nak beli susu pekat, terus kelam kabut dibuatnya. Nak pergi kedai kereta takde, laki aku bawak gi amek meow kat Selayang. Nak tunggu dia balik kang, jawabnya masak dalam mimpi je la. So aku teruskan je la buat lasagna nie. First time nak buat lasagna, memang agak mencabar jugak la. Dah la aku first time tengok bentuk kepingan lasagna tu. Sebelum ni memang tak pernah tau pun. Hahahaha, boleh tak? Resipi aku google je. 

Tapi disebabkan aku rajin, maka meh aku share kat korang step by step resipi lasagna ni. First time buat step by step ni, memang leceh weh. Mana nak masak, nak tengok resipi, nak amek gambo lagi. Macam mana la blogger masak memasak ni boleh begitu gigih sambil masak sambil amek gambo. Aku hampir-hampir putus asa nak amek gambo bagai. Tapi dah sekerat jalan, so layan je la.


Resipi Lasagna 


Tu dia bahan-bahan basic. Kepingan lasagna, sos  prego, mushroom dalam tin, oregano, black pepper, mozarella cheese, daging kisar, cheesedale, buttercup, susu segar & olive oil. Sebenarnya olive oil tu tak payah pun takpe. Pakai je minyak biasa. Tapi entah kenapa aku telah dimomokkan oleh seseorang kalau guna olive oil makanan akan lagi sedap. So layan je la. Sebab aku kedek, maka aku beli botol kecik je. Comel lote je botol olive oil.

Oh tidak dilupakan, bawang beso sebiji dan bawang putih 5 ulas. Cincang halus. Oh ya cendawan butang tu pun potong dadu siap-siap. Kepingan lasagna tu boleh la celurkan dalam air. Dah ready sume, jom kita masak. 

Panaskan minyak.

Tumis bawang sampai naik bau.

Masukkan daging cincang.

Kacau sampai daging berubah kaler

Masukkan sos prego. Aku habiskan je sebotol sos tu.

Garam secukup rasa

Oregano secukup rasa

Masukkan cendawan butang yang dah dipotong dadu tadi.

Masukkan sos cili. Agak-agak 2 sudu dah le.

Last sekali masukkan black pepper.

Dah siap. Ketepikan. Jom buat sos putih pulak.


Sos putih lasagna

Cairkan butter

Masukkan dua sudu tepung gandum

Masukkan susu segar

Last sekali masukkan la cheesedale. 
Pastikan api perlahan je. Kacau sampai likat.

Ok step seterusnya aku tak sempat nak amek gambo dah. Tapi senang je la.

1. Kepingan lasagna yang korang dah celur tu, susun dalam loyang.
2. Taburkan inti daging.
3. Lapiskan dengan sos putih.
4. Tabur mozarella cheese n parmesan cheese.

Then ulang la balik dari step 1. Aku buat 3 lapisan je. Tu pun dah tebal. Kalau loyang besar, maybe dapat la dua lapisan. Dah siap, masukkan dalam oven dengan suhu 200 selama 40 minit atau sampai masak la. Jangan lupa panaskan oven dulu 10 minit before masukkan lasagna.

Nah hasilnya! 


Resipi cheesekut dengan cornflakes coklat aku share next entry la ye. Penat pulak nak menaip. Hari ni nak balik awal sebab esok nak pergi Langkawi. Yay. Balik langkawi ke Sabah. Balik Sabah ke Cherating. Balik Cherating, ke Krabi pulak. Yehooooooooo! Cuti sakan nampaknya iols. Jangan jeles. Hikhik.

Ok la korang selamat memasak. 

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..