Wednesday, September 18, 2013

Langkawi - Kota Kinabalu - Cherating - Krabi

Phew, busy betul aku bulan ni. Busy berjalan je kerja. Hihihi. Tak tau nak cerita mana satu. Hujung bulan 8 hari tu family trip ke Langkawi. Balik Langkawi, kursus pulak kat Sabah. Balik je Sabah terus ke Cherating, family day office laki aku. Ni minggu depan nak ke Krabi pulak. Yehooooo! Dalam banyak-banyak ni, trip ke Krabi je yang aku excited dan tak sabo. Yang lain-lain tu sebab dalam Malaysia je, so tak berapa nak excited. Boleh? Ceh, Krabi pun macam la jauh sangat. Hahaha. Eh, aku excited sebab Krabi memang dah lama dalam list tempat-tempat yang aku nak sangat pergi. Yang lain-lain tu takde dalam list atau dah pernah pegi. So sexcitednya tu dah berkurang.

Tapi hasil dari kebizian aku tu, rumah aku pun dah macam tongkang pecah. Tak berkemas. Kain baju dan menggunung tingginya. Tunggu la balik dari Krabi nanti aku setelkan. Sekarang ni malas nak fikir apa-apa. Malas nak buat apa-apa. Nak enjoy je.

Nah, sneak peak untuk entry akan datang. Hehehehe.



Langkawi


Cherating, Pahang


Kota Kinabalu, Sabah

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..