Tuesday, September 24, 2013

Langkawi 2013 - Part 1

Hello, Langkawi!

Tiket ke Langkawi dah beli dari tahun lepas masa promo Air Asia. Sebenarnya memang takde dalam plan aku pun nak ke Langkawi ni. Entahlah, macam takde hati nak ke Langkawi ni. Dalam fikiran aku dok fikir, apa yang best Langkawi tu? Macam tak bape best je. Tapi sebab mak mertua aku ada ajak gi Langkawi, so layan je la. Dia ajak naik kereta sebenonya. Tapi disebabkan aku dapat tiket murah, jadi marilah kita naik flight je. Tiket pun murah. RM55 return per pax. Memang berbaloi sangat. Tak payah penat-penat nak drive. Aku ni bukan boleh duduk dalam kereta lama-lama. Kalau kereta beso macam alphard tu boleh la jugak bentang toto kat belakang tu. Ni kereta kecik je nak duduk berjam-jam dalam tu. Memang tak sanggup la iolsss! Baik naik flight je. So 8 orang yang join family trip kali ni. Aku ngan laki aku. Abang ipar aku 3 beranak, mak abah mertua n adik laki aku.

My FIL.

Sangkaan aku yang Langkawi ni bosan, ternyata meleset. Hihihi. Ye la, aku pernah jejak kaki ke Langkawi pun sekali je sebab kursus BTN tahun 2005 dulu. Dah duduk dalam kursus tu, mana la nak pergi berjalan nye pun. Sebab tu la aku dok fikir yang Langkawi tu bosan. Hahahaha. Tapi sebenarnya best jugak la pergi Langkawi ni. Macam-macam aktiviti ko boleh buat. Tapi disebabkan kitaorang kat Langkawi cuma 3 hari 2 malam je, maka aktiviti pun terbatas. Tapi sempat la pergi tempat-tempat yang menarik kat langkawi tu. Yang penting sempat borong coklat almond gold. 

Kat Langkawi ni aku stay kat Langgura Baron Resort. Located kat Pantai Chenang. Mak mertua aku request nak duduk dekat dengan pantai. Kat Langkawi ni happening pun kat Pantai Chenang je. Boleh cuci mata tgk mat saleh melepak tepi pantai. Hihihi. Review pasal Langgura Baron ni nanti aku update lain.

Naik Air Asia je yang mampu.
Maafkanlah daku yang jakun jugak nak amek gambo kat kapal terbang macam ni.

Sampai je airport terus call En Anuar yang buat sewa kereta. Kereta dah book online dan bayar deposit half. Nak sewa kereta kat Langkawi boleh call En Anuar. Details kat SINI. Aku sewa dua biji kereta. Honda City & Toyota Vios. Ade ke laki aku mula-mula soh sewa Myvi je. Aku cakap kat dia, kita dah hari-hari naik myvi, apa kata try kereta lain pulak. Kot-kot la ada rezeki nak beli kereta lain nanti. Boleh test drive dulu. Hihihi. Beza Myvi dengan Honda pun tak jauh beza. Aku dapat harga RM100 sehari untuk sebiji kereta Honda. Vios pun sama harga. Kalau Myvi RM80. See tak banyak beza kan. Tapi kena ingat ye, harga kereta sewa ni pun berubah jugak ikut season. Aku pergi time low season, so dapat la harga camtu.

Ni la kereta sewa kitaorg kat Langkawi

Lepas amek kereta terus pergi makan dulu. Makan pun kat area Pantai Cenang je. Apa tah kedai makan tu. Tak ingat nama. Lepas makan terus check in. Memandangkan masa check in pun dah nak dekat kul 3, so first day tu tak buat apa-apa pun. Rest kejap kat bilik. Then petang tu jalan-jalan sekitar Langkawi. Singgah Dataran Lang amek gambar je.


Pantai Cenang. 

Bajet beach boy ke ape?

Dataran Lang




Ni pantai apa tah. dekat-dekat dengan Tanjung Rhu.

First day ni cuma jalan-jalan je mengabiskan minyak kereta. Langkawi ni kecik je, pusing-pusing kat situ jugak. So jangan risau la, memang tak sesat punya. Balik tu singgah makan kat area Kuah, pastu balik tido. Esoknya nak pergi pusing-pusing pulau pulak. Tapi Langkawi Part 2 aku update lepas balik dari Krabi la ye. Esok cuti-cuti Krabi pulak. Hihihi. Bye korang.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..